Wednesday, April 20, 2011

UDANG LEMAK NENAS

Salam semua,

Hari ni agak sibuk ler, tak sempat nak upload N3 awal pagi tadi. Dah mula terasa dah kesibukkan kerja sekarang ni. Nak mengulor pun tak sempat ......

Ok, tak leh nak mereban panjang2, just nak share resepi lauk udang lemak nenas ni. Kononnya nak masak udang jintan, jintan lak dah abis, jadik masak ler apa yang ada jer .....


 UDANG LEMAK NENAS
  • 1 kg udang - potong ekor dan muncung
  • 1 biji kelapa - perahkan santan pekat dan cair
  • 10 batang cili padi - kisar halus*
  • 1 batang cili merah - kisar halus*
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar*
  • 2 batang serai - dititik
  • 1/2 biji nenas - buang empulur dan potong sederhana besar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
Cara-cara

  • Masukkan 2 cawan santan cair ke dalam periuk.
  • Masukkan serai dan bahan-bahan bertanda *. Letak periuk atas api yang sederhana.
  • Bila hampir mendidih, masukkan santan pekat dan kacau, jangan sampai berkepala kuahnya.
  • Masukkan nenas, garam dan perasa.
  • Akhir sekali masukkan udang dan kacau hingga udang kemerahan dan masak.
  • Angkat dan sedia untuk dimakan.


Monday, April 18, 2011

KEK MARBLE TRIO

Salam sume,
Hai .... hari ni hujan pagi u, nasib baik tak lebat sangat, kalau tak mau datang lambat ke ofis pagi ni. Time keje je selalu hujan pagi, time cuti jarang sangat kan ...... kalau tak boleh extra rehat!

Tak pe le .... yang penting dapat rehat hujung minggu ngan family, ye tak? Kalau asyik keje je pun boring gak! Kecuali ler orang yang berumah tangga kat ofis, suke je bila pandang muka pejabat tu .... for me, sori ye, keje tetap keje, family tetap family, kalau tak nanti datang penyakit stress ...... sudahnye hypertension!!!!

Ok ler, asyik bebel jer ..... nak share respi kek dari Mat Gebu, yang keknye pun sentiasa gebu aje, tak pernah tak gebu ...... Kek ni sedap, lebabp2 sikit teksturnye ......yang akak buat semalam dalam 2 versi, 1 dalam loyang (macam dalam gambo kat atas nu), satu lagi akak try buat ala2 cupcake, nak melapis tak cukup loyang, so tukar kepada cup pulak .... hasilnye tidak mengecewakan akak. Iman pun cakap sedap. Makanye jadik le macam ni rupenye ......

 Tak lama lagi boleh buat bisnes nihhhh ....

 Nampak cantik tak? Akak suka nengok corak kek ni dalam bentuk cupcake!


KEK MARBLE TRIO

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

Wednesday, April 13, 2011

SOTONG GORENG REMPAH

Salam siaran sume,

Hai, dah beberapa hari tak upload N3, rasa rindu lak. Semalam akak gi kursus 1 hari, tu yang tak dapat nak mengedit N3 tu ..... Minggu ni agak busy ler sket ..... macam tak sempat jer nak buat apa2, banyak no kerje .... terkejar2 u ......

Ok ler, tak nak cakap banyak, banyak keje sedang menanti ni, esok dah off pulak pasal ari Ahad ari tu kene keje! Kali ni nak share masak sotong lak, selalu asyik goreng kunyit jer .... kali ni nak try masak berempah lak!!!! Tak sia2 mencuba, kata pak we akak sedap wooo ..... key .... jom nengok resepi nye ....

SOTONG GORENG REMPAH
  • 1 kg sotong - celur dengan air panas sebentar dan toskan
  • 3 sudu besar rempah kari ikan - bancuh dengan sedikit air, ketepikan
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar*
  • Sedikit halia - tumbuk halus*
  • 4 sudu besar lada kering kisar
  • 2 pelepah daun kari
  • 2 sudu kecil jintan halus - kisar halus**
  • 4 sudu kecil jintan kasar - kisar halus**
  • 4 sudu  kecil ketumbar - kisar halus**
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara-cara
  • Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bahan bertanda * hingga garing. Masukkan daun kari dan lada kisar dan gaul rata.
  • Masukkan rempah kari, bahan ** dan biar hingga terbit minyak.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan sotong, gaul rata dan kecilkan api untuk terbitkan minyak.
  • Angkat dan hidangkan.


Sunday, April 10, 2011

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN ....

Source - Yahoo
Salam sume,

Nape? Terperanjat ke akak masukkan N3 ari ni .... selalu ari kerja aje baru upload N3, tapi pasal ari ni .... ari AHAD ... akak kene kerja ... tu pasaller up N3. 

Dah petang macam ni boring lah pulak, so bila browse e-newspaper, terbaca artikel kat bawah ni .... 

Memang bumi dah semakin tua dan uzur, yang buat permukaan bumi kelihatan tua dan uzur pun bukan orang lain, kita semua jugak!!! Jadi kita kena beringat, bukan sentiasa duduk dalam comfort zone, sekali musibah Allah beri, belum tentu kita mampu menangkisnye, sedangkan musibah kecil pun kita kekadang merungut, inikan pula bencana alam yang kita tak duga ... mudah-mudahan artikel ini memberi kita lebih keinsafan tentang hikmat dan rahmat yang Allah telah berikan kepada kita selama ini ...... 

Jadilah insan yang sentiasa mensyukuri akan nikmat Allah .... Amin ...... untuk renungan bersama .......

Mula ===========================================

'Bersedia hadapi bencana dahsyat'
Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
2011/04/10

Malaysia mula berisiko kesan perubahan cuaca

PUTRAJAYA: Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya bencana alam lebih dahsyat seperti banjir besar, gempa bumi berskala kecil dan sederhana akibat perubahan tiupan angin serta iklim global sekarang.
Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (mSET), Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali, berkata ramai berpendapat Malaysia selamat dan berisiko rendah untuk menghadapi bencana alam kerana kadar taburan hujan sekata sepanjang tahun dan hanya merasai gegaran akibat gempa bumi berskala kecil.
Bagaimanapun, beliau berkata, situasi sekarang berbeza kerana statistik dikeluarkan Jabatan Meteorologi mendapati Malaysia semakin berisiko menghadapi bencana alam berikutan perubahan cuaca yang mendadak seperti peningkatan kadar taburan hujan, ribut petir dan tanah runtuh.

“Sama ada suka atau tidak, situasi di Malaysia sekarang semakin buruk. Malah, kita boleh lihat perubahan cuaca yang ketara apabila banjir, ribut petir dan tanah runtuh semakin kerap berlaku.

“Walaupun Malaysia tidak pernah mengalami gempa bumi sehingga 9 magnitud seperti Jepun baru-baru ini, namun kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi bencana alam lebih dahsyat,” katanya selepas Konvensyen Kejuruteraan dan Teknologi Kebangsaan 2011 dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Tenaga), Badaruddin Mahyuddin di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Abdullah, berkata secara profesionalnya beliau berpendapat kebanyakan bangunan tinggi di Malaysia tidak mempunyai ketahanan atau mengalami kerosakan teruk dan runtuh sekiranya negara dilanda gempa bumi berskala sederhana.
Katanya, kebanyakan bangunan di Malaysia tidak direka bentuk untuk menahan gegaran akibat gempa bumi, aliran air deras berikutan tsunami dan angin kencang.

Abang Abdullah berkata, pihaknya akan memangggil pakar luar negara termasuk dari Jepun dan Filipina bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran mengenai kaedah terbaik menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan banjir besar menerusi Simposium Kejuruteraan dan Teknologi Serantau (RSET) yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak, pada November depan.

Dalam perkembangan lain, Abang Abdullah berkata simposium itu juga akan membincangkan mengenai pelbagai isu lain termasuk soal penyelidikan dan garis panduan pembangunan teknologi hijau, sumber tenaga alternatif serta teknologi nuklear.

============================================ Tamat.

Thursday, April 7, 2011

PUDING KASTARD

 

Salam dan selamat pagi sume,

Waahhhh terang cuaca pagi ni, petang semalm hujan lebat, siap ngan kilat lagi! Akak pun tido awal semalam bahana sejuk dan rasanye dah lama tak hujan sebelah malam! Semalam pun masak biasa2  jer, mak akak beri lauk lemak sayur nangka. Indahnye dunia ...... dah lama tak makan sayur kampung, makan macam tak pernah jumpa lauk lemak nangka, sedap sangatttt .................

Asyik masak lauk-pauk aje, kali ni nak sahre masak pencuci mulut plak. Akak masak puding ni pun atas sebab nak pulangkan mangkuk jiran sebelah, dia beri pulut dan serawa durian ..... sedapnye ..... jadi akak pun buat le puding ni, lagipun dah lama nak buat puding ni, tapi projek asyik tertangguh aje sebab ada jer agenda lain masuk daun .... so kalau ada kelapangan ingin mencuba, silalah ..... mudah aje .....


PUDING KASTARD

Bahan-bahan untuk kastard
  • 1 cawan tepung kastard (jenama Bird's)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Air suam
  • 1 tin susu pekat - saiz biasa
  • Acuan @ loyang

Cara-cara
  • Bancuh susu dengan air suam untuk hasilkan 6 cawan susu suam + esen vanila.
  • Masukkan tepung dalam periuk dan masukkan air susu suam sedikit2, kacau rata untuk elakkan bancuhan menjadi berbintil2.
  • Masak adunan atas api sederhana hingga pekat dan bertali.
  • Bila dah pekat sudukan adunan ke dalam acuan yang telah dibashkan dengan air supaya pudding mudah dikeluarkan bila mengeras nanti. Kalau nak mudah, boleh guna acuan ais yang ada dijual dimana2 kedai atau hypermarket.
  • Biar sejuk dan masukkan dalam peti ais untuk menyejatkan puding.

 

Bahan-bahan untuk kuah puding
  • 2 tin susu cair @ susu isian sejat
  • 1 tin jagung krim
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji telur - akak guna 1 biji sahaja - pukul
  • 3 tin sukatan air (guna tin susu cair tadi)
  • Gula - ikut kadar manis yang digemari - akak guna lebih kurang 6-7 senduk gula pasir
Cara-cara
  • Satukan semua bahan kecuali telur dalam periuk.
  • Masukkan telur yang telah dipukul dan masak atas api hingga mendidih.
  • Kuah hendaklah sentiasa dikacau.
  • Kadar kemanisan kuah puding bergantung kepada citarasa masing2, tapi janganlah terlalu manis sebab kastard yang dimasak tadi telah mengandungi susu manis.
  • Bila mendidih, angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan dalam peti ais.
Cara penyediaan
  • 1 tin fruit cocktail - akak guna jenama Hosen, tapi jenama SPC pun sedap jugak!
  • Keluarkan kastard dari acuan dan curahkan kuah yang disejukkan tadi. Tabur dengan buah-buahan dalam tin dan enak dihidangkan semasa sejuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...