Tuesday, October 5, 2010

KU MENSYUKURI SEGALA NIKMAT MU, YA ALLAH!

Salam,

Saya nak kongsi sesuatu dengan sume. Dalam hidup kita ni kadang-kadang kita alpa seketika, tapi bila kita kembali ingat ke pangkal jalan kita akan mula menyedari semula nikmat Allah berikan kat kita semua.

Cuba baca petikan kat bawah ni, saya jumpa di internet, tapi tak ingat kat blog mana.

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata.....

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada ) ..... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Kesimpulannya:
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya..)

Apa yang saya nak kongsi adalah, semalam saya rasa agak terkilan dengan satu perkara yang sangat penting buat saya, tapi saya tidak menaruh sebarang harapan ke atas perkara tersebut. Saya jumpa petikan di atas dan saya mula amalkannya pagi tadi.

Masya Allah, sesampai saya di ofis pagi tadi, baru ON PC, tiba-tiba rezeki datang pada saya. Saya terus teringatkan petikan di atas. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, tidak tunggu esok, lusa atau nanti untuk turunkan rahmatNya pada hambaNya yang sering berdoa.

Saya bukan nak tunjukkan saya sebagai contoh insan yang selalu berdoa, hanya sekadar nak berkongsi rasa syukur di atas segala nikmat yang diberikanNya kepada saya .... Alhamdullillah!

1 comment:

  1. Betul kita kena percaya semua tu...biasanya doa2 yg mustajab akan di makbulkan Allah. Dia maha mengetahui segalaNya...

    Dekatkan diri dengan Allah itu sebaik2Nya...

    3 perkara yg akk suka pegang :
    a. Doakan mak n abah
    b. Sedekah
    c. Ilmu (tak kisahlah ilmu bagaimana tp yg baik2lah, share pd org lain dan mbaca pun juga berilmu)...

    INSYALLAH di permudahkan segalanya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...