Salam siaran,
Selamat bersiaran kembali buat diri akak yang busy memanjang aje sejak2 akhir ni ...... Langsung tak dapat nak kelepet masa untuk berblog .... ni pun main cilok jer ...... dah lama blog tak update, tangan ni gatal jer nak post N3!
Dah lama tak bersua, akak bukak tirai pagi ni dengan kisah bawang goreng! Nape korang tawa? Kelakor sangat ke bila sebut bawang goreng????
Tulah ..... korang kalau makan kat kedai tu .... bawang gorengnye tak ori tau .... ada campuran, rasanye pun agak kurenggggg ..... tapi kalau goreng sendiri, dah ler muai, baunye menusuk kalbu, lepas tu .... minyak bekas goreng bawang tu, kalau guna semula untuk masak, wahhhh ... harum semerbak bau masakan tau!!!
Ari tu akak beli ler bawang kecik kulit merah tu barang 1 kg, maklumlah, bawang dah turun harga, sebelum ni melonjak harga bawang dipasaran runcit, jadi, bila murah, akak pun beli ler. Muai gitu!!!
Nak buat bawang goreng pun senang aje, tapi nak dapatkan bawang goreng yang sentiasa garing dan tak lemau, tuuuuu yang susah! Tapi kaedah yang akak buat ni boleh dikatakan berjaya mengekalkan kegaringan bawang goreng ni hingga ke akhir hayat bawang tu ... senang jer ..... jom follow ......
BAWANG GORENG
- 1 kg bawang kecil kupas kulit dan cuci bersih, toskan hingga kering.
- 20 biji bawang putih, kupas kulit dan cuci bersih, toskan hingga kering.
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak
Cara-cara
- Racik halus bawang kecil dan bawang putih yang telah betul-betul kering.
- Biar seketika (1/2 jam) sebelum dilumur dan digaul dengan garam dan serbuk perasa.
- Panaskan minyak untuk gorengan terendam.
- Masukkan hirisan bawang, jangan terlalu penuh dalam kuali, nanti lambat garing dan hasil gorengan kurang cantik.
- Bila hampir berubah warna kecoklatan, angkat dan toskan atas kertas serap minyak. Kirai bawang pada kertas supaya tidak bertindih. Biar seketika dan masukkan dalam bekas kedap udara apabila sudah mula sejuk.
No comments:
Post a Comment