Friday, July 30, 2010

MENU MALAM JUMAAT! PSSTT..........

Salam semua!

Bestnye, ari nie dah ari Jumaat, esok lusa masih lagi hujung minggu yang sibuk bagi saya. Semua rancangan telah disusun rapi. Tapi ari Senin nanti le saya cite.

Ari ni nak cite pasal semalam! Semalam saya cakap kat hubby tak de mood nak makan nasi, so saya beri cadangan masak mee .... Pak we saya tu setuju jerr .... janji kenyang! So semalam saya masak le mee ... Kalau hubby saya dia kata mee ni Mee Hailam, tapi sebenarnye bukan, sebab dulu masa saya nak tunggu result SPM, saya keje kat warung, tolong sedara saya. Nama sebenar mee ni adalah Mee Pedas ... sebab gabungan 3 jenis lada --- cili padi, lada kering dan lada sulah .... tu yang terangkat sangat bila makan mee ni!!!
Tak le pedas sangat, Iman yang tahun 1 pun boleh makan, takkan blogger tak tahan pedas lak kut !!!

So, ari ni saya nak share this recipe, try le, memang sedap mee ni! Masa Raya tahun lepas, sedara mara datang saya masak mee ni, semua kata mee ni sedap! Saya ni tak le pandai masak, tapi saya suka mencuba. Kalau hubby kata sedap tu ... maknanye memang sedap le ......

Nak masak mee ni senang jerr .......

Mula-mula sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar di bawah ni ....


1. Cili padi - dibelah dua, bawang besar (1 biji) - dimayang kasar-kasar, bawang putih + bawang besar diblend halus, lada kering, sos tomato, kicap manis, bahan perencah (udang, fish cake, fish ball + isi ayam).

2. Sayur-sayuran - yang ni apa jua jenis sayur yang sesuai boleh taro dalam aaa .... + telur!


3. Mee kuning, kalau guna mee hoon tak cun sangat, tapi ikut suke ler .....

4. Mee tu just masukkan dalam mangkuk. Tak yah masak dengan kuahnye, nanti mee tu kembang dan lembik, tak cun! Daun sup + daun bawang untuk taburan, kalau ada bawang goreng lagi hensem, tambah lagi lada jeruk, fuhhhh ...... semangkuk besau tu 2 orang jerr boleh share!!! Buah tomato tu just masukkan dalam mangkuk mee, tak yah masak, nanti terlentuk macam tomato ikan siakap kukus Kak CT ... huhuhu ... jangan mare aaa Kak CT ....


5. Tumis bawang putih + bawang besar kisar, cili padi + bawang besar mayang.

6. Masukkan cili kering. Lepas tu masukkan sos tomato + kicap manis.

7. Masukkan stok ayam @ daging @ udang. Masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Masa ni kena rase betul-betul, kalau tawar tambah garam sket, kurang manis tambah gula sket, kurang pedas tambah lada sulah aje .... Mesti ada rasa masam, manis dan pedas!
Lepas tu masukkan rencah udang, fish ball, fish cake dan isi ayam @ daging @ sotong pun boleh! Masukkan telur, biar kejap. Last sekali masukkan semua sayur-sayuran.

8. Lepas tu tuang atas mee yang dah disediakan dalam mangkuk tadi. Dah siap!

Lepas tuu apa lagiiii ..... SERANGGGGG ....................

Penutup, saya sediakan buah betik dari kebun kat surau umah mak saya, buah betik ni memang manis n sedap! Banyak sangat, sampai 2 biji mak beri kat saya, saya kopek dua-dua sekali, beri jiran sebelah satu telap, banyak-banyak nanti tak abis, tong sampah gak yang kenyang! Lagi pun tak rugi bersedekah nie ......



Dah kenyang, kemas lak buku sekolah Iman, lepas tu tengok Semanis Kurma, separuh jalan je beb ..... alih-alih sedar dah subuh ....... bangun! Gi keje!!!

Selamat mencuba, kalau sedap boleh comment kat saya!
Muahhh ha ha ha .............

Tuesday, July 27, 2010

AKHIRNYE ... JUMPA SPONGEBOB !

Salam,

Tengahari semalam, saya ajak hubby gi Tmn. U kejap waktu rehat (terkorban masa 'power nap' saya). Bukannye ape, nak cari beg sekolah Iman yang baru. Dah 2 hari dia tuntut janji, asyik cakap pasal bila nak beli beg, bila nak beli beg ..... hish, tak boleh cakap awal-awal dengan dia nie ... asyik menuntut janji aje keje dia ....
Cari kat KIP Mart ari tu tak ade yang sesuai. Yang murah tu ada, tak sampai RM 20, tapi macam tak panjang aje hanyatnye .....

Akhirnye, jumpa gak beg Spongebob ni! Mahal betul, tapi kalau nak compare dengan brand beg ni, SWAN, memang sepadan le dengan rege nye, cuma takut umur beg ni yang tak panjang! Tapi, experience saya le, bukan nak promote, memang beg jenama SWAN ni tahan lasak, sebab pernah beli dulu masa Iman tadika, dah masuk 3 tahun masih elok lagi, cuma dulu saiznye kecik sebab buku tak banyak! So, sekarang ni beg tu dah jadi beg sekolah agama dia.

Ari ni bila tanya Iman masa sampai kat sekolah pagi tadi, 'OK tak? Berat tak beg ni?'. Dia sengih aje, walau pun jadual untuk ari ni banyak buku kena bawak! Itulah dia psikologi anak-anak bila dapat barang baru, yang berat pun jadik ringan!

Yang tak tahan tu nanti, masa ambik dia balik petang nanti, asyik cakap pasal beg aje ... tu yang orang lain benggang dengan dia kalau dapat bende baru, seminggu cite tak abissss ...............

YANG UNIK ITU MENARIK!

Salam semua!

Nak cite sikit pasal bende-bende unik! Saya suka kumpul bende macam ni. Dua bulan lepas adik ipar saya ke Jepun. Ada tugas rasmi di sana. Balik dari sana dia beri souvenir! Mak saya dapat 1 set cawan teh Jepun dan fridge magnet. Saya dapat fridge magnet gambar gadis berkimono dan …. 1 benda yang unik.

Cuba teka apa bende ni! Kalau tengok gambo ni, rasa-rasanye apa ye?!?

Sebenarnya benda ni, coaster @ alas gelas minuman bentuk kimono. Cantik kan! Sayang nak guna, cadangnye nak frame dan gantung kat dinding!

Yang menariknye, kat kotak coaster tu ada info pasal kimono dan siap ada no. patent lagi! Orang Jepun, kalau buat apa-apa pun memang teliti.

6 keping coaster yang menarik!

Kotak souvenir yang comel - harga 500 Yen @ lebih kurang RM 18 +!

Maklumat di belakang kotak tentang kimono - siap ada no. patent lagi!!!

Teringat pulak last time ada seorang kenalan saya ke Jepun sebab hubby dia belajar di sana. Balik Malaysia dia hadiahkan saya souvenir yang unik gak! Unik sebab, rasanye kalau kat Malaysia ni, tak pernah saya jumpa barang ni dijadikan souvenir kecuali kat hotel! Itu pun kita tak kisah nak ambil sebab designnye tak menarik dan tidak dalam pakej yang menggiurkan untuk dijadikan simpanan peribadi!

.... Dalam botol! Berus gigi!

Inilah dia souvenir yang saya dapat. Sebatang berus gigi bermotifkan corak budaya masyarakat Jepun dalam botol plastik.

Yang ni pulak adalah souvenir dari adik perempuan saya yang gi Pulau Redang this month! Kerja sambil bercuti! Fridge magnet gak! Selipar magnet! Ikan Nemo kat selipar tu ada spring, boleh goyang-goyang!


Kat area tengah tu boleh letak foto!

Dalam episod hobi nanti, saya akan share hobi saya yang pelbagai! Dari sekolah hingga sekarang ni! Saya bukannye jenis yang stereotype. Saya suka variety of choices, so few collections saya mungkin sama dengan blogger lain. Well, see u all later! Bye.

HUJUNG MINGGU YANG SIBUK! … EPISOD 2

Salam.

Ahad, hari yang tak pernah tak busy!

Semalam beli pisang kat pasar tani. So, ari ni dah plan nak cuba resipi baru, Apam Pisang Kukus. Taklah cerewet nak buat adunan kuih ni, cuma nak kukus tu ambik masa sikit, sebab buat dalam acuan kuih lompang, guna paper cup, so ambik masa sikit! Dapatlah dalam 100 lebih biji, sedap gak resipi ni … boleh buat lagi ni, semua orang suka nampak gayanye ….

Lepas tu blend pulak lada kering – ½ kg, dapat le dapat 2 telap ais krim walls!

Sambil tu tumis 3 jenis kuah lauk sebab minggu ni hubby kerja shift malam, so kena sedia lauk awal-awal, time nak makan cuma tinggal masukkan ikan jerr ….

Menunya, ari Isnin – Kerapu masam manis, Selasa – Asam Pedas Ikan Merah , & Rabu – Cencaru Sambal Serai!

Siap 3 jenis kuah lauk, tumis lak lauk untuk makan ari ni, tomyam dan ikan kembung masak sambal.

Ngam-ngam lepas azan Zuhur, siap masak! Apa lagi balun dulu! Lepas tu mandi dan solat Zuhur bersama hubby, lepas tuuu ….. apalagi tido lerr sampai kul 4.30! Punyelah penat!

Lepas Asar, goreng lak mee hoon untuk dibawa ke umah mak, sebab malam ni nak hantar anak tusyen, hubby & abah nak gi kenduri arwah berkelompok dan solat hajat! So, yang tinggal kat umah makan mee hoon goreng je lerr!

Malam, kul 10.15 balik umah semula, rendam cadar yang nak dibasuh esok, lepas tu terus tido!

Bangun pagi hari Isnin, hujan lebat pulak subuh ni! Ish! Kalau tak keje ari ni kan best!

HUJUNG MINGGU YANG SIBUK! EPISOD 1 …

Salam.

Hari Sabtu dan Ahad yang baru lepas ni, adalah hujung minggu yang agak sibuk dan memenatkan. Apa taknye, sampai sakit tumit kaki ni, nak pijak lantai pun …. Masyaallah, macam pijak lantai berduri rasanye!

Bermula dengan ari Sabtu ……

Sebelah pagi tu hantar anak ke sekolah, ada sukan tahunan. Anak saya yang masih bersekolah rendah ada 2 orang, tahun 1(Iman) dan tahun 5 (Nurul a.k.a Mok-sebab dulu dia gemuk). Iman tu pasukan Merah, Nurul pulak pasukan Biru. So, pagi Sabtu tu, lepas hantar mereka berdua ke sekolah; saya, hubby & mak saya ke Pasar Tani di Larkin. Dah lama tak ke Pasar Tani, so banyak le benda yang nak ditinjau. Maklumlah … menjelang Ramadan ni, kadang-kadang banyak benda yang menarik ada kat pasar tani, especially barangan kraf, macam-macam, naik geram pulak, rasa semuanya nak dibeli.

Anyway sampai kat satu gerai jualan jam tangan, jumpa lak promo ‘psikologi’ dari penjual jam ni, jam tangan yang dia jual direndam dalam air! Water proof!!! Ye ke?!? Harga tak mahal RM10 jerr! Saya beli 2, satu untuk Iman dan 1 lagi untuk Nurul! Tapi saya mintak yang baru, yang belum direndam, bukannye tak percaya, at least saya dah tahu ketahanan jam tangan tu!

Cuma hubby saya berbisik sambil ketawa, ‘I nak tengok panjang mana nyawa jam tangan ni bila bebudak ni pakai!’. Saya jawab selamba … biasale jam RM10, tungguuuuuu …

Lepas balik dari Pasar Tani, singgah sarapan kat umah mak saya, lepas tu saya & hubby gi semula sekolah anak, nak tengok perkembangan sukan kat sekolah dia orang. Rupanye acara masih lagi berlangsung dalam keadaan padang yang licin dek hujan pagi tadi.


My hubby and Iman


Nurul, My hubby and Iman


Nurul and Iman


Score board sehingga jam 10.00 pagi


Nurul and Iman


Iman


Iman - sehari suntuk asyik cerite pasukan merah menang, semua benggang dengo cite yang sama, especially Nurul!!!

Lebih kurang ½ jam, saya dan hubby balik, anak-anak akan dijemput oleh abah saya. Sebelah petang saya ke umah mak saya semula, Tanya Iman … siapa memang? Pasukan Merah! Kedua Biru, Ketiga Hijau dan terakhir Kuning! Score board asal ada perubahan sikit! So, ari ni Iman asyik cakap aje pasal pasukan dia menang, maklumlah, first year dia join sukan sekolah, excited semacam!

Sebelah petang tu hantar Nurul tusyen jam 4 ptg kat Jalan Camar, Tmn. Perling. Lepas tu singgah lak KIP Mart, cari bahan nak masak tomyam esok, dan cari beg sekolah Iman yang baru, bahana beg lama dah koyak! Tak sampai setahun dah beli baru, dulu-dulu saya, 1 beg dari darjah 1 sampai darjah 3 baru tukar baru, itu pun puas mintak baru dapat! Survey gak buah korma. Sekotak RM10 dah tak de, dah jadi RM12 sekotak! Sekejap je dah naik harga, maklumlah harga petrol naik, kat Malaysia tak tanam korma, so kena naik kapal laut @ kapal terbang tambang mahal, sebab tu dia orang mark-up harga! Itu gerentinye jawapan dari penjual korma!

Pukul 6 ptg jemput Nurul dari tusyen, terus balik umah sebab sebelah malam nanti ada kenduri doa selamat kat Tmn. Universiti. Adik lelaki bongsu abah meraikan kesyukuran kerana rumahnye siap diubahsuai hasil simpanan KWSP masa kerja dulu.

Sampai umah petang tu, goreng lak nugget dan tempura, sambil tu siang lada kering, rebus siap sekali, nanti senang nak blend!

So ari ni tak masak, tapi kaki penat semacam, asyik ke sana sini tak rehat langsung!

Balik dari kenduri, semua lepak, sedar-sedar dah subuh ….. lepas solat subuh tertido lak sampai kul 8 pagi …. Kesiangan …………. Apa lagi ….. bergegas ke dapur!

Wednesday, July 21, 2010

TIDUR SIANG ... ADA YANG KITA TAK TAHU!



Hi!

Hari ni rasa teruja nak post news kat blog. Satu artikel menarik yang saya baca tahun lepas kat akhbar Utusan Online adalah tentang tidur waktu siang. Sebelum ni ramai yang kata tido siang ni tak bagus! Tapi memang favourite saya tido siang ni, walau pun waktu bekerja! Kalau waktu kerja tu masa rehat le, dari kul 1.00 sampai 2.00 ptg. Rupa-rupanya memang bagus pun tido siang ni .... ia dipanggil "power nap"! Kalau tak caya bacalah petikan artikel yang saya ambil dari Utusan Online ni. Bukan sekadar pendapat barat sahaja, malah ada juga pandangan dari sudut Islam. Terima kasih kepada penulis yang memberi pendedahan tentang tido siang ni .... saya sokong bebenorr ..........

Sumber : Utusan Online - 27.10.09

FAEDAH LELAP SEKETIKA KEPADA PEKERJA
Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR

SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.

Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.

Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Disorder Association sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja.

Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu terfokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.

Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana dalam mengkaji akan kesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini.

Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti The Art of Napping at Work karya Anthony dan Anthony, Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges dan Broughton dan sebagainya.

Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentang kebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalam mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.

Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengah hari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika.

Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, melayari Internet dan sebagainya.

Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat setelah berjam-jam keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja.

Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang mana ia boleh mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 30 hingga 40 minit.

Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.

Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien menganjur ke petang hari.

Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'.

Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.

Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur sekejap di waktu siang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untuk mengamalkannya.

Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen, tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain daripada pantri atau kantin untuk makan.

Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehat para pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarang tugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka.

Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serong apabila terjumpa rakan-rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikan banyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat.

Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlu faham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberi ruang rehat seadilnya kepada semua pekerja.

Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan praktikal dan janggal dalam kalangan warga pekerja di negara kita. Pun begitu, pokok pangkalnya sebagai orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi amalan tidur sekejap ini yang telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasan dan kecerdasan diri.

Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat direhatkan sebentar pasti kita dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik sehingga ke minit terakhir kita bekerja sehari-harian.

RESIPI KUIH RAYA

Salam.

Disebabkan saya minat dalam bidang masakan, saya nak share 1 blog ni..... maybe ada yang dah biasa browse blog ni, tapi apa yang saya nak share kat sini ialah resipi yang ada di sini semuanye best!!! Saya dah try beberapa resipi, menjadi nampak gayanye ... biskut raya pun ada, komen dari blogger yang lain tu sangat membantu.
Pada D, owner blog ni, saya panjangkan url ke blog u supaya ramai lagi yang dapat manfaat daripada usaha u ni ......... Selamat mencuba semua!
Forum Resipi Diana @ FRD - http://resipidiana.blogspot.com

SALAM PERKENALAN DARI SAYA ...

Salam n Hi!

Saya ni budak baru belajar. Terpengaruh dengan kawan saya, Kak CT dari batulesung blogspot! Nak cuba-cuba jadi blogger. Baca blog orang lain macam best aje!!! Saya suka belajar sesuatu yang baru, jangan sampai ketinggalan dari yang lain, sekurang-kurangnye orang lain tak leh lerr nak kelentong kita!
Ok lah, sampai sini dulu, nanti sambung lagi .......... bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...