Monday, January 31, 2011

KUPANG MASAK LEMAK

Salam sume,

Amacam ari ni datang ofis, rasa tak macam tinggal di oversea?Apasal akak cakap macam tu? Pasal dah 3 hari berturut2 hujan turun tak berhenti! Walau pun tak lebat, tapi sejuk sampai menggigit tulang! Nasib baik ler tak de snow kat Malaysia ni, kalau tak, dah ramai agaknye jadi air batu kat tepi jalan nu .... bahan sejuk sesangat !!! Tapi bila nengok blog rakan lain yang main snow, macam best gilerr jerrr ...... alah, kalau dah biasa, snow tu macam lopak2 air aje kut .....

OK lah, ari ni akak nak share satu resepi mudah! Mudah dimasak, tapi agak rumit nak menyediakan bahan utama. Apa lagi kalau bukan si Kupang! Dah rebus, nak kena buang cengkerang, lepas tu nak kena buang serabut janggut dia lagi ..... berejam berdiri kat dapur ngko, tapi ngidam punye pasal, ku gagahkan juge ......


KUPANG MASAK LEMAK

Bahan-bahan
  • 3 kg kupang - rebus, bersihkan dari cengkerang dan buang serabut janggut.
  • 1 biji kelapa - asingkan santan cair dan sanatan pekat
  • 2 batang serai - titik
  • 2 sudu teh lada hitam kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar*
  • 2 biji kentang - potong lapan
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit belacan
  • garam
  • Serbuk perasa
Cara-cara
  • Masukkan sanata cair ke dalam periuk yang sesuai.
  • Masukkan serai, selacan, bahan bertanda *, serbuk kunyit dan kentang, panaskan atas api sederhana hingga kentang agak empuk. Kacau sekali-sekala untuk elakkan sanatan berkepala.
  • Bila hampir empuk, masukkan lada hitam. Kacau rata.
  • Masukkan kupang dan santan pekat. Kacau dan bila telah cukup mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa, kemudian padamkan api dan hidangkan.

Friday, January 28, 2011

KEK COKLAT DERHAKA !


Salam pagi Jumaat sume,

Dah beberapa hari tak upload N3. Banyak keje sket ler sejak akhir2 ni, tak menang tangan dibuatnye. Sempat rewang2 jer kat blog blogger lain, nak upload N3 dalam keadaan tergesa2 macam tak best jer. Jadiknye, terbengkalai ler aktiviti mengomel kat sini ....

Tapi pagi ni cuba jugak nak upload N3. Susah payah snap gambo tapi tak buat story, rugi weiiii ....
Ok, ni nak cite sket pasal kek coklat! Actually resepi kek ni dari Mat Gebu asalnye --- Chocolate Peppermint Cake. Tapi ari tu akak buat kek Mat Gebu tu, anak akak tak berapa suka rasa pudina, sudahnye terkulat2 le akak nak ngabiskan nye .... So, kali ni akak tukar sket, akak jadikan semuanye kek coklat. Sori ler Mat, akak derhakakan sket aje .... jangan marah eehhh .... cuma derhakakan sukatan pes coklat tu aje, yang lain masih ikut cara Mat! Kalau nak tengok resepi asal yang Mat punye, boleh klik kat sini ..... Sumber asal : Mat Gebu



CHOCOLATE CAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 150 gram mentega
  • 140 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 1 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan diayak)
  • 3 biji telur gred "A" (ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja)
  • 120 gram gula halus
  • 1/2 camca besar ovallate
  • 15 gram gliserin + 10 gram air (boleh ganti dengan 25 ml susu segar)
  • 2 camca besar serbuk koko*
  • 2 camca teh coklat emulco*
  • 1 camca teh esen vanilla*
  • 6 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  • Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahan kan kelajuan, masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, tambah gliserin + air tadi. Putar rata. Masukkan pes coklat dan putar rata.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang dilenserkan dengan mentega dan di alas dengan kertas yang dilenserkan dengan mentega juga. Bakar 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan...
Chocolate Ganache - sumber dari blogger hanamemories
  • 1 cawan susu pekat
  • 50 gm serbuk koko
  • 60 gm mentega
Cara-caranya :
  • Satukan ke semua bahan dalam periuk untuk proses double-boil. Kacau rata dan tuangkan atas kek dan rata sewaktu masih panas supaya permukaan kek kelihatan licin dan cantik.

Tuesday, January 25, 2011

MEE REBUS

Salam sume,

Mulakan hari ini dengan senyuman .... itu lebih barakah dari segalanye .... senyuman itukan sedekah! Amacam datang keje ari ni senyum tak? Senyum lah ... nak nyanyi lagu Cek Mek Molek - M Daud Kilau ke? Aa haiiii .... Ok lah meraban lak pagi ni, tapi yang penting, ari ni akak hepi, kesihatan minda kena dijaga gak, nanti nak tunggu pencen sewel lakkkk ....

Pagi ni nak share satu resepi yang semua orang dalam famili akak suke, apa lagi kalau bukan Mee Rebus, masakan tradisinal orang Johor! Mee rebus ni ada kisahnye ... dulu2 masa akak kecik2, akak memang suke sesangat makan mee rebus. Paling popular Mee Rebus Lan Janggut! Haa ... yang ni hanya orang Johor je yang kenal siapa itu Lan Janggut! Masa tu kat area parking KOMTAR JB ada ruang penjaja makanan selepas jam 5 ptg setiap hari. So, Lan Janggut bisnes Mee Rebus kat sini .... memang sedap ngko. Tiap-tiap bulan lepas shopping barangan dapur kat Emporium, mak, abah, akak & adik lelaki akak pasti akan singgah warung Lan Janggut makan Mee Rebus, tak dak menu lain di hati pada ketika tu. Tu lah sebabnye, keturunan akak sekarang ni, especially Iman, gilos banget makan mee rebus. Hari2 beli mee rebus kat kantin sekolah! Tak jemu ....

Ni akak nak share resepi buat Mee Rebus! Tapikan sukatan untuk resepi ni agak banyak sebab, sesuai untuk 4 kilo mee, dan akak masak ari tu pun memang banyak! So pandai-pandai ler outer untuk hidangan yang sesuai dengan jumlah tetamu yea..... tapi kalau ada lebih, boleh frozen, bila-bila nak makan just panaskan ajerrrr ....

MEE REBUS

Bahan-bahan
  • Kuah Mee Rebus
  • 6-7 batang serai - kisar halus*
  • 3 inci halia - kisar halus*
  • 2 inci lengkuas - kisar halus*
  • 8-10 sudu besar rempah kari daging Faiza - gaulkan dengan sedikit air
  • 10-12 sudu besar bawang merah kisar**
  • 4 sudu besar bawang putih kisar**
  • 1 kg keledek putih - rebus dan kisar halus
  • 1 genggam udang kering - kisar halus
  • 1 kg udang hidup - kupas kulit
  • 1 kg daging @ tetil - rebus dan ambil air rebusan
  • Air rebusan kulit udang
  • 400 gm udang geragau kering - kisar halus menggunakan blender basah
  • Sedikit tepung gandum - bancuh dengan air dan blend supaya teksturnye tidak berketul2, jangan cair sangat!
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara-cara
  • Rebus daging @ tetil hingga empuk dalam periuk yang sesuai supaya mudah untuk masukkan bahan-bahan lain.
  • Masukkan air rebusan udang ke dalam rebusan daging.
  • Dalam kuali, panaskan minyak, tumis bahan bertanda ** hingga wangi. Masukkan bahan bertanda * dan goreng hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan goreng hingga garing.
  • Hasil tumisan tadi di masukkan ke dalam periuk air rebusan. Gaul rata.
  • Masukkan udang geragau dan udang kering yang telah dikisar. Kacau hingga mendidih.
  • Masukkan udang hidup. Biar seketika.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula dahulu.
  • Masukkan ubi keledek yang telah dikisar dan kacau. Jika kuah agak cair, masukkan bancuhan tepung gandum sedikit demi sedikit supaya kepekatan kuah dapat dikawal dengan baik. Tambah gula sedikit lagi jika kurang rasa manis.
  • Biar mendidih dan padamkan api.
KEROPOK MEE REBUS

Bahan-bahan
  • Tepung atta
  • Air 
  • Garam
Cara-cara
  • Panaskan minyak untuk gorengan deep fry
  • Bancuh tepung atta dengan air dan garam. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
  • Lenserkan tepi kuali atau boleh goreng cara seperti menggoreng tepung goreng pisang.
  • Goreng hingga kuning, angkat dan toskan pada kertas untuk serapan minyak.
  • Simpan dalam bekas kedap udara apabila keropok sudah hampir sejuk.

Penyediaan
  • Mee kuning
  • Taugeh - bersihkan dari topi helmetnye atau kalau rajin boleh buang ekornye
  • Tauhu - goreng dan potong dadu
  • Lada hijau hidup - potong bulat, saringkan biji lada dari hirisan lada
  • Limau kasturi - belah dua
  • Telur rebus - belas dua
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Kicap manis @ masin - terpulang
Cara-cara penyediaan Mee Rebus
  • Celur mee dan taugeh.
  • Isikan dalam pinggan. Hiasankan dengan tauhu goreng, telur rebus, limau kasturi, lada hijau dan keropok mee rebus. Curah kuah di atas mee, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Jika suka boleh bubuh sedikit kicap. Sebelum makan, perahkan limau kasturi, gaul dan makan.

Monday, January 24, 2011

NASI GORENG SEAFOOD

Salam tengahari sume,

Amacam ..... Monday Blues dah hilang lummmm ?????? Kalau masih tak hilang lagi, memang sah ler korang malas datang keje ari Senin .... Akak ari ni penuh bersemangat datang keje, tak tau lah nape ..... tapi ari ni macam tak malas jer ...... Cewahhhh .... time dia rajin, asyik cite jer, cuba time dia malas, satu bende tak leh nak kata .... bluuurrrr !!!!!!!!!!!!!!

Ok, tengahari ni nak share resepi yang akak masak ari Sabtu lepas untuk lunch. Tadi akak dah post N3 lauk siput kan? Tu lauk makan malam, yang ni untuk makan siang, pasal dah tak de idea apa nak ditelan untuk lunch time, jadiknye .... nasi goreng ler, apalagi .... Moh nengok resepi ni, kalau masuk tekak korang, boleh try masak malam ni, tak yah susah2 cari bahan, apa yang ada dalam fridge jerr pun boleh, yang penting sodap, banyak aksesori pun kalau rasa tak datang sedapnye, hampehhhhh ......


NASI GORENG SEAFOOD

Bahan-bahan
  • 1 1/2 pot beras - dimasak menjadi nasi, jangan lembik, nanti nasi goreng tak cun!
  • 1 mangkuk kecik udang - buang kepala dan sebahagian kulit badan*
  • 2 batang crab stick - potong nipis*
  • 6 biji crab ball - potong nipis*
  • 6 biji squid ball - potong nipis*
  • 1 batang fish cake - potong nipis*
  • Sawi - potong lebih kurang 1 cm
  • 2 sudu besar oyster sauce
  • 10 biji cili padi - tumbuk kasar2
  • 2 batang lada hijau - tumbuk kasar2
  • 1 biji bawang holland - mayang kasar2**
  • 1 sudu besar bawang putih kisar**
  • 4 sudu besar bawang merah kisar**
  • 2 biji telur
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara-cara
  • Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda ** dan lada hijau serta cili padi hingga garing.
  • Masukkan bahan bertanda * dan kacau hingga rata, biar seketika.
  • Masukkan sos oyster, garam, serbuk perasa dan gaul rata.
  • Masukkan telur, biar telur mengeras sikit, kacau rata dan masukkan sawi. Gaul rata.
  • Masukkan nasi dan gaul rata. Angkat dan hidangkan dengan tabuaran daun sup dan bawang goreng.

SIPUT MASAK LEMAK SAYUR KELADI

Salam sume,

Selamat mula bekerja di awal hari Isnin yang mulia ini. Selalu orang salahkan ari Isnin sebab datang keje tak de mood ... Monday Blues .... Sebenornyer sama jer, Senin ke, Selasa ke, Rabu ke, Khamis ke, Jemaat ke, Sabtu ke, Ahad ke .... yang penting diri sendiri tu ... kena rajin2 selalu. 

Cewah! Macam baguslah pulak ari ni bersyarah sakan .... Saje jer .... nak hidupkan mood kerja yang ceria awal2 pagi ni ..... Minggu ini akak target minggu yang sibuk sket, maklumler ... minggu ni minggu akhir nak menilai SKT staf akak .... kang beri markah sket muncung lak! Time suruh buat keje main2, nanti tuduh pegawai kedekut markah, tu biase lerrr ..... kalau jadi pegawai beri markah, tak senang nak puaskan hati semua orang! hati sendiri, sendiri kena jaga, boss pun kadang tak kesah .....

Ari Sabtu ari tu, bebudak sekolah, sekolah ganti pasal nak cuti Tahun Baru Cina nanti! Jadik, akak n pakwe akak ambik peluang pegi Pasar Tani kat Stadium Larkin .... MasayaAllah .... punye ler susah nak carik parking! Sabao tu sabo gak, tapi menyirap gak darah bila manusia ni tak reti nak bertimbang rasa. Kalau dah shopping kat pasar tani tu, takat nak tunggu yang lain naik kerete, apasalah ler ngko keluar dari parking, kasi orang lain yang tengah tercari2 parking ni masuk, ngko pun namanye dah nak balik! Ni tak, duduk bertapa dalam kete macam tak de perasaan langsung, ni yang buat akak geram ni ..... sikap tolak ansur langsung tak de, bila ketuk cermin kete tanya nak keluar dari parking ke tak, selambe jer geleng2 kepala, nak aje akak jotos kepala tu ... sengallllll .................mangkuk ayun betulll ......

Dah ler ... dengo akak membebel sampai bila pun tak abis, meh sini dengor cite akak masak lauk Siput Masak Lemak Sayur Keladi lagi cuunnnnn ....

Siput n keladi ni beli kat pasar tani .... pakwe akak ngidam nak makan ..... nak masak cili padi takut bebudak tak tahan pedas, sudahnye masak lemak jer ler, sume orang bole makan .... inilah resepinye .... jeng jeng jeng .....

SIPUT MASAK LEMAK SAYUR KELADI

Bahan-bahan
  • 1 kg siput  - potong muncung bawah supaya senang nak menyedut!
  • 1 biji kelapa parut - kisar ngan air suam untuk dapatkan santan pekat, lepas tu kisar sekali lagi untuk dapatkan santan cair
  • 2 batang serai - titik*
  • 1 bungkus sayur keladi - lebih kurang RM2
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4 sudu besar bawang merah kisar*
  • 1 sudu teh serbuk kunyit*
  • 2 sudu teh lada hitam kisar
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara-cara
  • Masukkan santan cair dalam periuk yang sesuai.
  • Masukkan bahan bertanda * dalam santan cair dan panaskan dengan api yang sederhana.
  • Bila hampir mendidih, masukkan siput yang telah dicuci bersih. Kacau seketika dan masukkan lada hitam.
  • Bila mendidih, masukkan santan pekat dan kecilkan api supaya santan tidak berkepala. 
  • Sentiasa kacau kuah santan, masukkan garam dan serbuk perasa. Masukkan keladi dan kacau lagi hingga mendidih.
  • Angkat dan hidangkan.

Friday, January 21, 2011

RAVA TOSEI DAN KARI KENTANG

Salam sume dan selamat pagi Jumaat,

Sekejap aje kan dah ari Jumaat! Minggu ni, 2 hari cuti, berehat kat umah. Semalam sempena cuti Thaipusam, akak try ler buat Rava Tosei. Resepi ni akak rayau kak blog SueJoshua yang berada nun jauh di Denmark, tapi tak lama lagi dia dah nak balik Malaysia. Akak ni silent follower dia, saja suka baca kisah budak Sue ni! Kalau baca blog dia, akak rasa Sue ni macam 'gila2' sket orangnye, tak formal orangnye, bolehle masuk dengan akak punye karekter gak yang tak berapa nak siuman nie ....

Akak try buat Rava Tosei ni dengan semangat yang berkobar2. Apa taknye, nak beli kat kedai mamak, akak tak berapa nak sior lerrr ... jadik nak try gak, jadik ke, tak jadik ke nak try gak!!!!  Tak kira .......

Kalau tengok kat gambo tu nampak macam hensem jer, tapikan akak rasa ler .... yang akak buat ni tak berapa nak jadik kalau dibandingkan dengan yang Sue buat tu .... cuba korang tengok kat sini .....

Tapi, rasa Rava Tosei ni akak suke, sedap .... makan macam tu aje pun sedap .... cuma akak masak jugak kuah kari kentang, saje2 jer ...... sebab nak try buat sambar kentang macam yang Sue buat tu, macam byk kerenah jer, lagi pun akak tak pernah jumpa rempah sambar, tu yang tambah malas akak nak try buat .....

Kalau korang nak cuba, akak galakkan, serius .... sedap rasanye .... tapi yang akak buat macam dalam gambo kat atas nuuu sekali pandang macam lempeng ajer ......... dua kali pandang, habis pakwe akak dah telan!!!!


BAHAN-BAHANNYA:
  • 100 gm tepung suji
  • 100 gm tepung beras
  • 40 gm tepung gandum
  • 1 s/b jintan putih - ditumbuk
  • 1 s/t biji sawi
  • 1 s/t halia - yang telah ditumbuk
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 5 helai daun kari - dihiris
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Campur semua bahan rava tosei kecuali garam dan air, kemudian tuangkan air, bancuh hingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, letakkan sedikit garam, kacau sebati dan simpankan bancuhan selama 1/2 jam.
  • Panaskan kuali leper non stick, sapukan permukaan kuali dengan sedikit minyak, tuangkan sesenduk bancuhan rava tosei dan ratakan nipis, apabila dasar rava tosei keperangan, balikkan dan biarkan hingga masak, lipatkan dan angkat.
  • Buat sehingga habis bancuhan.

KARI KENTANG

Bahan-bahan
  • 3 biji kentang - potong dadu
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4 sudu besar bawang merah kisar*
  • 1 sudu kecil halia kisar*
  • 1 pelepah daun kari
  • 2 sudu besar rempah kari daging - bancuh dengan sedikit air
  • Air asam jawa
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara-cara
  • Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda * dan daun kari hingga wangi dan garing. 
  • Masukkan rempah kari dan biar seketika.
  • Masukkan kentang, gaul rata dan biar kentang dan remapah mesra seketika.
  • Masukkan air asam dan air. Biar seketika.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul rata, kecilkan api dan biar terbit minyak.
  • Angkat dan hidangkan.


Wednesday, January 19, 2011

YANG ITU BUKAN DUIT KITA, PULANGKAN .....

Salam,

Kalau baca berita kat bawah ni ... apa komen korang ???? Akak ni bukanlah pandai sangat dalam bab2 agama ni, tapi satu yang akak ingat masa zaman sekolah dulu2 .... kalau sapa2 orang Johor dan bersekolah di Johor, kat Johor ni ada sekolah agama ...

..... Suatu ketika dahulu, kami pernah tanya ustazah, kalau jumpa duit kat tepi jalan, boleh tak kita kutip duit tu dan dermakan duit tu kat tabung masjid? .... Ustazah menjawab : Duit yang kita jumpa tu, patutnye kita kena pulangkan semula kepada tuanpunya, bukannye kita sedekahkan sebab duit tu bukan duit kita! Kita nak belanjakan duit tu pun tak boleh! 

Sejak dari hari tu, akak kalau terjumpa duit kat mana-mana pun, akak tak akan kutip atau ambil, sebab tak tau duit sapa? Inikan pulak duit yang bertaburan seperti dalam berita ni, dah tentu tuanpunya duit tu kemalangan dan ada di situ. Duit tu kalau kita ambil dan belanjakan .... heemmmm tak tau nak cakap, sendiri boleh fikir dan nilaikan, nanti salah cakap pulak .... 

Ini sekadar ulasan peribadi akak, ada baiknya kita bantu mereka yang sedang ditimpa musibah daripada kita sendiri mencari peluang dari musibah yang tak tentu lagi kita ketahui .... wallahhuallam .....

--------------------------------------------------------------------------------

Bergadai nyawa kutip syiling RM75,000

Sumber : Utusan Online - 19.01.2011.

REMBAU 18 Jan. - Jika sebelum ini, orang ramai hanya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan sesuatu kemalangan di lebuh raya, namun berbeza pada hari ini apabila mereka berpusu-pusu datang dengan lebih dekat.
Manakan tidak, sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Malah pengguna lebuh raya sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput berhampiran.
Kejadian berlaku di Kilometer 243, susur keluar Pedas, dekat sini, apabila kenderaan terbabit yang membawa sebuah peti besi berisi syiling itu dirempuh sebuah kereta BMW, pukul 3 petang.
Rempuhan tersebut mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan terbalik. Kereta BMW itu juga terbalik di dalam longkang berdekatan lebuh raya.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu dan pihak polis sedang menjalankan siasatan kemalangan berkenaan.
"Kejadian itu berlaku selepas kenderaan 4WD dilanggar dari belakang dan menyebabkan ia terbabas dan terbalik.
"Akibatnya, wang yang dibawa bertaburan di atas lebuh raya. Pihak polis ketika ini memantau keadaan di lokasi kejadian dan akan menghalang orang ramai daripada terus mengutip wang syiling berkenaan," ujarnya di sini hari ini.
Pemandu Toyota Hilux itu, Zairul Hisham Mansor, 28, yang ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian berkata, dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan membawa wang syiling berkenaan dari Shah Alam, Selangor menuju ke Melaka.
"Semasa kejadian itu, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana wang syiling diletakkan di belakang kenderaan kami sudah tercampak di tengah lebuh raya.
"Ia menyebabkan beribu-ribu wang berkenaan bertaburan di merata tempat," katanya yang masih tergamam dengan kemalangan itu dan menyebabkan rakannya cedera di tangan, manakala Zairul pula mengalami cedera ringan dan diberi rawatan kecemasan di lokasi kejadian.
Menurutnya, wang syiling berkenaan mahu diedarkan di beberapa pasar raya di Melaka dan difahamkan jumlah berkenaan RM75,000.
Difahamkan juga, dua lelaki yang menaiki kereta BMW berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor.
Mereka yang berusia 30-an itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini.
Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati orang ramai 'hilang pertimbangan' sehingga ada yang sanggup mencangkung di tengah-tengah lebuh raya untuk mengutip wang syiling itu.
Wang syiling berkenaan turut dikutip di kawasan rumput hingga menyebabkan kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan menjadi sesak.

Monday, January 17, 2011

HATI DAN PEDAL AYAM GORENG JINTAN

Salam sekali lagi,

Pagi ni cite soal hati jer ke? Tak lah kebetulan jer ..... tadi terasa hati, ni plak resepi hati dan pedal ayam .... Tadi tu perasaan, yang ni plak lauk ....

Ari Sabtu lepas, akak masak lauk ni. Rasa macam dah tak tau nak masak ape, geledah esbok jumpa lak satu taperware hati and pedal ayam, jadik ... terilham ler nak goreng jintan, simple dan mudah .... yea ....kalau tak caya cuba korang nengok resepi ni ..... memang senang banget!!!!


HATI DAN PEDAL AYAM GORENG JINTAN

Bahan-bahan
  • 1/2 kg hati dan pedal ayam, bersihkan cuci dan toskan. Rebus hingga empuk, toskan.
  • 2 biji kentang - kupas kulit, potong bulat dan goreng hingga kuning, ketepikan
  • 1 biji bawang holland - potong bulat kasar2
  • 1 biji tomato - potong enam
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4-5 sudu besar bawang merah kisar*
  • 3 sudu kecil jintan halus - dikisar halus**
  • 7 sudu kecil jintan kasar - dikisar halus**
  • 2 sudu teh lada hitam - dikisar halus
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
  • Sedikit kunyit serbuk
Cara-cara
  • Panaskan minyak. tumis bahan bertanda * hingga wangi dan garing.
  • Masukkan bahan bertanda ** dan gaul rata, biar hingga wangi. Masukkan serbuk kunyit, gaul rata.
  • Masukkan hati dan pedal ayam, gaul rata. Tambah sedikit air.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan lada hitam. Gaul rata.
  • Masukkan kentang dan bawang holland. Gaul rata. Akhir sekali masukkan buah tomato dan padamkan api. Gaul rata dan boleh angkat serta hidangkan.

NASI GORENG KURMA DAN HATI EMAS YANG KUCARI ........


Salam Isnin sume,

Hai, selamat pagi ..... dah sarapan ke sume? Akak ari ni serapan lambat sket, kul 10 lebih baru dapat relax dan makan dengan aman damai .... 

Pagi ni akak ada kelas dengan student, nak jadi cite plak, dah lebih 3 hari akak batuk and sakit tekak, sudahnye pagi ni suara pun tak keluar, takat suara bisik-bisik aje. Konon nak minta ehsan rakan2 kalau ada yang boleh and sudi take over kelas akak ari, nanti akak ganti lah semula kelas dia, jawapannye ...... rupa-rupanye nilai kemanusiaan dalam diri manusia sekarang ni memang dah makin nipis, sama nipis mcm lapisan ozon .... sudahnye akak on jugak kelas dengan suara yang termampu aje, student pun kesian kat akak, tapi tanggungjawab kena settlekan jugak, tak ape, akak tak marah pun pada yang tak sudi nak menolong akak ari ni, cuma, akak rasa agak terkilan, dalam dunia ni manusia sudah semakin hilang rasa peri kemanusiaan ... hati emas yang Allah kurniakan pada kita semua dah makin pudar, di manakah hati emas ini akan ku temui dalam dunia sekarang nie? ADA .... tapi susah sesangat kita nak jumpa! Kenapa akak kata HATI EMAS? Sebab sekarang ni memang nak jumpa 1 orang mulia dari sejuta umat, memang susah!!! Kalau ada pun belum tentu ikhlas!
Yang sempurna hanya Allah jua, tapi kita sebagai manusia harus menanam sikap timbang rasa kerana suatu hari kita akan juga merasai susah senang dalam kehidupan!!! Itu je nak membebbel pagi ni ..... 

La ni langsung tak leh cakap, 2 hours straight bercakap, tekak ni macam tgh cedera parah, nak bernafas pun macam susah jer .... macam orang semput lakkkk ... tulah .... kuruskan badan tu, jangan gebu sesangat .....

Ok le, ari ni nak share resepi Nasi Goreng Kurma. Akak makan nasi ni dah lama dulu, masa kenduri kat umah kawan, tapi nak tanya resepi segan, so akak pandai2 oter sendiri, yang penting, rasanye tu datang ..... kalau nak cuba, cuba sket dulu, sebab tak sume orang suka makan masakan berempah ni, panas katanya .... tapi since anak and pakwe akak bedal semacam jer ... akak rasa Nasi Goreng Kurma jatuh dalam kategori sedap!!! So cobalah, belum try belum tau nikmat dan kesedapannye .........


NASI GORENG KURMA

Bahan-bahan
  • Nasi putih ikut suka berapa banyak pun, akak masak beras 2 pot!
  • 2 biji telur ayam
  • 2 biji lada hijau - kisar halus**
  • 8-10 biji cili padi - kisar halus**
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4-5 sudu besar bawang merah kisar*
  • 1 cawan daging cincang
  • 2 batang lobak merah - potong macam lidi mancis
  • 1/2 biji kobis - saiz kecil, racik halus
  • 1 biji bawang holland* - mayang kasar2
  • 2 sudu besar rempah kurma Faiza
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
  • Timun - hiris bulat
  • Tomato - hiris bulat
Cara-cara
  • Panaskan minyak untuk menggoreng telur. Pukul telur dan masukkan sedikit garam serta serbuk perasa. Goreng seperti scramble egg dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda*. Masukkan bahan bertanda **  dan goreng hingga garing dan naik bau.
  • Masukkan daging cincang dan gaul seketika.
  • Masukkan lobak merah dan kobis, gaul seketika, kemudian masukkan telur.
  • Masukkan rempah kurma, garam dan serbuk perasa, gaul rata.
  • Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul rata agar nasi dan rempah ratus mesra. Biar seketika, tapi jangan sampai hangus! Angkat dan hidangkan. Makan bersama ulam timun dan tomata hiris tadi.

Wednesday, January 12, 2011

ASAM PEDAS IKAN MERAH DENGAN BENDI DAN TOMATO

Hai, 

Kali ni ulang tayang resepi asam pedas, cuma jenis ikan aje yang berbeza ..... sori ler ... dah lama masak lauk ni, tapi baru berpeluang post N3 ari ni, lupee weiii ........


ASAM PEDAS IKAN MERAH DENGAN BENDI DAN TOMATO
Bahan-bahan :-
  • 1 ekor ikan merah - kepala ikan dibelah dua
  • 3/4 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3-4 sudu besar bawang merah kisar*
  • Kunyit*
  • Belacan*
  • 6-8 sudu besar lada kering kisar
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
  • 5-6 batang sayur bendi - kerat 2
  • 1 biji tomato - belah 6
  • Air
Cara-cara:-
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 bertanda * yang telah disatukan dan digaul rata. Bila naik bau, masukkan lada kering kisar. Masak lagi hingga garing.
  2. Masukkan garam, serbuk perasa dan air asam. Tambahkan air, jangan terlalu pekat @ terlalu cair. Biar hingga mendidih.
  3. Masukkan ikan dan biar seketika hingga ikan hampir masak.
  4. Masukkan sayur bendi dan tomato, kecilkan sedikit api, biar hingga masak dan naik minyak kuah gulai berkenaan. Angkat dan hidangkan.

KARI IKAN TENGGIRI DENGAN KOBIS

Haiiiiiii ..................,

Hadoiiii ............................... apesal lah ari ni! Korang jangan ikut jejak langkah akak ni, tak tau ape ke halnye! Cuaca kat luar tu dah le mendung memanjang sejak tengahari tadi, download file dari tadi pun tak settle2 lagi, nak kata ari ni ari Senin, dah ari Rabu ........ wake up ... WAKE UP!!!!!!!

Ni korang kalau minat kari, korang boleh ler try, kari ni pakwe akak suke, I tak suke sangat, entah ler ... macam tak berapa minat, tapi kena gak ler masak kari sekali sekali, ari2 gulai pun boring gak. Kalau nak makan lauk kari, mesti mau ada sambal belacan n ikan kering, baru datang serinye .... nasi pun kena masak lebih .... barulah berselera pakwe u all makan!!!!


KARI IKAN TENGGIRI DENGAN KOBIS
  • 1 ekor ikan tenggiri - kalau banyak boleh masak separuh aje
  • 1 biji bawang besar - mayang kasar2*
  • 3 biji bawang puti - mayang kasar2*
  • 1 pelepah daun kari*
  • 1 sudu makan bawang putih kisar**
  • 3 sudu makan bawang merah kisar**
  • 4 sudu besar lada giling - kalau suka pedas boleh tambah lagi**
  • Serbuk kunyit**
  • 1 inci halia - mayang macam lidi mancis*
  • 3-4 sudu makan serbuk kari ikan Faiza - bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • Air asam jawa
  • Air
  • Santan
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 6-7 kelopak kobis - koyakkan besar2
  • 2 batang lada hijau - belah dua

Cara-caranye :
  • Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda * hingga garing. Masukkan bahan bertanda ** dan goreng hingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari, kacau dan biar hingga terbit minyak.
  • Masukkan air asam, garam dan serbuk perasa.
  • Tambahkan air dan bila mendidih, masukkan ikan. Bila ikan hampir masak, masukkan santan dan kecilkan api sedikit.
  • Bila hampir mendidih, masukkan kobis dan lada hijau, kecilkan api dan biar hingga terbit minyak. Angkat dan hidangkan.

SAYUR KACANG PANJANG GORENG


Salam,

Ya Allah .... apalah punye mengantuk ari ni, nak angkat kelopak mata pun tak larat, nak kata makan kenyang sangat pun tak jugak, tengahari tadi makan roti jer .... macam di suap ngan ubat tido lak .....korang tak ngantuk ke? Semalam korang tido awal eehhh ... patutlah tak ngantuk. Akak pun tido awal gak pasal telan ubat batuk n selsema, tapi ngantuk tahap gaban betullahh ....

Ni sambil2 ni, akak post ler N3 sayur, kacang panjang goreng sempoi jer .... makan nasi panas ngan ikan goreng taruh kicap dan sayur ni memang ngam suiiii .....



SAYUR KACANG PANJANG GORENG
  • 10 batang kacang panjang - potong pendek2 - 3 cm
  • 1 biji bawang holland - mayang kasar2
  • Lada capsicum merah, hijau dan kuning, mayang kasar2
  • 1 batang lobak merah - potong macam lidi mancis
  • 1 sudu teh bawang putih kisar*
  • 2 sudu makan bawang merah kisar*
  • Kiub ikan bilis atau ayam @ boleh guna ikan bilis tulen, tumbuk halus - 1 genggam
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Sedikit air
  • Minyak
Cara-caranye :
  • Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda * dan bawang holland hingga garing. Masukkan kiub ikan bilis. Gaul rata biar seketika.
  • Masukkan lobak merah dan sedikit air.
  • Masukkan kacang panjang, gaul rata dan akhir sekali masukkan lada capsicum. Gaul rata dan padamkan api. Angkat dan hidangkan.

ASAM PEDAS IKAN DURI @ MAYONG



Hai, hai, hai,

Dah nak waktu rehat ni, mata pun dah mula layu jer nie..... ngatuk weiii .....

Tadi masa N3 sayur taugeh akak ada sebut pasal asam pedas kan?!!!! Ni lah dia lauk yang akak padukkan ngan sayur taugeh tadi .... Asam Pedas Ikan Duri @ Mayong. Ikan ni pak we akak beli 4 keping yang besar tu, jadi kena belah dua, dapat 8 keping, akak masak asam pedas ni cuma 5 keping jer, tu pun ada berbaki 2 keping lagi, tu yang datang malas nak memasak tu untuk petang ni ... tapi apa2 pun tunggu mood petang nanti, kesian plak kat pakwe I, ari ni dia puasa, puasa nazar weiii .....

Keyy lah, jom tengok resepi ni, makan masa panas-panas memang best! Tak hengat donia ...... tu yang makan sampai berpinggan2 pun tak kenyang2 lagiiiii .... lain kali baca bismillah dulu sebelum makan, sikit pun tetap cukup .....

Ok kita mulakan .....


ASAM PEDAS IKAN DURI @ MAYONG
  • 5 keping ikan ikan duri @ mayong
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 7-8 sudu besar cili kering kisar*
  • Sedikit belacan*
  • Sedikit sebuk kunyit
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air
  • Minyak
  • Sayur bendir - 5 batang
  • 2 sudu teh lada hitam kisar
Cara-caranya :-
  • Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda * hingga garaing dan naik bau. Masukkan air asam jawa.
  • Tambah air dan biar mendidih. Masukkan ikan. Biar seketika hingga ikan hampir masak.
  • Masukkan lada hitam, garam dan serbuk perasa.
  • Kecilkan api dan masukkan sayur bendir. Biar seketika hingga terbit minyak. Padamkan api dan hidangkan.

TAUGEH GORENG RAMPAI


Salam sume,

Ahaa .... ari ni dah plan nak masak lauk ape petang ni. Akak ari ni mcm masak sayur je, sbb lauk semalam ada lagi. Masak banyak2 nanti sudahnye terbuang, tapi tengok lerrr ... kalau rajin ada lah kut menu baru petang ni. Tapi kalau takat lauk asam pedas semalam, umah akak tu masih laku lagi ari ni....

Ni akak nak post lauk Taugeh Goreng Rampai. Kalau tengok kat gambau tu, macam banyak lagi rencah dari taugeh, haaa ... tu biase ler, takat taugeh aje, memang terkulat2 ler jawabnye dia orang makan nasi tu .... Actually kalau goreng sayur taugeh ni, apa-apa pun kita boleh tambah, contoh daun kucai, hati n pedal ayam, isi kerang, kentang goreng atau apa lah yang lekat kat selera n tekak masing-masing, tapi ini aje stok yang akak ada, lagipun stok ni hampir expired, so daripada terbuang, baik dimeriahkan sayur taugeh ni ... jom tengok cara dan bahan untuk memasaknye .....


TAUGEH GORENG RAMPAI
  • RM 1.00 - taugeh yang telah dibuang ekor dan 'helmetnye'
  • 1 batang lobak merah - dipotong seperti batang mancis
  • Lada capsicum merah, hijau dan kuning - potong nipis seperti batang mancis
  • 10-15 ekor udang sederhana besar
  • 1 biji bawang holland - dipotong dadu
  • 1 sudu kecil bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar*
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak

Cara-caranya :-
  • Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * dan bawang holland hingga  garing.
  • Masukkan udang dan lobak merah.Gaul rata dan biar seketika.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan lada capsicum, gaul seketika dan akhir sekali masukkan taugeh dan terus padamkan api. Jangan biarkan taugeh lama atas api kerana kalau layu kurang sedap dan tidak terasa kenikmatan dan keranggupan taugeh. Angkat dan hidangkan.
Senangkan, cubalah, tak rugi mencuba dalam masakan ni .....

KURMA AYAM


Salam sejahtera,

Hari ni mood bagus, cuaca pun bagus, jadik ari ni akak rajin nak post N3. Kalau time malas tu, satu pun tak le pakai, malassssss memanjang. Agaknye azam tahun baru la ni kut, nak rajinnnnnn .... selalu ...... Yea lah tuuuu .... kita tengokkan aje sampai bila .....

Keyyyy .... ni nak share resepi masak kurma ayam. Kalau kurma ni akak prefer ayam berbanding daging, sebab, satu - cepat dimasak, kedua - skrg ni nak kena kurengggkan makan daging, hanya menu tertentu aje yang akan guna daging. Ok, kita tengok resepi ni .....


KURMA AYAM
  • 1/2 ayam muda
  • 2 biji kentang - potong lapan
  • 1 biji tomato - potong enam
  • 1 batang lobak merah - potong lebih kurang 1 inci, belah 4
  • 1-2 btg kayu manis**
  • 2 kuntum bunga lawang**
  • 5 biji buah pelaga**
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4 sudu besar bawang besar kisar*
  • 1/2 sudu besar halia kisar*
  • 1 labu bawang besar - potong lapan**
  • 3-4 sudu besar rempah kurma Faiza - gaul dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • 1-2 sudu kecil lada sulah*
  • 3 batang lada hijau kisar*
  • Santan
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara-caranya :
  • Panaskan minyak. Tumiskan bahan bertanda **. Kemudian masukkan bahan bertanda * dan goreng hingga wangi dan garing. Masukkan rempah kurma dan lada sulah, dan gaul rata.
  • Masukk kentang dan 2 cawan air, biar mendidih seketika. 
  • Masukkan ayam. Biar seketika. Apabila hampir empuk, masukkan lobak merah.
  • Masukkan santan dan kecilkan api sedikit. Bila dah mengelegak, masukkan garam dan serbuk perasa. Masukkan tomato dan padamkan api, hidangkan. Kalau nak tabur daun ketumbar pun ok. Ada orang masukkan juga daun limau purut masa menumis tadi, terpulang, ikut suka.

MAKARONI BAKAR

Salam dan Selamat pagi,

Episod kali ni khas bagi menayang semula resepi yang akak dah try agak lama gak, dah 2 minggu lepas. Makaroni Bakar ni akak try buat masa besday Iman, gambar pun ada sekeping jer yang sempat di snap. Sumber resepi macam biase le, Mat Gebu. 

Masa akak buat bende ni, akak cuma ikut bahan2 jer, dari aspek sukatan akak ikut sendiri sebab nak kasi tele ngan tekak akak dan bakal tetamu yang datang, anyway, memang resepi ni sedap, tak muak pun, malah ini antara menu yang habis dulu. So cuba lah apa lagi, jangan tungguu lama2, nanti kempunan .....

MAKARONI BAKAR BERSAMA TUNA DAN CENDAWAN

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram makaroni yang belum direbus
  • 125 gram keju mozarella, hiris nipis (nak parut pun boleh)..atau guna keju pilihan anda
  • 1 tin cendawan butang, ditoskan (mat guna cap "ayam")
  • 1 tin tuna, tos kan
  • 1 biji tomato merah, cincang halus
  • 1 biji bawang holland, dadu (belasah guna bawang biasa pun boleh)
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
  • 2 helai bay leaf
  • 1 camca besar sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
BAHAN KASTARD :-)
  • 5 biji telur
  • 50 ml susu sejat
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • Secubit garam
  • Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Rebus makaroni tadi dalam air yang dimasukkan sedikit garam, hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun, sejukkan. Cendawan butang tadi dibahagi dua, satu bahagian hiris kasar dan satu bahagian lagi hiris nipis. Panaskan oven pada suhu 175C. Sediakan belas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci, lenser dengan sedikit mentega dan alas dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi. Ketepikan.
  • Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan bay leaf hingga harum, masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau rata dan tuang sedikit air. Tambah lada hitam dan juga cendawan. Masak sekejap, masukkan tuna, pecah2 kan isi ikan tuna tadi dan gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh angkat. Kelurakan bay leaf tadi dan ketepikan.
  • UNTUK MAKARONI BAKAR :- Bancuh semua bahan kastard dan pukul dengan whisk hingga sebati. Masukkan makaroni yang telah sejuk tadi dan gaul rata. Tuang 1/2 bahagian ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Tuang pula no. 2 atasnya dan ratakan. Lapis dengan makaroni yang selebihnya. Susun cendawan yang dihiris nipis atas makaroni tadi. Kemudian susun pula keju mozarella (atau keju pilihan anda). Tekan2 sedikit dan bakar 30 - 35 minit. Bila masak boleh dihidangkan.Pada mat hidangkan masa panas lagi sedap ....Selamat mencuba!!..
CATATAN MAT GEBU :- Satu nak pesan, resipi ni perlu penggunaan garam yang agak sedikit, apa2 pun ikut citarasa masing, yang penting anda rasa dulu, jangan main lambak saja. Lagi satu penggunaan keju lain selain mozarella juga akan memberi kesan pada rasa masin..itu saja..salam sayang dari DTS - Mat Gebu..

NYONYA SAMBAL TERUNG


Hai,

Pagi2 ni semnagat tinggi nak share cerite ngan sume orang. Kalau akak ni, citenye tak lain tak bukan pasal makanan. Nak cite masalah, sume orang pun ada masalah, so cite bende yang sume orang suke ler apalagi kalau bukan bab makan2.

Lauk ni akak dah try buat kali kedua, memang sedap, kalau pedas sket lagi sedap! Cumanye, kali ni akak derhakakan resepi dari blog Mat Gebu ni dengan menukar beberapa bahan, contohnye cili merah tu akak tukar ke lada kering, limau kasturi tu akak tukar kepada air asam jawa ... sebabnye dua stok barang tu tak de tapi terung yang ada dalam stok tu dah nazak sangat, jadik pandai2 akak tuko, tapi jadiknye sedap jugakkkk! Tak caya baik korang cuba, rugi korang tak try resepi Mat ni ....


NYONYA SAMBAL TERUNG

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 biji terung biru saiz besar (kalau kecil, guna 2 biji)
  • 2 helai daun limau purut
  • 5 biji limau kasturi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 biji cili merah*
  • 6 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm kunyit hidup*
  • 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
  • 2 biji buah keras*
  • 1/3 inci belacan*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Terung, dikupas sedikit kulitnya, potong serong dan rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam. Limau kasturi, diperah jusnya. Ketepikan.
  • Toskan terung tadi, lap kering dengan paper towel, kemudian goreng sekejap dalam minyak panas(anggaran 30 saat). Angkat, tos dan letak atas paper towel. Kemudian susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut dan masak hingga pecah minyak, tuang jus limau kasturi, gaul dan rasa. Jika ok boleh matikan api.
  • Angkat sambal tadi dan letak atas terung, ratakan dan hidangkan segera bersama nasi hangat dan ikan goreng....

CHOCOLATE PEPPERMINT CAKE


Salam sume,

Hari ni sambung keje semula, semalam cuti. Cuti khas untuk negeri Johor aje, sebab semalam adalah Hari Hol Al-Marhum Sultan Iskandar. Sebab semalam cuti, jadik akak rajin le sket nak memasak, try ler mana yang patut.

Sebenonye kan, dah lama akak ngidam nak buat kek, nak try power oven kat umah tu, selama ni buat cookies jer, kek tak pernah lagi, so semalam angin rajin tu datang, apa lagi, akak try le kek ni .... Ni resepi akak cedok bulat2 dari blog Mat Gebu. Hasilnye memang tidak menghampakan, teksturnye lembut sekali, rasanye sedap bangetttt ..... cuma kalau baca betul2 resepi ni, MG tak tulis bila ketika dan waktunye nak masukkan gliserin atau fresh milk, jadik akak boh aje last sekali .... lagi satukan, kalau nengok kat blog MG, lapisan yang dia buat nipis2, tapi yang akak punye ni agak lebau2 sket, nak cepat, tu yang corak lapisan tu tak berapa nak hensem macam MG! Keyyyy boleh try lepas ni yea ....

CHOCOLATE PEPPERMINT CAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 150 gram mentega
  • 140 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 1 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan diayak)
  • 3 biji telur gred "A" (ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja)
  • 120 gram gula halus
  • 1/2 camca besar ovallate
  • 15 gram gliserin + 10 gram air (boleh ganti dengan 25 ml susu segar)
  • 1 camca besar serbuk koko*
  • 1 camca teh coklat emulco*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*
  • 3 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
  • Sedikit pewarna hijau
  • 3 titik perisa pudina

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  • Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahan kan kelajuan, masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, tambah gliserin + air tadi. Putar rata.
  • Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata. Dan satu bahagian lagi dengan warna hijau dan perisa pudina, kacau rata juga
  • Sudukan 1/2 camca besar kaler coklat, kemudian letak 1/2 camca besar kaler hijau, buat berselang seli hingga habis. Bakar 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan...
 Yang ni belum masuk oven lagi, sememeh sket ...

 
 Yang dah siap dibakar, tamak weiii ... sampai dua adunan akak buat, tapi kejap aje dah selesai .....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...