Monday, August 15, 2011

I'M BACK!!!

Imej : Ihsan Enche Yahoo

I'M BACK!!!

Bunyinye macam terminator aje kan??? Tapi itu bukan akak, just nak inform u all, kini blog akak berwajah baru! Tapi tak siap sepenuhnya, sikit2 ler .....
Oleh itu, dengan rasminye akak kini berpindah ke rumah baru di alamat berikut :
http://inachomel2.blogspot.com/
Rumah lama ni akan kekal disini, bila-bila masa korang boleh akses, cuma dah tak dikemaskini lagi.
Terima kasih kepada rumah lama ku yang memberi ruang kepada aku untuk bersahabat dengan korang sume!
Sedih nak tinggal rumah lama ni, tapi apakan daya, perubahan demi kebaikan apa salahnye!!

Sekian, jumpa di rumah baru >>>>>>>>>



... MAAF DARI KU!



Imej Ihsan Enche Yahoo!

Salam dan Selamat Pagi Sume!

Lately ni akak tak dapat nak post N3 sebab kouta image yang disediakan dah melewati syarat. Dan kalau nak post juga, hanya bebelan sahaja tanpa imej! Tak best ler, tak syok bebel tanpa imej.

So, akak akan muncul dengan wajah baru dalam sedikit masa lagi dan akan dimaklumkan alamat rumah yang baru sebelum raya nanti, insya allah! Kepada follower blog ini, terima kasih yang tidak terhingga di atas sokong korang kat akak! Semoga kita akan terus berhubung selepas ini .....

Sabar yea, nak masuk rumah baru ni banyak modalnye .....

TERIMA KASIH SUME! JUMPA LAGI .....

Tuesday, August 9, 2011

SUP CENDAWAN TIRAM SIMPLE



Salam dan selamat pagi sume,

Nampak hepi jer ..... yelahhh .... orang gomen dapat bonus 1/2 bulan gaji, mana tak hepinye ..... TQ PM! Alhamdullillah ... syukur ke hadrat Allah swt yang mengurniakan limpahan rezeki buat hambaNya. Sekurang-kurangnye mengurangkan bebanan untuk menyambut raya dalam beberapa minggu sahaja lagi!


Amacam? Persiapan raya dah siap? Raya ni yang lebih seronoknye untuk kanak-kanak, orang dewasa biasanye biasa-biasa jerr .... kecualilah yang bujangan, selalu raya sakan! Tapi seronoknye raya, masa ni ler baru dapat jumpa sedara mara yang jauh dan dekat yang jarang-jarang dapat jumpa pada hari biasa. Betul tak?


Bukannye ape, kekadang rumah jirang sebelah pun belum tentu kita jengah pada hari biasa. Saja2 nak menebeng kat umah jirang segan ler pulak, kalau duduk kat kampung lain, pandangan mereka berbeza tak macam duduk di kawasan kejiranan di bandar .... tak pasal2 orang tuduh kita kepohhhhh!!!!


Itulah realiti kehidupan, kadang2 apa yang berlaku sekarang ni boleh buat kita rasa tak percaya dan sangat terperanjat! Kalau dulu2 kita tak sangka bende2 macam ni akan jadi! Betul tak?


Itulah namanye kehidupan .... ok, meh kita cite pasal masak-masak pulak! Sup memang masakan feveret akak sebenornye, sampai pakwe akak cakap ... sup ... sup .... sup ..... tak de mende lain! Tapi dia telan gak, bermangkuk2 dia hirup, mulut jer cakap tak suka! Kali ni sup simple jer, kalau banyak rencahnya lagi sedap, tapi ni akak masak apa aje stok yang ada dalam esbok kat umah tu .... jom kita terjah!

SUP CENDAWAN TIRAM SIMPLE
  • 1 paket cendawan tiram = RM 3.00
  • 1 paket bebola ikan
  • 1 batang fish cake
  • 1 sudu teh bawang putih kisar
  • 2 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub ayam
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak untuk menumis
  • Daun sup dan daun bawang
  • Bawang goreng
Cara-cara :
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan kiub ayam dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan air ikut sukatan, sama ada nak kuah banyak atau sedang2 aje.
  • Bila mendidih, masukkan lada sulah dan kacau.
  • Masukkan fish ball dan hirisan fish cake.
  • Masukkan cendawan yang telah disiat2 kasar.
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 
  • Angkat dan hidangkan bersama taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


Monday, August 8, 2011

TEH SARI WANGI ....


Salam dan selamat pagi sume,

Macam mana puasa setakat ni? Dah ponteng puasa ke? Berapa ari? Kalau orang pompuan tu biasa ler, yang lelaki pun ada jugak!!! Yelah, kalau dah tak sihat tu nak buat macam mana kan? Bukan takat uzur sahaja bagi kaum hawa, kekadang demam juga boleh sebabkan kita tak boleh puasa.



Sehari dua ni cuaca yang tak menentu mengundang rasa haus bila berbuka puasa. Walau pun hujan, time berbuka mesti cari air sejuk untuk melegakan tekak. Tu yang buat batuk n selsema tak sembuh2 ni ...... Trademark N3 kali ni jelas nak citer pasal air pulak. Selalu makan jer, minum jarang dipublish kat blog ni .....


Wokeh ... jom tengok ni. Ni teh Sari Wangi namanya. Korang pernah jumpa kat mana-mana kedai kat sini? Kalau ada tu senang tapi ... kalau tak de, tak leh ler nak tolong yea ..... Teh ni datang dari Indonesia. Last time aunty akak gi Indon, dia kasi teh ni. Kita orang masih ada saudara-mara yang tinggal di Indonesia, so my aunty gi ziarah sedara mara kami di sana! Satu kotak ada 50 uncang, mau setengah tahun baru habis ni .... Penuh 1 botol! Botol tu pulak dah dekat 2 bulan beli kat Giant, baru akak guna semalan isi teh ni.

 
Kalau tengok gambo kat kotak ni, hapi jer kan kerja petik daun teh ni, keje kat ofis manyak stress oooo ..... Sungguh pun kat kotak ni tulis teh ni teh hitam, tapi bias dibuat air, warna tidaklah sepekat mana pun, tapi rasa tehnya boleh tahan sedap. Untuk berbuka kelmarin, akak buat teh O limau ais ..... sekejap jer beres, masing2 haus tahap gaban. 


Di bulan puasa ni macam-macam tekak ni nak makan, minuman pun tak ketinggalan kita ngidam nak minum. So, sebab isi rumah akak kurang gemar berbuka dengan minuman bersusu, makanye akak pun buat ler air ni ... senang jer. Jom masuk dapur .....

TEH O LIMAU AIS SARI WANGI
  • 1 uncang teh - apa brand pun boleh, rendam dengan air panas dalam 1 mug sukatan air panas
  • 5 biji limau kasturi
  • 6 sudu besar gula - terpulang jika suka atau tidak manis, boleh adjust sendiri
  • Ketulan ais
Cara-cara
  • Campurkan air teh yang telah direndam dalam 1 mug air panas ke dalam jug.
  • Tambah dengan air sejuk atau air biasa.
  • Masukkan gula, kacau hingga larut. 
  • Perahkan limau kasturi dan kacau.
  • Masukkan ketulan ais dan sedia untuk diminum.
Nyamannye tekak ..... Selamat Berbuka Puasa, jemput minum!


Thursday, August 4, 2011

KACANG BUNCIS MASAK LEMAK BERSAMA CENDAWAN DAN KENTANG



Salam & selamat petang,

Kat luar sana tu hujan turun dengan lebat sekali, siap guruh lagi. Cuaca kat dalam ofis ni pun dan macam dalam peti ais ..... syukurlah hujan sehari dua ni, hilang sikit bahang panas yang dalm beberapa minggu menguasai ruang bumi ni .... cuma baju ler tak kering .... hu hu hu hu ......


Petang ni dah ada plan nak masak lauk apa? Kalau tak de, meh ler cuba lauk lemak ni. Bukan nak kata ler, tapi lauk ni sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan masak sambal atau ayam masak merah atau sambal. Tambah lak ngan ikan kering sepat dan cencaluk. Alamakkkkk ..... cun nye!


Masak lauk ni tak susah, tak yah tumis pun! Santan pun akak guna santan serbuk. Senangkan! Orang kalau malas memang selalu panjang akal nak menyenangkan diri sendiri keh keh keh keh .....

Apapun meh tengok resepi mudah ni, kalau ada anak yang tak suka pedas, sesuai lauk ni dimakan bersama ikan goreng ...... lapo la pulakkkkk .....

KACANG BUNCIS MASAK LEMAK BERSAMA CENDAWAN DAN KENTANG
  • 20 batang kacang buncis, buang hujung dan pangkal, potong serong.
  • 1 paket cendawan hitam (RM1.00) - rendam dan bila kembang potong halus
  • 2 biji kentang, potong sederhana kecil
  • 1 sudu teh bawang putih kisar
  • 2 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 cawan santan pekat
  • Air
  • 1 kiub ayam - akak guna Knorr
  • 1 sudu teh serbuk kunyit - kalau tak suke tak letak pun tak pe
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara-cara :
  • Masukkan kentang dalam periuk dan didihkan dengan api sederhana besar dengan 1 cawan air.
  • Masukkan bawang putih dan bawang merah apabila kentang telah hampir empuk.
  • Masukkan cendawan dan kiub ayam.
  • Masukkan santan dan kecilkan api supaya kuah tidak berbintil.
  • Masukkan serbuk kunyit.
  • Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  • Masukkan kacang buncis.
  • Masukkan garam dan perasa, dan biarkan mendidih dengan api yang kecil.
  • Angkat dan hidangkan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...