Friday, January 21, 2011

RAVA TOSEI DAN KARI KENTANG

Salam sume dan selamat pagi Jumaat,

Sekejap aje kan dah ari Jumaat! Minggu ni, 2 hari cuti, berehat kat umah. Semalam sempena cuti Thaipusam, akak try ler buat Rava Tosei. Resepi ni akak rayau kak blog SueJoshua yang berada nun jauh di Denmark, tapi tak lama lagi dia dah nak balik Malaysia. Akak ni silent follower dia, saja suka baca kisah budak Sue ni! Kalau baca blog dia, akak rasa Sue ni macam 'gila2' sket orangnye, tak formal orangnye, bolehle masuk dengan akak punye karekter gak yang tak berapa nak siuman nie ....

Akak try buat Rava Tosei ni dengan semangat yang berkobar2. Apa taknye, nak beli kat kedai mamak, akak tak berapa nak sior lerrr ... jadik nak try gak, jadik ke, tak jadik ke nak try gak!!!!  Tak kira .......

Kalau tengok kat gambo tu nampak macam hensem jer, tapikan akak rasa ler .... yang akak buat ni tak berapa nak jadik kalau dibandingkan dengan yang Sue buat tu .... cuba korang tengok kat sini .....

Tapi, rasa Rava Tosei ni akak suke, sedap .... makan macam tu aje pun sedap .... cuma akak masak jugak kuah kari kentang, saje2 jer ...... sebab nak try buat sambar kentang macam yang Sue buat tu, macam byk kerenah jer, lagi pun akak tak pernah jumpa rempah sambar, tu yang tambah malas akak nak try buat .....

Kalau korang nak cuba, akak galakkan, serius .... sedap rasanye .... tapi yang akak buat macam dalam gambo kat atas nuuu sekali pandang macam lempeng ajer ......... dua kali pandang, habis pakwe akak dah telan!!!!


BAHAN-BAHANNYA:
  • 100 gm tepung suji
  • 100 gm tepung beras
  • 40 gm tepung gandum
  • 1 s/b jintan putih - ditumbuk
  • 1 s/t biji sawi
  • 1 s/t halia - yang telah ditumbuk
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 5 helai daun kari - dihiris
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Campur semua bahan rava tosei kecuali garam dan air, kemudian tuangkan air, bancuh hingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, letakkan sedikit garam, kacau sebati dan simpankan bancuhan selama 1/2 jam.
  • Panaskan kuali leper non stick, sapukan permukaan kuali dengan sedikit minyak, tuangkan sesenduk bancuhan rava tosei dan ratakan nipis, apabila dasar rava tosei keperangan, balikkan dan biarkan hingga masak, lipatkan dan angkat.
  • Buat sehingga habis bancuhan.

KARI KENTANG

Bahan-bahan
  • 3 biji kentang - potong dadu
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4 sudu besar bawang merah kisar*
  • 1 sudu kecil halia kisar*
  • 1 pelepah daun kari
  • 2 sudu besar rempah kari daging - bancuh dengan sedikit air
  • Air asam jawa
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara-cara
  • Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda * dan daun kari hingga wangi dan garing. 
  • Masukkan rempah kari dan biar seketika.
  • Masukkan kentang, gaul rata dan biar kentang dan remapah mesra seketika.
  • Masukkan air asam dan air. Biar seketika.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul rata, kecilkan api dan biar terbit minyak.
  • Angkat dan hidangkan.


1 comment:

  1. Salam kenal dari Suej.
    Terima kasih kerana sudi resepi dari Sue.
    Kalau ditengok dari tosei akak tu, Sue rasa bancuhan akak tu mungkin pekat sikit dan kuali kurang besar! Sue gunakan kuali leper yang besar dan lepas tuang bancuhan tosei terus cepat2 ratakan nipis!
    Apapun boleh cuba lagi! nampak dah cantik tu sebenarnya, kalau buat 2-3 kali sure menjadi lagi cantik!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...