Thursday, June 30, 2011

BAWANG GORENG


Salam siaran,

Selamat bersiaran kembali buat diri akak yang busy memanjang aje sejak2 akhir ni ...... Langsung tak dapat nak kelepet masa untuk berblog .... ni pun main cilok jer ...... dah lama blog tak update, tangan ni gatal jer nak post N3!

Dah lama tak bersua, akak bukak tirai pagi ni dengan kisah bawang goreng! Nape korang tawa? Kelakor sangat ke bila sebut bawang goreng????

Tulah ..... korang kalau makan kat kedai tu .... bawang gorengnye tak ori tau .... ada campuran, rasanye pun agak kurenggggg ..... tapi kalau goreng sendiri, dah ler muai, baunye menusuk kalbu, lepas tu .... minyak bekas goreng bawang tu, kalau guna semula untuk masak, wahhhh ... harum semerbak bau masakan tau!!!

Ari tu akak beli ler bawang kecik kulit merah tu barang 1 kg, maklumlah, bawang dah turun harga, sebelum ni melonjak harga bawang dipasaran runcit, jadi, bila murah, akak pun beli ler. Muai gitu!!! 

Nak buat bawang goreng pun senang aje, tapi nak dapatkan bawang goreng yang sentiasa garing dan tak lemau, tuuuuu yang susah! Tapi kaedah yang akak buat ni boleh dikatakan berjaya mengekalkan kegaringan bawang goreng ni hingga ke akhir hayat bawang tu ... senang jer ..... jom follow ......

BAWANG GORENG
  • 1 kg bawang kecil kupas kulit dan cuci bersih, toskan hingga kering.
  • 20 biji bawang putih, kupas kulit dan cuci bersih, toskan hingga kering.
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara-cara
  • Racik halus bawang kecil dan bawang putih yang telah betul-betul kering.
  • Biar seketika (1/2 jam) sebelum dilumur dan digaul dengan garam dan serbuk perasa.
  • Panaskan minyak untuk gorengan terendam.
  • Masukkan hirisan bawang, jangan terlalu penuh dalam kuali, nanti lambat garing dan hasil gorengan kurang cantik.
  • Bila hampir berubah warna kecoklatan, angkat dan toskan atas kertas serap minyak. Kirai bawang pada kertas supaya tidak bertindih. Biar seketika dan masukkan dalam bekas kedap udara apabila sudah mula sejuk.


Wednesday, June 15, 2011

PULUT DAN SAMBAL TEMPE

Hai sume,

Dah lama tak dapat berblog ni .... ni semua audit punye pasal!!! Gggrrrrrr ..................... Tak dapat akak nak santai kat ruang blog ni........

Ni pun curi2 masa rehat! Sebab dah tak leh tahan nengok blog ni tak di update ........



Ok, ringkas ajae kali ni. Nak share pengalaman pertam masak pulut. Akak tak pernah masak pulut sebelum ni, tapi kali ni akak gagahkan juga!!!

Tak sia2 mencuba, berhasil, cuma serunding kelapa tu lak buat hal! Nasib baik ada back-up ngan sambal tempe ... so marilah akak share resepi ni ....

PULUT
  • 3 cawan beras pulut, cuci bersih dan toskan seketika.
  • 3 1/2 cawan santan pekat
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa
Cara-cara
  • Satukan kesemua bahan dalam periuk yang sesuai. Masak hingga santan hampir kering.
  • Kecilkan api, atas periuk dengan tudung periuk dan tutup periuk dengan tudung periuk supaya wap tidak keluar.
  • Masak sehingga pulut benar lembut dan cantik.
  • Bentuk pulut mengikut suka.

SAMBAL TEMPE
  • 8 keping tempe potong sederhana tebal dan goreng hingga kuning.
  • 1 mangkuk sup ikan bilis goreng.
  • 5 biji kentang, potong sederhana besar dan goreng garing.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar.
  • 5 sudu besar lada kering kisar.
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Cuka
  • Minyak

Cara-cara
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawang putih kisar hingga wangi, masukkan lada kering dan goreng hingga terbit minyak.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan cuka sedikit2.
  • Masukkan gula, gaul segera.
  • Masukkan tempe, ikan bilis dan kentang, gaul rata dan angkat untuk hidangan.



Monday, June 6, 2011

MEE GORENG BASAH

Hi ....

Bersua sekali lagi .... ha minggu ni baru boleh tarik nafas lega sket, tapi tak lega sangat ler, pasal kena rush settlekan kerja yang dah 2 minggu tertangguh gara2 aktiviti mengaudit kat ofis ni .... bila dah dilantik jadi juruaudit, macam2 bende nak kena buat, tu yang tak menang tangan, kalau tangan banyak macam sotong pun belum tentu boleh beressss ........

OK lah, dalam kesibukkan kerja ni, tekak kena bela jugak, maklumlah, tension masa kerja kena seimbang ngan aktiviti rutin kat umah kan? Kalau tak nak susah nak kawal emosi, asyik nak naik angin jer ....

So, kuali ler yang tenangkan jiwa raga akak ..... kali ni nak share resepi Mee Goreng Basah! Akak sebenornye lebih suka mee goreng basah ni, tapi kena makan masa panas2, kalau dah sejuk macam dah kembang jer mee tu .... kureenggg ler sikit tekak ni nak makan! Cuma kali ni tak banyak rencah yang akak guna, apa yang ade jer .......rencah tu korang bege2 sendiri pun boleh, janji boleh dimakan .... ok lah, jom nengok resepi senang ni ....


MEE GORENG BASAH
  • 500 gm mee kuning
  • Taugeh - 50 sen
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4 sudu besar bawang merah kisar*
  • 8-10 sudu besar lada giling - ikut suka, kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sukatan
  • Fish cake
  • Fish ball
  • Udang
  • Sotong
  • Tauhu - goreng dan potong sederhana nipis
  • Tomato - potong 8
  • Sawi
  • 2 biji telur
  • Air
  • Minyak
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Gula
Cara-cara
  • Panaskan minyak.Tumis bahan bertanda * hingga wangi. Masukkan lada giling dan goreng hingga garing dan terbit minyak.
  • Masukkan bahan perencah seperti sotong, udang, fish ball, fish cake dan sebagainya. Gaul rata.
  • Masukkan telur dan biar seketika, gaul.
  • Masukkan air - anggaran 1 cawan.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Gaul  dan biar seketika. Bila kuah hampir mendidih, masukkan mee dan sayur sawi. Gaul rata.
  • Masukkan tauhu goreng, tomato buah dan taugeh. Tutup api dan gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup dan daun bawang. Sedia dimakan semasa masih panas.

ROTI GORENG


Salam sume & selamat pagi,

Hari ni hujan pagi, biasa lah kalau dah hujan time pergi kerja, jawapannye sampai ofis lewat sket dari biasa, tapi tak ler lebih dari jam delapan pagi ........

Hujung minggu yang baru berlalu, akak sibuk ngan kenduri kahwin dan buat karipap! Sejak dah pandai kelim karipap ni, rajin plak nak mengelim, ada jer inti perisa baru yang akak buat. Tapi tu nanti cerita. Kali ni nak cite pasal Roti Goreng,

Roti ni senang sangat nak buatnye. Akak tengok masa musim puasa yang lepas kat TV. Air tangan Chef Ismail yang ada restoran Rebung tu lerr ..... Roti kat umah dah nak expired, jadi daripada terjun ke tong sampah, baik buat makan kan? Perut kenyang, hati pun senang!

Dah, kurangkan bebel, jom nengok respi mudah, sedap dimakan waktu panas2 ngan minuman panas pilihan masing2, especially masa musim hujan sekarang ni ......

ROTI GORENG
Sumber : Chef Ismail 
  • Roti Gardenia - ikut suka berap banyak korang nak buat
  • Inti - ini pun ikut suka inti apa korang nak guna
  • Bancuhan tepung gandum dengan sedikit air untuk dijadikan pelekat
  • Minyak - gorengan terendam
Cara-cara
  • Ambil sekeping roti, buang bahagian tepi. Leperkan roti menggunakan roller hingga tipis.
  • Sapu keliling roti dengan pelekat.
  • Ambil satu sudu inti.
  • Lipat roti sama ada untuk hasilkan bentuk segitiga atau empat segi tepat.
  • Tekan keliling roti dengan garfu.
  • Panaskan minyak, masukkan roti yang telah siap tadi dan goreng hingga kekuningan. Pastikan minyak betul2 panas, atau roti akan kelihatan seperti diserap minyak.
  • Angkat dan toskan, sedia untu dimakan.
Untuk inti , kalau nak mudah, hancurkan sardin bersama hirisan lada dan bawang mayang pun boleh. Tapi akak buat inti kentang bersama sosej ayam.

INTI
  • 6 biji kentang - potong dadu
  • 4 batang sosej - belah memanjang dan hiris nipis2.
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit halia kisar*
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar merah kisar*
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * hingga wangi dan garing. Masukkan bawang besar, hirisan sosej dan sos tiram, biar seketika.
  • Masukkan kentang dan secawan air. Gaul rata dan biar seketika.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan lada hitam.
  • Bila kentang hampir empuk, masukkan daun sup dan daun bawang. Kacaua rata, dan angkat serta sejukkan sebelum dijadikan inti untuk elakkan daripada mudah basi.

Thursday, June 2, 2011

GARLIC BREAD DAN SUP AYAM

Salam sume,

Haa .... musim2 hujan petang bawak ke malam ni, makan makanan yang panas2 memang cun! Sup salah satu yang menjadi hidangan yang sangat favourite kami sekeluarga ..... Jadikkkk akak pun dah kering idea apa nak dimasak! Sudahnye ternampak garlic spread yang dah lama tersadai dalam fridge!
Hemmmmmm apa lagi, mengesup ler kita!

Akak sapukan sapuan garlic ke atas roti gardenia, lepas tu bakar ... kejap jer siap!


Cuma akak nak share resepi sup ayam ni ajer, roti bawang putih tu sambil tido pun korang boleh buat kan?
Wokehhh ... jom tengok resepi senang ni .... jom!

SUP AYAM
  • 6 ketul isi ayam dipotong sederhana kecil
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 1 1/2 sudu besar rempah sup
  • 1-2 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 1 sudu besar bawang putih kisar**
  • 3 sudu besar bawang merah kisar**
  • 1 labu bawang besar potong 6**
  • 1 batang carrot - potong baji 
  • 3 biji kentang - potong 8
  • 6 batang cili padi - belah 2
  • Halia - ketuk
  • Air
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun sup dan daun bawang
  • Bawang goreng 
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * hingga wangi.
  • Masukkan bahan bertanda **, cili padi dan halia, tumis hingga naik bau.
  • Masukkan remaph kurma dan remapah sup yang telah dibancuh dengan sedikit air, dan biar hingga naik bau rempah.
  • Masukkan kentang dan biar seketika.
  • Masukkan ayam dan biar hingga mendidih, dan kemudia masukkan carrot.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Bila dah empuk, angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  • Boleh juga dimakan dengan cili padi kicap untuk rasa pedas yang lebih umpphh!!


TRIFFLE CUSTARD


Hai n salam sayang sume,

Dah lama sangat rasanya tak berborak kat blog ni ..... busy banyak le sejak akhir2 ni ..... macam tak menyempat jer ..... ada jerrr bende nak kena settle! Tapi masak2 masih macam biasa, tak sempat pun disempat2kan jugak!!!!

Maklum ler.... kalau lapo, macam harimau mengaum semua orang .... tu yang digagahkan juga memasak tu ... OK lah, tak nak meraban lebih2, just nak share satu resepi yang akak baru jumpa dari blogger Azlita Aziz. Fuhhhh .... terpesona bila masuk rumah Ita ...... gaya persembahan yang cukup hebat! resepi pun tak kurang hebatnye ..... jadi inilah resepi pertama dari rumah Ita yang akak try, not bad, rata2 semua kata sedap ..... So kalau nak rasa, cubalah .... tak rugi pun, cayalah cakap akak!!!! 

TRIFFLE CUSTARD 
SUMBER – AZLITA AZIZ @MASAM MANIS

Resepi ni ita dpt dari kakak ipar ita yg mmg pakar memasak... Sedap sangat Tiffle custard ni.. TQ kak yati sebab kongsi resepi yg mudah dan sedap ni..
MyKitchen's Receipe
  • 1 buku kek coklat - dipotong2
  • 1 tin susu cair
  • 1 cwn tpg custard
  • 1 tin buah2an campuran
  • gula ikut rasa
  • 1 kotak jelly nona
  • 1 tin air - ikut sukatan tin susu
CARA-CARA
  • Susun kek coklat dlm bekas kaca lut sinar.
  • Buah campuran di toskan airnyer.
  • Air buah campuran tadi disiram atas kek.
  • masak susu dgn air dan gula.
  • bancuh tpg custard dgn air. Bila susu sudah didih tuangkan kastard sedikit-demi sedikit hingga pekat tp lembut. Tuangkan kastard atas kek coklat td.
  • Taburkan buah dlm tin dan biarkan sejuk.
  • masak jelly ikut sukatan pada kotak. Tuang atas adunan kastard tadi. Biarkan sejuk dan masukkan dlm peti ice.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...