Thursday, April 7, 2011

PUDING KASTARD

 

Salam dan selamat pagi sume,

Waahhhh terang cuaca pagi ni, petang semalm hujan lebat, siap ngan kilat lagi! Akak pun tido awal semalam bahana sejuk dan rasanye dah lama tak hujan sebelah malam! Semalam pun masak biasa2  jer, mak akak beri lauk lemak sayur nangka. Indahnye dunia ...... dah lama tak makan sayur kampung, makan macam tak pernah jumpa lauk lemak nangka, sedap sangatttt .................

Asyik masak lauk-pauk aje, kali ni nak sahre masak pencuci mulut plak. Akak masak puding ni pun atas sebab nak pulangkan mangkuk jiran sebelah, dia beri pulut dan serawa durian ..... sedapnye ..... jadi akak pun buat le puding ni, lagipun dah lama nak buat puding ni, tapi projek asyik tertangguh aje sebab ada jer agenda lain masuk daun .... so kalau ada kelapangan ingin mencuba, silalah ..... mudah aje .....


PUDING KASTARD

Bahan-bahan untuk kastard
  • 1 cawan tepung kastard (jenama Bird's)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Air suam
  • 1 tin susu pekat - saiz biasa
  • Acuan @ loyang

Cara-cara
  • Bancuh susu dengan air suam untuk hasilkan 6 cawan susu suam + esen vanila.
  • Masukkan tepung dalam periuk dan masukkan air susu suam sedikit2, kacau rata untuk elakkan bancuhan menjadi berbintil2.
  • Masak adunan atas api sederhana hingga pekat dan bertali.
  • Bila dah pekat sudukan adunan ke dalam acuan yang telah dibashkan dengan air supaya pudding mudah dikeluarkan bila mengeras nanti. Kalau nak mudah, boleh guna acuan ais yang ada dijual dimana2 kedai atau hypermarket.
  • Biar sejuk dan masukkan dalam peti ais untuk menyejatkan puding.

 

Bahan-bahan untuk kuah puding
  • 2 tin susu cair @ susu isian sejat
  • 1 tin jagung krim
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji telur - akak guna 1 biji sahaja - pukul
  • 3 tin sukatan air (guna tin susu cair tadi)
  • Gula - ikut kadar manis yang digemari - akak guna lebih kurang 6-7 senduk gula pasir
Cara-cara
  • Satukan semua bahan kecuali telur dalam periuk.
  • Masukkan telur yang telah dipukul dan masak atas api hingga mendidih.
  • Kuah hendaklah sentiasa dikacau.
  • Kadar kemanisan kuah puding bergantung kepada citarasa masing2, tapi janganlah terlalu manis sebab kastard yang dimasak tadi telah mengandungi susu manis.
  • Bila mendidih, angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan dalam peti ais.
Cara penyediaan
  • 1 tin fruit cocktail - akak guna jenama Hosen, tapi jenama SPC pun sedap jugak!
  • Keluarkan kastard dari acuan dan curahkan kuah yang disejukkan tadi. Tabur dengan buah-buahan dalam tin dan enak dihidangkan semasa sejuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...