Friday, November 12, 2010

TELUR GORENG MASAK KICAP

Hai hai hai,

Salam pagi Jumaat sume. Amacam, ari ni datang keje penuh bersemangat tak? Akak? Ok jer ari ni walau pun masih berbekas di hati kisah semalam.

Ok lah, ari ni nak share lauk yang low profile, tapi memang dah bertahun rasanye akak tak masak dan makan. Gara2 mummy bercerita pasal lauk ni masa kat KL ari tu, terliur plak nak cuba. so semalam akak try masa, aahhh hasilnye memang tak mengecewakan. mana taknye, Iman balun sampai 4 kali tambah, tapi telur goreng tu dia tak makan, dia sapu bawang ngan kuah kicap jer ....

Keyy lah, jom intai resepi mudah ni, kalau nak tukar selera sekali sekala apa salah nye tak?

TELUR GORENG MASAK KICAP

Bahan-bahannye :
  • Telur goreng - 4-5 biji
  • Bawang putih kisar - 1/2 sudu besar*
  • Bawang merah kisar - 3 sudu besar*
  • Sos tomato - 1 sudu besar
  • Kicap manis - 5 sudu besar
  • Lada hitam kisar
  • Bawang besar - mayang kasar2
  • Sedikit halia - mayang nipis2*
  • Lada hijau - belah 2
  • Air
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Minyak

Cara-caranye :
  • Tumis bahan yang bertanda* hingga garing.
  • Masukkan tomato sos dan kicap, kacau seketika.
  • Masukkan lada hitam, kacau lagi dan masukkan telur goreng.
  • Masukkan bawang dan lada hijau. Tambah sedikit air, garam, gula dan perasa. Kacau sebentar dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...