Monday, September 27, 2010

DI MANAKAH DIKAU BERSEMBUNYI ?

Salam,

Haiiii............ dah jenuh kita punggah kat kotak bilik bawah tuuuu.... tapi masih tak jumpa! Di manakah dikau wahai majalah Dewan Masyarakat keluaran 1989 tentang kisah Natrah@Bertha Hertogh! Nak kena repeat cari kat umah mak kita nie! Aduh ...... malasnye nak geledah almari buku kat sana tu, sebab buku banyak sangat! Banyak tu satu hal, ruang tu sempit sket, dengan saiz saya ni, payah jugak ler nak diselongkar lemari tu ......

Lain yang dicari lain yang jumpa! Yang kita jumpa adalah buku cross-stitch yang dah lama gak hilang batang hidungnye, baru jumpa ari tu! Mati2 kita ingat buku ni orang pinjam tak pulang2 kat kita, rupanye ada dalam lemari kat umah mak kita. Saje jer buat dosa kering !!!!

Nie kalau nak cari gak, kena set masa yang betul2 sesuai ni untuk selongkar 100% kat umah mak kita ni! Bilakah masa itu akan datang, hujung minggu asyik sibuk open house jerrr!!!!!!!!!!

Cantik tak design sarung bantal ni? Dah lama berhajat nak jahit corak nie, entah bilalah agaknye hasrat kita akan kesampaian .... ke tak sampai langsung??? Tengok jerr le ....

PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI .....

Salam,

Haaa ..... jeng, jeng, jeng! Cuba teka apa ke bende nye nie? Yea ..... betul! Gigi depan Iman yang dah berminggu-minggu goyang tapi tak patah2 jugak! Akhirnya waktu maghrib semalam dengan rasminya gigi ni tercabut. Ada sebatang lagi gigi depan sebelah atas yang menunggu giliran untuk tanggal!

Dengan bangganye Iman tayang muka dia dengan gigi rongak tu .... Siap dia suruh cari botol nak simpan gigi yang tercabut tu, nak tunjukkan kat nenek n mummy! Tadi pagi pun dia nak bawak gigi tu gi sekolah, tapi hubby saya kata ..... cikgu tak de masa nak tengok gigi tuuu......

Aunty Ija, tengok nie .... gigi dah tak de!

HUJUNG MINGGU YANG SIBUK!

Salam,

Tajuk N3 tu macm lerr sibuk sangat! Sibuk tak sibuk lerr... yang pasti kaki memang sakit lepas tu!
Ari Sabtu lalu, mak n abah saya datang beraya ngan adik saya yang menetap di KL. Aunty saya sekeluarga pun datang sekali. Then anak saya yang sekolah menengah pun nak gi raya umah cikgu dia, lepas tu dia angkut kengkawan dia datang umah.

Actually tiada plan pun nak buat apa-apa event, cuma tiba-tiba teringat hujung bulan ni birthday anak saya yang form 3 tu, so, alang2 dah ramai yang inform nak datang, saya tambah je menu segera ..... kek birthday! Menu asal saya masak Mee Pedas, Sup Ayam, Garlic Bread dan Makaroni Goreng + Air Oren. So, meriah le umah saya yang jarang terima kunjungan orang selama nie .... riak-riak kegembiraan tu diabadikan dalam imej kat bawah nie ....

Amalina n the gangs.

Amalina potong kek - nama kek tu chocolate superstar!!!

Merasmikan hidangan!

Dari kiri - My aunty (adik bongsu mak saya, mak, sepupu saya Kak Ngah@Nadzirah, adik bongsu saya Hasliza@Ija)

Dari kiri - Abah saya, sepupu saya Akmal@Kemal, my aunty@mummy)

Si Iman - baru lepas merajuk sebab tak dapat main PSP Kemal. Orang sibuk makan, dia sibuk main game!

Orang dah kenyang baru Iman laparrrrr ...........

Amalina n Nurul - kat belakang yang tengah tido tu Ija ... kekenyangan!!!

MENCARI YANG HALAL!

Salam sume,

Haaaa ..... ni bukan nak jual minyak tau! Tapi nak bagitau nie ler sos ikan @ nampla yang dalam kategori 'halal' selepas mendapat nasihat dari blooger Mat Gebu .... Kita anggap sos keluaran Lam Soon ni halal sebab selama ni pun minyak Cap Pisau yang ada dipasaran sejak zaman silam tu tidak ada pertikaian secara terbuka. Tunggulah nanti kalau ada makluman pasal sos ikan ni, selagi ada cop HALAL tu, kita tawakkal le yang ni boleh digunakan. Selama ni kita jumpa buatan Siam yang berlambak di pasaran! Yang ni kita puas cari kat Giant Tampoi, ..... akhirnye jumpa gakkk! Sampai sakit pinggang membongkok cari kat rak paling bawah sekali sos ikan ni bertapa ... aaaa... ada masa lapang nanti nak try Kari Hijau Thai ... resipi dari blog Mat Gebu .... air lur dah meleleh nie .....

Friday, September 24, 2010

NATRAH @ BERTHA HERTOGH DALAM LIPATAN SEJARAH!

Sumber : natrahfatini.blogspot.com

Salam,

Dua hari lepas kita hadir ke Program Kembara Wacana khusus mengupas cerita tentang Natrah! Semalam Kak CT dari batulesung blogspot dah buat N3 pasal Natrah ni, kita baru sempat nak komen ari ni dengan harapan dapat cari semula majalah Dewan Masyarakat tentang kisah Natrah yang kita beli masa zaman sekolah form 5 dulu, tapi tak jumpa. Kita akan selongkar kotak kat bilik bawah hujung minggu ini sebab nak ingat semula kisah yang pernah menggemparkan Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Ari ni rayau yahoo untuk lihat kalau-kalau ada imej Natrah yang belum pernah kita lihat. Kita terjumpa gambar ni kat blog myredblanket blogspot. Gambar simpan atuk dia katanya. Mungkin gambar ni ada dalam buku Natrah tulisan Datin Seri Fatini Yaacob yang terbaru, mungkin tiada, cuma kita yang tak sempat nak semak.
Sumber : myredblanket.blogspot.com
  • Petikan dari myredblanket.blogspot.com - Natrah dalam gambar di atas (dalam bulatan merah) ketika bersekolah di kemaman, terengganu.gambar ku dapat dari tokki ku (ada seorang family member dalam gambar tu, tak dapat dikenalpasti yang mana satu huhu)
Sudahnye semalam, lepas minum pagi, kita dera hubby kita gi UTM Press kerana nak beli buku Natrah, sebab kita lupa nak bawa duit masa sesi talks kelmarin. Tebal buku ni, tapi kita yakin kita tak kan jemu baca sebab sedikit sebanyak kisah Natrah ni kita dah tahu melalui edisi majalah yang lalu, cuma in details kita masih belum baca. Rasa bangga beli buku ni sebab sambil tu tumpang sedekah kepada badan kebajikan, seperti kata Datin Seri Fatini yang langsung tak ambil royalti dari buku ini. Mudah-mudahan masih ada lagi insan yang semulia Datin Seri dan berjuang dengan penuh ikhlas demi bangsa, agama dan negara.
Harga asal RM75.00 (pbk.), sempena promosi Program Kembara Wacana dan selaku staf UTM, dapat diskaun 30% = RM52.50 (pbk) @ RM69.00 (hbk.).

.... Semalam sempat baca Prakata jer, alih-alih dah subuh ..... z z z z ............

Thursday, September 23, 2010

LAGI CENDERAMATA UNTUK KU!

Salam sume,

Haaa ni nak tayang lak cenderamata adik kita beri masa dia cuti beraya di Brunei. Frame ni sebenarnye fridge magnet, tapi boleh gak jadi hiasan atas meja sebab ada disediakan kakinye sekali untuk 2 cara menghiasnye .... Nak letak kat fridge takut umurnye tak panjang, maklumle ... nampak macam fragile je benda ni, nanti putih mata kalau pecah! Ari tu jalan-jalan kat Giant Tampoi ada satu gerai tu jual fridge magnet lawa-lawa tau, tapi pasal nak cepat tak singgah lama, lalu jer, nanti singgah jadi lama lak, belek sini, belek sana .... Ingat nanti nak gi repeat sekali lagi kat Giant Tampoi ari Jumaat ni, kasi penuh pintu peti ais ... woooo ....

PENAT, TAPI BERBALOI

Hai,

Kali ni nak promo kuih raya yang kita sempat buat tahun nie! 6 jenis u, terrorr tak kita. Tu buat masa hujung minggu tu, kalau setiap ari, mau berdozen biskut raya kita.

Nie nak tayang ler kuih yang kita dah buat, kalau tanya Iman semuanye sedap tapi yang paling digemari adalah biskut warna coklat tu! Modal besar tu buat biskut ni ... tapi sedap punye hal, tak pelah, yang kenyang pun kita gak ... huhuhuhu ......
Ikut arah jam - Spicy Oatmeal & Niemann-Marcus Cookies (yang paling digemari)

Ikut arah jam - Biskut Cornflakes, Biskut Swiss-Ring (biskut wajib mak kita every year), Biskut Suji Badam & Biskut Keju.

AISEYMENN ... CANTIKNYE BULAN!

Salam,

Haa, kali ni nak cite kisah perjalanan balik dari kampung lak! Kita balik JB ari raya ke-2. Singgah bandar Melaka, raya kat umah mak sedara arwah isteri hubby kita kat Banda Hilir!

On the way balik kita sekeluarga diserang cirit-birit, hampir setiap stesen R&R kita berhenti, ada jer yang 'berhajat' ke tandas! Sudahnye sampai JB malam! Tapi on the way balik JB kita sempat singgah Air Hitam, saje-saje jer, kalau nak saja-saja gi shopping kat sini tak de maknenye. So kita beli wind-chime bentuk fernleaf buatan seramik (terlupa nak snap gambo) dan hiasan coral. Cantik tak? Kita suka bende-bende macam ni. Beli ler jugak kerepek ubi, gadget bebudak.
Lepas tu teruskan perjalanan balik ke JB. On the way, second cousin saya call, ajak datang rumah dia kat Pasir Gudang! Pergi jugak ni walau pun sakit perut! Lepas tu kita singgah solat Maghrib kat masjid jamek Pasir Gudang. Cantik, selama ni tak pernah singgah! And, on the way back, kita terpandang ke langit, Ya Allah, kita tak pernah tengok bulan dan bintang secantik malam raya ke-3. Cuma bulan sabit dan sebutir bintang nie jer yang ada di langit, alangkah indahnye, tapi imej yang kita snap ni tak berapa clear, tapi boleh lerrr ....
Kata Datuk Aziz Sattar dalam filem Ali Baba Bujang Lapok ...... "Aiseymenn, cantiknye bulan!"

PANDANGAN SELAT MELAKA

Hai,

Sambung cite raya kat kampung! Petang raya tu kita ronda-ronda sekitar kampung lepas gi bazaar, rupenye dah banyak berubah. Kalau tengok gambau kat atas tu tertera tulisan KOMPLEKS IKAN BAKAR TERAPUNG FORT SUPAI, KUALA LINGGI! Terletak di hujung kampung, sebelah balai polis Kuala Linggi! Kira jalan mati lerrr ...

Disebabkan bulan puasa, kita tak nampak pun kompleks ini beroperasi, tapi balik kampung cuti sekolah nanti kita nak ajak hubby kita gi skodeng kat sini, macam best jer .... Tak caya???? Cuba nengok gambau kat bawah nie ..... macam nyaman jer kalau makan ikan bakar kat sini ......
Sodap mata memandang, tapi rasa masakan belum tentu sodapp!!!

SEHARI SEBELUM SYAWAL

Salam,

Hari ni dah 2 minggu kita sume sambut Syawal, kejap jerrr ..... Tahun ni kita raya kat kampung hubby, Kuala Linggi, Melaka! Masa perjalanan balik kampung highway lenggang giler .... kalau tak caya tengok le gambau yang kita sempat rakam selepas tol Skudai nie .....
Sampai kat Melaka, aman damai! Tak macam tahun lepas, jam gilerr start dari Kulai lagi sampai ke Air Hitam, agaknye tahun nie ramai yang tak balik kampung kut, tu sebab accident kurang, tapi ramai yang mati tergolek kat jalan bandaran, haaa raya kat bandar ler tuu ....

Hampir sampai tol Air Keroh, kita ingat jam, kalau jam kita plan nak exit tol Simpang Ampat, lalu Alor Gajah. Tapi rupa-rupenye pun lenggang gak, so nak jimat duit tol kita exit kat Air Keroh. Nih hah gambau kat tol Air Keroh .... selalunye kalau musim perayaan, sampai ke susur masuk untuk exit tol Air Keroh kenderaan dah berderetan. Alhamdullillah, akhirnye .... selamat sampai ke kampung sekitar jam 1.30 tgh.
Sebelah petang lak, lepas Asar, kita ke kuburan, hubby kita ziarah kubur arwah isterinye, diam tak diam dah 7 tahun arwah tu pergi .... Lepas tu kita ke bazaar yang masih ada saki baki peniaga yang tak prepare untuk raya esoknye ......
*Al-Fatihah*

CROSS-STICH LAGI .....

Salam,

Ha .... terlupa lak nak cite tadi, tapi tak pe le kita bukak N3 baru ..... Ini projek menjahit kita yang baru je mula minggu lepas, kali ni agak gigih sikit lerr kita usahakan menjahit cross-stitch ni .... bosan gak ngan rutin yang sama jer, so kita mulakan semula, kalau dah siap nanti nak frame buat hiasan dinding! Sebenornye dah lama tinggalkan bidang jahit-menjahit ni, entah tahun ni terrrrajinnnn ler pulak.

Corak ni kalau dah siap nanti, pun cantik gak, corak rerama besar dan kecil, tu sesunggut dia belum jahit lagi tuh..... Benangnye pun dah mahal, satu ikat RM1.40, tu pun dapat jahit sekitar 14 ekor rerama biru, yang oren tu tahan lagi pasal kecik saiznye .... patutlah mahal kalau beli yang dah siap frame, tapi buat sendiri kita lebih appreciate apa yang kita usahakan Betul tak ....!????!

Kalau tengok gambo close-up kat atas tu macam dah nak siap jerr, tapi cuba tengok gambo kat bawah ni .... banyak lagi tuhhhh, siap lukis sempadan warna biru lagi pakai pensil kaler Iman!!!

Bila ler nak siap nihh ...

AKHIRNYE SIAP JUGAK!!!

Salam sume!

Diam tak diam dah hampir sebulan kita tak berblog! Weiiii.... sibuk buat persiapan raya dan minggu ni baru mula keje ari Senin lepas. Bukannye raya sakan, tapi jaga anak sebab mak n abah kita gi raya kat Brunei, umah adik lelaki kita, sambil tengok cucu baru dia .... Nur Erina Damiya! Canggih nama tuhhh!

Kita nak cite ni, sepanjang cuti agak boring le gak duduk kat umah jer. Masa senggang (... teringat lak kat lagu Ana Raffali berduet ngan Sohaimi Meor Hassan ... enjoy dengar lagu tu..) kita habiskan jahitan cross-stich yang dah terbengkalai selama setahun lebih ..... Inilah hasilnye, seperti gambo kat atas tu .... tapi ini gambo sebelum, ulang tayang nak tunjukkan betapa gigihnye kita menjahit sampai siap ...... Akhirnye .... siap gak!

Sebelum .... banyak lagi tu ....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...