Tuesday, November 30, 2010

WELCOME BACK KAK CT !

Salam sume,

Hai hai hai. Selamat kembali berblog to Kak CT dari batulesung.blogspot. Lama menyepi kerana sakit hingga masuk wad, kini kembali segar di alam maya. Semoga terus bersemangat untuk kembali ceria dan mewarnai dunia blog dengan seribu satu kisah menarik untuk dikongsi bersama.

Saya nak lihat wajah ceria ini kembali mengegarkan blog batulesung! Kuatkan semangat dan nikmatilah kehidupan ini dengan penuh rasa syukur kerana Allah masih lagi memberi kita peluang untuk terus berada di sisi keluarga tersayang serta rakan-rakan yang masih menyayangimu Kak CT.

Semoga cepat sembuh. Always remember the best moments in our life to keep a healthy living and happiness. Be strong, and never give up, we will always support you my dear friend! Luvvv u ...... and have a good rest at home!!!


ACAR DAGING

Hai hai hai,

Ha .... ni ler dia resepi baru yang akak nak share dengan u alls! Namanye acar daging! Senang jer, tak yah tumis2, semuanye fresh, tinggal gaul rata2 jer .....

Actually kan, akak ni tercari-cari resepi acar portugis, tapi masih belum berjaya mendapatkannya, jadi akak try ler buat acar daging ni, tetiba jer ilham datang .....


ACAR DAGING


Bahan-bahan :-
  • 1 mangkuk sup (kecil) daging* yang telah direbus empuk. Hiris nipis, kemudian potong kecil2 macam lidi mancis.
  • 1/4 biji capsicum merah* - hiris nipis
  • 1/4 biji capsicum hijau* - hiris nipis
  • 1/2 biji tomato* - potong dadu
  • 1/2 bawang besar* - potong dadu
  • 4 biji limau kasturi
  • Gula*
  • Garam*
Cara-cara:-
  • Satukan semua bahan bertanda * dalam satu mangkuk yang sesuai untuk menggaul.
  • Perahkan air limau kasturi, gaul rata dan hidangkan.
Senangkan, baik korang cuba, sedap tau .... kalau suka extra pedas, boleh tambah cili padi yang dihiris halus. Kalau nak extra vege, boleh gak tambah celeri, sedap woo .....


SAMBAL TUMIS UDANG

Salam n selamat pagi sume,

Hai, hari ni sume bersemangat tak datang keje? Akak macam biase jer, perasaan tu macam dah makin hilang jer... aahh lupa kan jer, yang penting jiwa akak tak merana, hepi, kalau tak hepi pun kena buat sampai hepi .....

Hari ni akak nak repeat ler gambo sambal tumis udang yang tak berapa hensem ari tu. Semalam akak masak sambal udang ni, sebabnye datang ilham nak buat satu lagi resepi mudah, jeng jeng jeng .... nanti akak post N3 nye ok, tapi tengok dulu resepi ni, ulang tayang sekali lagi ..... huhuhu tu dah tak de modal ler nak post N3 ler ......

SAMBAL TUMIS UDANG

Bahan-bahan :-
  • 500 gm udang - saiz besar
  • 3/4 sudu besar bawang putih kisar*
  • 6 sudu besar bawang merah kisar*
  • 6-8 sudu besar lada kering kisar
  • Belacan*
  • Kunyit*
  • Air asam jawa - 6-7 sudu besar
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak

Cara-cara:-
  1. Satukan bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan bertanda *.
  3. Masukkan lada dan masak hingga garing.
  4. Masukkan air asam, biar seketika.
  5. Masukkan garam, serbuk perasa dan udang. Gaul rata, masukkan gula danbiar seketika.
  6. Jangan masak terlalu lama, hidangkan.

Monday, November 29, 2010

SOTO AYAM

Salam sume,

Ari ni nak post N3 lebih sket, pasal macam gian jer dah lama tak post N3. Yang ni akak try masak semalam, dah tak tau nak masak apa, jadik tekak ni mengada-ngada plak nak makan soto. Lagi pun musim hujan ni, makan yang panas2 best sket.

Resepi soto ni akak ambil dari buku Selera Perdana. Cuma rempah pada Bahan A tu akak guna rempah soto keluaran Sharifah. Santan pun akak tak bubuh, nanti muak rasanye, yang lain tu akak ikut jer resepi ni. Cuba jangan tak cuba, musim cuti2 sekolah ni anak-anak mesti suka makan selain dari nasi dan lauk-pauk!

Kat sini akak beri sekali resepi bergedel, dari sumber yang sama gak akak dapat!

Bawang goreng lak, akak goreng sendiri, yang dah siap goreng tu macam tak berapa best ler ... jenuh ngko kat dapur separuh hari mengerjakan si bawang merah ni, tapi hasilnye puas hati ....


SOTO AYAM

1 ekor ayam – potong 4.

Bahan A - untuk disatukan dengan air suam

1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis

Bahan B
½ sudu besar lada sulah
15 buji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
8 cm kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
5cm lengkuas
3cm halia
2 batang serai

Bahan untuk dikisar

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
1.5 liter air
½ cawan pati santan
Garam

Cara-cara

1. Sediakan periuk dan masukkan ayam, air, rempah ratus, bahan yang dikisar dan titik, bawang besar, dan garam. Rebus hingga ayam empuk
2. Keluarkan ayam, ketepikan dan toskan untuk disiat-siat.
3. Masukkan santan dan msak hingga mendidih.


BERGEDEL

300 gm kentang
4 biji telur
2 pokok daun saderi
2 pokok daun bawang
1 sudu besar bawang goreng
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ cawan minyak
Garam

Cara-cara

1. Hiris kentang dan goreng. Tumbuk lumat.
2. masukkan serbuk lada sulah, garam, bawang goreng, daun saderi dan bawang serta 2 biji telur, gaul rata.
3. Ambil1 sudu besar aduann, gentel menjadi bulat dan leperkan.
4. Celup ketulan kentang dan goreng hingga kekuningan.



BAWANG GORENG

Bahan-bahan :-

  • Bawang merah kecil - kalau boleh yang kulit warna coklat tu
  • Bawang putih
  • Garam
  • Minyak untuk mengoreng - deep fry

Cara-cara:-
  • Kupas bawang merah kecil dan bawang putih, cuci dan toskan.
  • Racik halus bawang merah kecil dan bawang putih.
  • Gaulkan dengan garam, toskan dalam tapis seketika, biar ari bawang keluar.
  • Panaskan minyak, goreng bawang hingga kuning keemasan dengan api yang sederhana.
  • Toskan pada kitchen tissue. Bila dan sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

KISAH KUIH APAM

Salam sume,

Hai, dah agak lama tak bersiaran. Hemmm .... busy sket ler .... lagi pun macam tak berapa nak ada mood nak menulis sejak kebelakangan ni ... Penyakit M menyerang, so tak leh nak buat apa ...

Keh lah, ni nak share cite akak buat kuih apam. Actually kan, nama kuih apam ni Apam Dot Dot, tapikan akak ni tahap M tu tinggi melambung betul sejak dua menjak ni, jadik akak cuma picitkan wana putih setompok je, ala-ala macam jambul gitu, so akak nak panggil apam ni Apam Dot Dot pun tak sampai hati, jadik datang lak idea nak tukar nama kepada Apam Seri Kaya, sebab akak letak filling apam ni seri kaya. Resepi ni akak dapat dari blog Hana's Family.

APAM DOT DOT aka APAM SERI KAYA

Bahan-bahan

* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus - hana kurangkan
* 150gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
* Pewarna

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Hana:

* Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
* Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.


Thursday, November 18, 2010

SAMBAL TUMIS UDANG

Oopppsss!!!

Sorry ler .... tercicir lak lauk ni. Tapi lauk ni ler yang abis dulu. Akhir2 ni susah betul nak cari udang kat pasar, kalau ada pun nak cecah RM20 sekilo. Yang ni dapat gak pakwe akak beli 2 kilo, jadik ler ....

SAMBAL TUMIS UDANG

Bahan-bahan
  • 1 kilo udang besar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 6-7 sudu besar bawang merah kisar*
  • 8 sudu besar lada giling*
  • Kunyit kisar @ serbuk**
  • Belacan**
  • 6-8 sudu besar air asam jawa
  • 1 biji bawang besar - mayang kasar
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Air
  • Minyak
Cara-cara:
  • Satukan bahan2 bertanda * dan **. Tumiskan bahan2 ini sehingga garing.
  • Masukkan air asam jawa, garam, serbuk perasa dan gula. Jika nakkan kuah, tambah sedikit air, biar seketika.
  • Masukkan udang, gaul rata dan biar seketika. Masukkan bawang mayang, gaul sebentar dan hidangkan. Kalau suka, boleh masukkan petai.

AGAR-AGAR LUMUT

Hai hai hai,

Ni pulak hidangan pencuci mulut. Yang ni ambik dari blog Mat Gebu. Kalau tengok yang akak masak ni, kawasan jernih tu kureng sangat, tak macam Mat Gebu buat, cantik. Ni first trial dari akak, saje2 je cuba ... tapi agar2 ni sedap, tak berapa manis ....

AGAR-AGAR LUMUT
-Sumber Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 45 g agar2 tali, kerat dan rendam dengan 1.5 liter air selama 15 minit
  • 100 g gula Melaka, potong kecil
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/4 pewarna coklat (jika suka)
  • 500 ml pati santan*
  • 1 biji telur*
  • 1 camca teh esen vanilla*
  • Secubit garam*(*disatukan dan pukul rata dengan whisk)
CARA MEMBUATNYA :-)
  • Jerang agar2 bersama daun pandan, gula melaka dan gula pasir hingga agar2 larut. Tapis bancuhan ke dalam periuk lain. Biar mendidih.
  • Masukkan bancuhan santan tadi dan masak hingga mendidih dan kelihatan seakan berbiji2. Matikan api dan tuang dalam bekas yang sesuai. Biarkan sejuk dan betul2 keras sebelum dipotong. Lagi sedap kalau dihidangkan sejuk.....

AYAM MASAK MERAH

Salam sume,

Ni satu lagi resepi menarik akak nak share. Kalau korang nengok gambo tu, memang dah tak nampak ayamnye, tapi percayalah cakap akak, lauk ni memang sedap. Ni kali ke-2 akak try masak. resepi ni pun dari buku Selera Perdana. Tapi kalau musim lada merah hidup mahal, akak tak suggest korang masak lauk ni, sebab pakai banyak lada merah hidup, kalau sikit tak pedas, kurang kick. Tu pun akak tambah sendiri lada merah hidup, supaya lebih power lagiiii ...

AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam potong 8
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • ¾ sudu besar serbuk jintan manis
  • ½ sudu besar serbuk jintan putih
Bahan untuk dikisar
  • 3 cm halia
  • 2 batang serai
  • 12 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10-15 tangkai lada merah
  • 4 biji buah keras
Rempah tumis
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 8 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah tomato
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 tin kecil puri tomato
  • 1 ½ cawan pati santan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 1 ½ cawan minyak
  • Garam
Cara-caranya
  • Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng hingga kekuningan, ketepikan.
  • Pijarkan 3-4 sudu besar minyak gorengan ayam dan tumis rempah tumis hingga wangi.
  • Satukan serbuk rempah dengan bahan kisar, masukkan ke dalam kuali dan kacau rata. Masak hingga garing. Masukkan puri tomato, garam, gula melaka, sos, kacau seketika.
  • Masukkan santan, kacau rata.
  • Apabila mendidih, masukkan ayam dan masak hingga pekat. Masukkan buah tomato, kacau seketika dan masak lagi selama kira-kira 5 minit.

SAYUR LODEH

Salam sume,

Akak nak share resepi sayur lodeh yang akak dapat dari buku Selera Perdana. Dalam buku ni, semua resipi nye boleh 'pakai'. Banyak resepi masakan lama yang jarang kita dengar ada kat sini. Buku regenye RM200. Akak tak beli pun, pinjam buku library, dah nak dekat 3 tahun pinjam tak pulang2, renew loan memanjang ....


SAYUR LODEH

Bahan untuk dikisar
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 sudu kecil belacan
  • 3 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 cm halia
  • 2 sudu besar udang kering
  • 1 sudu kecil seruk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 50 gm suhun
  • 100 gm fucuk
  • 5 urat kacang panjang
  • 1 ketul sengkuang
  • 1 batang lobak merah
  • 2 keping tauhu basah
  • 2 keping tempe
  • 3 cawan pati santan
  • 4 cawan air
  • Garam
Cara-cara
  • Satukan serbuk ketumbar, jintan dan bahan kisar di dalam periuk. Bubuh air dan masak atas api hingga mendidih.
  • Masukkan sengkuang, lobak merah, kacang panjang, fucuk, suhun, tauhu, tempe. Masak hingga separuh lembut.
  • Masukkan santan dan garan, kacau rata dan masak dengan api hingga mendidih.

AIDIL ADHA 2010 ... SEDERHANA TAPI MERIAH

Salam sume,

Hai, selamat pagi. Seronok tak semalam sambut Aidil Adha? Akak biase jer ... kalau kat umah akak, raya haji ni tak le semeriah raya puasa, bak kata iman, raya aidil fitri untuk budak-budak jer! Apasal? Sebab raya puasa budak2 dapat duit raya, raya haji untuk orang yang pegi haji jer ...

Anyway semalam agak busy gak. Seawal 5.45 pagi dah bangun, prepare nak masak lodeh, sambal tumis udang dan ayam masak merah. Lodeh tu tak sempat akak nak masak, mak dah sampai kat umah akak, so akak serah ler kat sifu untuk masak lodeh. Sambal tumis udang n ayam masak merah akak dah siap masak. Nasi impit adabi pun akak dah siap rebus sehari sebelum raya, so tak ler sibuk sangat, cuma sibuk blend kelapa parut sebab nak perah santan. Sempat lagi ngko masak agar-agar lumut, resepi dari blog Mat Gebu, tapi ..... nanti lah cite. Ni je gambo yang sempat akak snap, dah tak larat dah, tumit kaki dah sakit, itu pun dia orang dah balun dulu, tak sempat nak snap gambo yang hansem sket untuk masuk blog pagi ni ....

Tahun ni, jiran tetangga sume masak nasi, pelbagai jenis nasi, akak sorang je yang buat nasi impit. Ok gak ler, ada jugak yang buat laksa johor .... pelbagai pilihan, balun jangan tak balun!

Ni Pulut serunding. Mak akak buat, sekali ngan pudding sago, hidangan tambahan ...


Monday, November 15, 2010

MEE SUP


Salam sayang sume,

Ini resepi untuk yang dah jemu nak makan nasi, tapi tetap lapar nak makan jugak!!!

MEE SUP
  • 500gm - Mee kuning
  • 4 sudu besar bawang putih kisar*
  • 7-10 biji cili padi - belah 2
  • Air
  • Fish ball**
  • Fish cake**
  • Sotong**
  • Udang**
  • Meat ball**
  • Sawi hijau - RM1
  • Tomato - 1 biji belah 6
  • Telur
  • Tauhu - potong 6 dan goreng, ketepikan.
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Kiub ayam - 1 ketul
Cara-caranye :
  • Tumis bahan bertanda * hingga wangi dan masukkan cili padi n kiub ayam, goreng lagi hingga naik bau.
  • Masukkan bahan bertanda **, gaul rata dan masukkan air @ stok udang / daging jika ada. kalau tak de, air paip jer boleh. Biar mendidih.
  • Masukkan telur, biar mengeras.
  • Masukkan tauhu goreng n sawi, masak hingga sayur agak layu.
  • Dalam mangkuk yang sesuai, masukkan mee kuning, dan tomato buah. Tuang kuah sup yang siap mendidih ke dalam mangkuk mee dan boleh dihidangkan dengan lada kicap.
  • Kalau nak masukkan mee dalam sup mendidih pun boleh, tapi mee akan mudah benyek, tak sedap!

IKAN BILIS GORENG KENTANG

Fuhh ....

Kalau dah start ngan makan, memang susah nak berhenti! Tu lah .... hidup kena makan, kalau tak makan, nanti kena 'makan' ngan orang .... cewah ... dalam maksudnye tu ..... ehem ehem .... hanya siapa yang pernah terkena saje yang paham maksud akak ni ....

Keyy lah, direct to the point, inilah lauk yang special tu .... kalau masak gulai atau asam pedas, akak suka padukkan ngan lauk ni .... Sedap, senang dan ringkas nak masak .... makan ngan nasi panas n sayur jer pun sedap !

IKAN BILIS GORENG KENTANG

Bahan-bahan :
  • Ikan bilis - segenggam, bilas, toskan dan goreng garing, ketepikan.*
  • Kentang - 2 biji - belah 2 melintang, potong 8. Goreng hingga kuning, ketepikan.*
  • Bawang besar - 2 biji - mayang kasar2.
  • 5-7 biji cili padi - belah dua, kalau suka pedas boleh tambah lagi.
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara-cara :
  • Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi.
  • Masukkan bawang besar mayang dan cili padi, gaul rata. Bila masak dalam kuali, jangan samapi layu sangat, biar bawang garing sket.
  • Masukkan garam n serbuk perasa, gaul rata dan hidangkan.

SAWI PUTIH GORENG

Hai, hai, hai,

Jangan boring ekk, asyik hantar resepi jer sejak 2-3 menjak ni. Akak just nak share ngan korang sume aktiviti memasak akak jer .... Kalau suke boleh follow, kalau tak, korang abaikan jer ler, tak paksa pun, berblog ni saje suka2. Nak buang rasa bosan, nak jaga kesihatan mental, mudah-mudahan yang baik dapat dimanfaatkan.

Weyy .... meleret-leret plak. Oklah. Ni resepi sayur paling mudah, akak masak semalam, padukkan ngan lauk asam pedas ayam. Akak tambah aksesori supaya kalau ada anak-anak yang susah nak makan sayur tu, bila tengok ada spesis lain dalam sayur tu, terbuka selera untuk makan ....

Cakap pasal train anak makan sayur ni, memang banyak akak dengor cite bebudak tak suke sayur, kalau bapak budak tu susah ler nak train, dah tahap buluh, kecuali kalau masak sayur jer makan ngan nasi, baru dia orang telan kot! Itu pun macam ayam berak kapur jer rupenye ....

Anak-anak akak dulu pun tak suka makan sayur, tapi akak ni ala diktator sket! Setiap kali senduk nasi, akak akak senduk sekali lauk sayur, selagi tak abis makan ngan nasi jangan bangun, kalau nasi abis tapi sayur tak abis, makan sayur sampai abis baru boleh bangun. Sampai sekarang ni dia orang tak de masalah nak makan sayur, malah sekarang ni sayur dia orang senduk sendiri. Huhuhuhu .... merana weiii jadik bebudak tu ....

SAWI GORENG PUTIH
  • Sawi putih - RM 1
  • Bawang putih kisar - 1/2 sudu besar*
  • Bawang merah kisar - 2 sudu besar*
  • Lada merah - 1 batang mayang halus - optional
  • Fish ball - 5 biji - potong 4
  • Fish cake - 1 batang - hiris nipis (jangan nipis sangat)
  • Meat ball - 5 biji - belah 2
  • Serbuk ikan bilis - 2 sudu kecil
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara-caranye :
  • Tumis bahan bertanda * hingga harum, masukkan serbuk ikan bilis dan goreng lagi hingga garing.
  • Masukkan semua jenis bebola dan fish cake, goreng lagi hingga sebati.
  • Tambah sedikit garam, serbuk perasa dan sedikit air.
  • Masukkan sayur, goreng sebentar dan hidangkan.

ASAM PEDAS AYAM

Salam sume,

Selamat pagi Isnin. Amacam hujung minggu yang baru berlalu, seronok tak bersama famili. Akak tinggal bertiga aje, 2 orang anak akak gi camping, pakwe pun keje, so tinggal le ngan Iman. Cekik darah betul ngan si budak Iman, semuanye malas, minta tolong itu ini semuanye penat, memanjang penat, tak de yang tak penat.

Ok ler, ni nak share resipi asam pedas ayam yang akak dapat dari buku Selera Perdana. Buku ni memaparkan semua jenis makanan yang menjadi kegemaran ex-PM. Memang sedap, dah bayak kali akak cuba, menjadik pulak tu .... lagi pun tukang masak tu, Kak Orkid rasanye orang Johor, so menu yang dipaparkan memang ikut tekak orang Johor yang dikenali umum memang pandai menjamu tekak!!!

Cubalah, memang sedap, kalau ada ulam n petai lagi best. Akak masak lauk ni semalam, tapi akak goreng ikan sepat masin ngan lauk sayur dan ...... tungguuuuu resepinye. Iman makan sampai tambah 4 kali .... Sekarang ni akak panggil dia Gloria! Siapa Gloria tu? Watak badak berendam dalam movie Madagascar ..... dia suke weiiii, kalau panggil Gloria, dia sengeh macam kerang busuk .....


ASAM PEDAS AYAM
  • ½ ekor ayam
  • 3-4 sudu lada boh
Bahan untuk dikisar
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 sudu kecil serbuk belacan
  • ¼ sudu kecil lada hitam
Bahan dititik
  • 2 batang serai
  • 3 cm lengkuas
Lain-lain bahan
  • Daun kesum
  • 1 ½ sudu kecil pati asam jawa
  • ¼ cawan minyak
  • 2 cawan air
  • Garam dan gula
Cara-caranya
  • Pijar minyak di dalam periuk, masukkan bahan kisar. Kacau seketika, masak hingga kekuningan.
  • Masukkan lada boh, kacau rata dan masak hingga pecah minyak. Masukkan serai dan lengkuas, kacau rata.
  • Masukkan ayam, kacau rata dan biar hingga kecut.
  • Masukkan air, asam, garam, daun kesum da gula. Masak hingga ayam empuk.

Friday, November 12, 2010

TELUR GORENG MASAK KICAP

Hai hai hai,

Salam pagi Jumaat sume. Amacam, ari ni datang keje penuh bersemangat tak? Akak? Ok jer ari ni walau pun masih berbekas di hati kisah semalam.

Ok lah, ari ni nak share lauk yang low profile, tapi memang dah bertahun rasanye akak tak masak dan makan. Gara2 mummy bercerita pasal lauk ni masa kat KL ari tu, terliur plak nak cuba. so semalam akak try masa, aahhh hasilnye memang tak mengecewakan. mana taknye, Iman balun sampai 4 kali tambah, tapi telur goreng tu dia tak makan, dia sapu bawang ngan kuah kicap jer ....

Keyy lah, jom intai resepi mudah ni, kalau nak tukar selera sekali sekala apa salah nye tak?

TELUR GORENG MASAK KICAP

Bahan-bahannye :
  • Telur goreng - 4-5 biji
  • Bawang putih kisar - 1/2 sudu besar*
  • Bawang merah kisar - 3 sudu besar*
  • Sos tomato - 1 sudu besar
  • Kicap manis - 5 sudu besar
  • Lada hitam kisar
  • Bawang besar - mayang kasar2
  • Sedikit halia - mayang nipis2*
  • Lada hijau - belah 2
  • Air
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Minyak

Cara-caranye :
  • Tumis bahan yang bertanda* hingga garing.
  • Masukkan tomato sos dan kicap, kacau seketika.
  • Masukkan lada hitam, kacau lagi dan masukkan telur goreng.
  • Masukkan bawang dan lada hijau. Tambah sedikit air, garam, gula dan perasa. Kacau sebentar dan hidangkan.

Thursday, November 11, 2010

IKEA DI HATIKU ....

Selagi hayat di kandung badan, petang ni nak hantar N3 byk2.

Cewah macam bagus sesangat. Tu nak ngulor ler tu .... key lah, petang ni pun mood tak berapa nak bagus bahana boss membebel macam murai .com, so sebelum akak sumpah dia jadik perigi buta, baik akak merapu ngan korang kan!

Ni kan, nak tayang ler barangan yang berjaya dibeli di IKEA. Memang best wooo pegi sana, cuma kesian ler bebudak boring tahap gaban! Pasal nak jaga budget takut kereta buat hal lagi masa balik JB, akak cuma beli yang 'ringan2' jer. Tapi, akak dah belek dah katalog yang di bawa balik ke JB ni, kirim aje kat adik akak kat KL belikan, dia memang rajin ke sana.

Kalau gi sana, macam semua barang best, poket jer yang tak best. Agaknye kalau tinggal kat KL, mau tiap2 ari gi IKEA, haaa ngko, menjerit pakwe akak ..... ada disuruhnye nanti makan jer barang2 yang beli kat IKEA. Tak pasal plak!!!


BAYAM LEMAK BELACAN

zASSsss .......

Hemmmmm ... sedap tak bau belacan? Walau pun lauk ni dah masak semalam, terngiang2 bau belacan dari sayur ni. Actually lauk ni pun jarang akak masak, sebab kena pakai santan. Bab2 santan kelapa ni memang malas sket ... tapi boring ler plak menu skema jer tiap2 minggu ... so try ler jugak, not bad ler, cuma sesetengah orang tu tak suka goreng sayur campur belacan. Nak tau, cubalah sendiri, jaga2 bila masak tu jangan masin sangat !!!

BAYAM LEMAK BELACAN

Bahan-bahannye :
  • Bayam - RM 1
  • 1/2 sudu besar bawang putih kisar*
  • 2 1/2 sudu besar bawang merah kisar*
  • 2 sudu teh serbuk ikan bilis (akak guna Tumix)*
  • 2 sudu besar serbuk santan dibancuh dengan sedikit air (lebih kurang 1/2 cawan)**
  • Sedikit belacan** (digaul hingga hancur)
  • Serbuk perasa
  • Minyak

Cara-caranye :
  • Tumis bahan2 bertanda * hingga kuning.
  • Masukkan bahan bertanda ** yang telah disatukan.
  • Tambah sedikit serbuk perasa.
  • Masukkan sayur bayam.
  • Goreng sebentar dan hidangkan.

SOTONG GORENG KUNYIT ASAM

Hai sume,

Tension ngko keluar meeting ngan big boss. Nape? Ye ler, dia suruh kita makan kenyang2, lepas tu dia bantai kita orang macam ler kita orang buat salah besor sangat. Malas nak cite lebih2, siapa yang kenal my big boss, tau lah nape kita orang sume merungut ari ni. Moral of the story - kalau dia nak mengata tu, pandang diri sendiri, macam ketam ajar anak berjalan tengak, sendiri pun senget .....

Ok lah! Petang ni nak share resipi sotong. Perasan tak akak ni selalu gak masak sotong. Pakwe I ler, suka sotong, senang telan jer, tak yah kisah tulang ....

Kali ni nak share resepi mudah ni yang jarang akak masak, tapi semalam teringin lak. Ok, kalau nak cuba, jom nengok resepi kat bawah ni ...

SOTONG GORENG KUNYIT ASAM

Bahan-bahannya :
  • Sotong - lebih kurang 1 kg atau 800 gm - potong bulat, jangan tipis sangat.
  • Bawang merah kisar - 3 sudu besar*
  • Bawang putih kisar - 1/2 sudu besar*
  • Bawang holland - 1 biji potong 8.
  • Bawang putih - 2 biji mayang kasar2*
  • Cili padi - 5-6 tangkai, belah 2 @ tumbuk kasar2*
  • 1 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  • 4 sudu besar air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air
  • Minyak
Cara-caranya :
  • Tumiskan bahan2 bertanda * hingga kuning.
  • Masukkan serbuk kunyit.
  • Masukkan air asam jawa.
  • Masukkan sotong dan bawang holland.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa.
  • Tambah sedikit air jika sukakan masakan berkuah. Kalau suka lauk kering, air yang keluar dari sotong sudah memadai.
  • Masak hingga sotong masak dan hidangkan.

FAMILY GATHERING @ SRI LOJING CONDO

Salam n Good Morning,

Hai, sihat sume? Akak ok jer ari nie, jap lagi kena attend perjumpaan dengan big boss !!! Borriinnnggg .... suke ke, tak suke ke, masuk jer ler meeting room tuuuu ...

Anyway nak sambung sket lagi cite kat KL ni. Actually lepas kenduri kawin tu, ari Sabtu adik saya ajak all my uncles n aunties dari JB n KL datang umah dia. Biase le kalau dah kumpul tu tajuknye makan, makan n makan.

Since akhir Okt. n awal Nov. ni ramai yang celebrate birthday, my aunty @ mummy bawa kek special. Kita orang yang jadik tuan umah ni pun menyingsing lengan ler .... apalagi main masak-masak! Menu tu tak seberapa, biase-biase jer, tapi yang penting dapat kumpul ramai-ramai, enjoy the foods n humours.

So lihat ler gelagat cousins akak yang celebrate birthday dan makanan yang hampir habis. masa tengah banyak lupa lak nak snap gambo, lapor ngko, lupa nak ambik gambo. Yang pasti memang enjoy .... tapi kan bila tengok balik gambo2 yang akak snap ni, akak pun tak tau lah macam shooting iklan jer, kalau tak caya cuba korang tengok dari awal bismillah sampai le penutup amin, sume yang dalam gambo tu macam sepakat jer tayang gigi dia orang .... especially Iman !!!

Kek Birthday

My sister - Ija n Afeeq

Susahnye nak potong ....

Ija n Amoy @ my cousin - Tolong pegang Moi

Ija, Zana, Afeeq, Amoy n anak Zana (alamak tak ingat ler nama budak nie ...)

Babak tayang gigi ....

Babak seterusnye .... masih kekal dengan tayang gigi, cuma tambah Cik Nad jerr ...

Yang ni babak tayang gigi yang dah tak de oleh Iman ...

Hidangan yang sempat dimasak - Mee goreng, nugget, samosa, dadih, rojak salad n bubur asyura (tiada dalam gambo)

Sambung sket lagi - Tauhu sumbat, buah epal, buah lai n betik


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...