Thursday, December 30, 2010

SAYANGILAH KELUARGA KITA! WELCOME 2011 ....

Gambar : Ihsan En. Yahoo

Salam sume,

Haah .... esok dah cuti, rasanye ini mungkin N3 terakhir untuk tahun 2010 nie. Sori ler, minggu ni agak busy sket, tak de kesempatan langsung nak mengayat kat blog ni. Sibuk kemas meja sebab next year dah kena pindah department ....

 

Anyway, sebelum menutup tirai 2010, akak nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 dengan penuh rasa kesyukuran kerana masih diberi peluang bersama-sama dengan insan tersayang .... kepada tahun 2010 yang bakal berlalu, mudah-mudahan kita kutip pengalaman silam untuk memperbaiki kehidupan di masa hadapan.

 

Kepada rakan blog Kak CT batulesung, terima kasih kerana memperkenalkan akak ke dunia blog ini .....

 

Akhir kata, akak tinggalkan kenangan 2010 ini dengan coretan artikel dari Utusan Online untuk kita renungi bersama .......  

 

---------------------------------------------------------------------

2011, tahun selamatkan institusi keluarga

 

BEGITU pantas masa berlalu. Hanya tinggal sehari lagi kita akan melangkah ke tahun baru, 2011. Tentunya 2010 yang ditinggalkan juga mempunyai banyak kebaikan di sebalik kesedihan yang mungkin dilalui.
Sepanjang tahun ini juga, pelbagai tragedi berlaku yang mana memerlukan kita semua merenung dan berfikir, apakah hikmahnya ujian yang dianugerahkan oleh Allah itu?
Lalu teringat juga saya akan pesanan orang tua-tua supaya jangan diungkit jangan dikenang kisah nan lalu.

Tetapi itu hanya kata-kata dan pesanan untuk dijadikan panduan. Sesuai dengan masa kini apabila didatangi musibah atau ujian, kita juga harus bangkit untuk meneruskan langkah menghadapi hari depan yang masih panjang.
Secara tidak langsung segala ujian itu boleh dijadikan sandaran mengumpul semangat dan iktibar supaya kita lebih berhati-hati dalam mencari arah tuju hidup berlandaskan iman dan takwa.

Jika direnung kepada segala tragedi yang berlaku, kematian, pembunuhan, nahas ngeri, perselisihan faham dan perbezaan pendapat, banyak yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Saya setuju kita tidak boleh kenang perkara yang sedih selama-lamanya, malah tidak juga boleh berbangga dengan kesenangan yang ada.
Tetapi sebagai manusia, kita diberi akal untuk menilai dan menimbang mana yang baik dan buruk. Benar hidup perlu diteruskan, tetapi bagaimana caranya?
Cadangan saya, ayuh kita bergerak ke depan, membaiki diri dan berani membuat perubahan dalam hidup terutama soal akhlak, tingkah laku dan jati diri di samping selalu mengingati Allah.

Saya juga terpanggil mengaitkan isu ini dengan pelbagai perkara yang melanda masyarakat sepanjang tahun ini terutamanya masalah sosial yang pada saya nampak begitu ketara.
Perceraian, keruntuhan akhlak di kalangan remaja, antara perkara serius yang melanda masyarakat kita sekali gus melemahkan institusi keluarga.
Paling membimbangkan, masalah cinta turut menjadi beban dalam hidup remaja sehingga sanggup melarikan diri dari rumah mengikut lelaki yang mereka cintai dan juga membunuh kerana cintanya tidak berbalas.

Tragedi seperti ini, jika tidak dibendung akan terus bermaharajalela dalam masyarakat disebabkan sikap kebanyakan ahli masyarakat sendiri yang tidak begitu mengambil peduli berbanding dulu.

Inilah antara perkara serius yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat sama ada ibu bapa, pekerja, keluarga, jiran, rakan taulan dalam usaha membina masyarakat lebih prihatin dan berilmu.

Saya juga ingin menyentuh tentang kes perceraian yang kini berada di tahap membimbangkan.

Seperti diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini, jumlah kes pasangan yang bercerai mencapai 27,116.
Puncanya sekadar tidak ada persefahaman, masalah akhlak dan campur tangan pihak keluarga.

Angka tersebut, kata Jamil Khir Baharom diperoleh hasil kajian yang dilakukan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang setahun dari 2003 hingga 2004.

Dalam kes tersebut, di pihak suami tiada persefahaman mencakupi 43.33 peratus, masalah tidak bertanggungjawab 32.93 peratus, masalah akhlak atau sosial 12.03 peratus dan campur tangan pihak ketiga 5.54 peratus sementara ekonomi 2.62 peratus.

Sementara isteri pula memberi sebab bercerai kerana tiada persefahaman 69.44 peratus dengan alasan mereka tidak mahu memanjangkan cerita selain 17.68 peratus disebabkan tidak bertanggungjawab dan masalah akhlak atau sosial 5.84 peratus.

Melihat pada angka yang dimaklumkan, jelas ia bukan perkara remeh malah dikhuatiri menjejaskan institusi keluarga yang kini seperti terumbang-ambing.

Jika ibu bapa tidak dapat memberi tumpuan dan contoh terbaik dalam rumah tangga bagaimana dengan masa depan anak-anak? Siapa yang harus mereka jadikan contoh jika di dalam rumah suasananya selalu panas dan membahang. Ayah dan ibu tidak sehaluan, komunikasi dengan anak-anak tidak ada dan rumah sekadar tempat persinggahan.

Akibatnya anak-anak, khasnya remaja akan mencari jalan penyelesaian di luar.
Turut membimbangkan, adalah kes perceraian pada usia emas. Beberapa wanita yang berkongsi kisah rumah tangga mereka dengan saya kebanyakannya memberitahu mereka terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dengan pasangan masing-masing setelah mencecah usia 50-an kerana tidak sanggup lagi hidup berpura-pura.

"Selama ini kami bertahan kerana anak-anak. Apabila anak-anak sudah berdikari, saya mohon cerai kerana mahu bebas dalam erti kata sebenar," itu kata salah seorang daripada mereka.

Alasan yang diberi, suami tidak semesra dulu, ada teman wanita dan banyak menghabiskan masa di luar dengan kawan-kawan. Ertinya selama ini mereka hanya berlakon hidup sebagai suami isteri demi anak-anak. Adakah situasi ini baik untuk institusi keluarga kita?
Saya tidak mahu mengulas panjang tentang perkara itu memandangkan setiap orang ada pendekatan tersendiri dalam membina keluarga mereka. Lagipun ini adalah masalah peribadi.

Namun saya tetap percaya semuanya bermula dari rumah. Elok acuan yang digarap ibu bapa, maka akan eloklah anak-anak yang dididik dan diberi tunjuk ajar. Apa pun 2011 diharap akan lebih membuka minda kita semua untuk membaiki kelemahan diri sepanjang tahun lalu.
Tidak salah muhasabah diri, mencari kekurangan dan kekuatan yang ada untuk membuat perubahan dalam hidup.

Terkadang kita alpa dengan kekurangan kerana leka dibuai kelebihan yang dipinjamkan oleh Allah. Inilah masanya kita cermin diri. Seperti juga saya dan keluarga yang menjadi lebih kuat dan bersatu setelah diuji dengan pelbagai cabaran sejak akhir-akhir ini.

Pada saya hanya kekuatan, semangat dan kasih sayang sesama keluarga mampu mengembalikan kegembiraan yang telah hilang. Biarpun ia pahit, namun manisnya tetap ada.
Penutup catatan, jika ada sesuatu yang hilang pada hari kelmarin, berusahalah untuk mendapatkannya semula pada hari ini, esok dan seterusnya tanpa rasa kecewa kerana percayalah, kebahagiaan itu laksana pokok mawar yang ditanam. Biarpun tidak berbunga ia akan terus tumbuh sehingga kuntumnya menjelma pada satu hari nanti.

Salam Tahun Baru 2011.

Sumber : Utusan Online. 

Tuesday, December 28, 2010

CHURROS

Salam,

Hai dah lama tak bersiaran. Almaklumlah ... hujung tahun ni, cuti2 Malaysia ler apa lagi .... Actually ari Khamis lepas dah start cuti. Balik kampung, sekali lepas tu gi Family Day kat PD, haaa ... nanti akak story eehhh .... best tau. Kenape best? Mestilah ada kesahnye .... tunggu ....

Tapi sebelum tu akak nak share resepi kat bawah nie .... akak dapat kat blog Hana's Family yang nun jauh kat timur sana, tengah main snow ..... Sedap tau kuih ni, cuma agak manis sket, nak buat pun senang jer ......cuba tau, jangan tak coba ...... 

CHURROS
Sumber : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan gula
  • 11/2 cawan tepung gandum - hana buh 11/4 je
  • 1 biji telur - size L
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan butter
  • For dusting - Gula+cinnamon powder atau hot chocolate.
Cara-cara
  • Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2. Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati. Bleh rujuk cara2 wat Cream Puff. Cara2 yer bukan bahan2. :)
  • Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan masukkan lam piping bag). Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers. Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.
  • Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.

Close-up : Sodapp tak?
 
Ini set khas untuk shoting masakan tau!
 
Yang ni akak bentukkan bulat ala2 danish cookies @ butter cookies!

Monday, December 20, 2010

'SEKSA' BUTTER ROLL VS 'SEXY' BUTTER ROLL

Salam ceria sume,

Ceria ke ari ni? Ke buat2 ceria, berlakon lerrr tuu .... Anyway, kekadang berlakon ni pun bagus gak! Sesekali jadi lain dari diri sendiri ni seronok gak, tak caye cube ler, tukor jadi rimau ke, jadi esbok ke, jadi kete ke, jadik meja ke ... tapi jangan lak tak leh balik semula jadik manusia .... tu kira nye dah kene sumpahan si tanggang kerene derhaka .... kwang kwang kwang .... mengarut jer keje nye, dah pukul 10 ni tak buat keje lagiiii, masukkan N3 jer keje nye ... kang boss ngko sumpah jadi laptop baru tau ......


Nie akak nak share experience buat roti kat gambo atas n bawah nuuu .... roti ni sodap, tapi tak tau lah mana silapnye, akak silap sukat ke, resepi silap ke ... tapi bahana adunan ni dah terlembik sket, akak bege2 ler sendri ... walau pun roti jadiknye tak keras, tapi akak tak puas hati ler, sebab mungkin rasanye lebih sedap kut kalau akak tak tambah tepung untuk stabilkan adunan lembik ni ... Enche Mat ... any comment! kalau tengok gambo nu, macam hensem jer jadiknye roti ni, tapi tulah ..... Cuba korang lak try buat ikut resepi ni, ni akak copy n paste dari blog Mat Gebu tau ... kalau korang buat jadik, maknanye akak ler yang salah adun kut ....
 

SEXY BUTTER ROLL
Sumber : Mat Gebu 

Bahan-Bahannya :-)
  • 200 g tepung roti (high-protein flour)
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 5 g gluten (mat ganti dgn 1/2 camca teh bread softerner)
  • 40 g gula halus
  • 6 g instant yeast
  • 30 gram telur, pukul 1 biji telur kemudian timbang
  • 95 ml air
  • 30 g mentega
  • Telur + esen vanilla, untuk disapu
  • Sedikit gula pasir kasar 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega, ke dalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan, alih dalam bekas dan bungkus dengan plastik, biar 45 minit - 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on", tunggu hingga siap.
  2. Tabur meja kerja dengan sedikit tepung gandum, keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. Bulat kan dan canai seperti dalam gambar. Potong kepala 12 bahagian sama besar (agak2 jee).
  3. Kemudian gulung satu persatu potongan tadi secara berhati2 dari luar ke dalam (dari bahagian besar ke bahagian kecik), kemas kan dan alih ke dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  4. Biar 45 minit hingga doh mengembang. Sapu dengan telur (lebihan yang 30 gram tadi) + esen vanilla pada setiap doh roti, tabur sedikit gula pasir kasar. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan atau boleh juga dihidangkan panas2...
 Inilah hasil tangan akak yang tak pro mengadun roti - first time ngko!

Ada yang lawa, ada yang idak, kalau Mat Gebu nengok ni, mengucap panjang agaknye, mau pengsan, bangun, dan pengsan lagiii!!!


PIZZA SOSEJ AYAM VS PIZZA SARDIN

 

Salam rindu di angin lalu,

Ye ke ada angin? Ofis ber air-cond ni ada angin tiup ke? Nak berdrama pun bior le logik sket!!! Angin dalam badan ni ada ler .....

Semalam akak malas nak masak lauk, jadiknye sekadar masak pizza, itu pun ada kesah disebalik kenapa buat pizza ni ... tunggu N3 berikutnye yeaaa ....

OK, resepi pizza ni akak dapat dari blog Mat Gebu. Doh tu akak copy n paste aje dari blog dia, tapi hiasan kat atas pizza tu dah diderhakakan ikut selera tekak akak ni .... Akak buat 2 jenis, satu Sosej Ayam dan satu lagi Sardine, bahana terlupa nak mengurangkan kandungan adunan, maka kenyang tahap dinosor ler semalam makan pizza ni ... 

 Pizza Sosej Ayam

 Keju tuu yang tak le tahan, meleleh keju cair, meleleh gak ler air liur ni ....

 Yang nie Pizza Sardin 

 Baik punye meleleh keju ni ...

Ini lah yang telah siap dibakar, hanya menunggu untuk dilangsaikan dari pinggan ....

PIZZA 
Sumber - Mat Gebu

BAHAN DOH :-)
  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver

UNTUK DOH :-  
  • Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.  
KAEDAH LAIN :-  
  • Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
Bahan-bahan hiasan atas pizza :-

Bahan A
  • 5 batang sosej ayam - potong serong sederhana tebal
  • 1 labu bawang holland - potong dadu
  • 5 biji cendawang butang - potong sederhana tebal
  • Tomato - potong bulat sederhana tebal 
  • Nenas kiub - optional
  • Capsicum merah, hijau & kuning - optional
  • Sos tomato
  • Mayonis
  • Black pepper sauce
  • Keju mozarella
  • Mentega 
Bahan B

  • 1 tin kecil sardin - buang tulang dan sos sardin, hancurkan isi sardin
  • 1 labu bawang besar - potong bulat sederhana tebal
  • 5 biji cendawan butang - hiris sederhana tebal
  • Sos tomato
  • Mayonis
  • Black pepper sauce
  • Keju mozarella
  • Mentega
UNTUK PIZZA :-  

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

NASI GORENG KAMPUNG

Salam sejahtera sume,

Kepada yang masih belum berserapan, jomlah rasa nasi goreng akak ni, kalau tak sempat nak masak pagi2 buta yang celik tu, petang ni pun buleh. Orang tua2 cakap, kalau dah teringin, jangan lengah2, nasi goreng ni mudah kempunan kalau asyik teringat jer ... kang tersepak tunggul ke, batu ke, mozek ke, sapa yang susah .... diri sendri jugaaa .... 

NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahan :- 
  • 1 1/2 pot beras yang telah dimasak menjadi nasi
  • 7 batang lada merah 
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 5-6 sudu besar bwang merah kisar*
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar2
  • 1 genggam ikan bilis yang telah dising bersih - rendam sekejap
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak

Cara-cara :-
  • Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda *. Goreng sehingga naik bau.
  • Masukkan lada, bawang besar dan ikan bilis yang telah ditumbuk kasar2, @ boleh gak ditumbuk hingga lumat. Goreng hingga garing.
  • Masukkan telur, biar seketika agar telur mengeras, kacau dan masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul lagi hingga rata. 
  • Masukkan nasi, gaul rata. Hidangkan dalam pingga yang sesuai, tabur ngan daun sup atau daun bawang serta bawang goreng.
Kalau teringin sesangat, baik korang masak nasi goreng ni petang ni gak !!!


ROTI JOHN

Hai,

Dah serapan ke pagi ni? Akak ari ni serapan cerals ngko! Eeee .... tu mesti ada yang mengata ler tu .... macam omputih ler pulak! Tak, sebenonye saje jer nak tukar selera, 2 hari berhujung minggu kat umah puas melantak macam2, tak ingat dunia, jadi ari ni slow down semula ngan sarapan yang berkhasiat ... cewah macam bagus ler plak .....

Actually ari Sabtu ari tu, akak buat Roti John, ni beli roti ni kat Jusco, saing2 beli petai cekik darah tu lerr .... Senang jer nak buat roti ni. Nak pakai French loaf boleh, nak pakai roti hot dog pun bule, mana2 pun buleh, janji kenyang! Tapi akak guna roti hotdog, senang sket, sorang ambik satu, tak yah susah2 nak potong bagai ....


ROTI JOHN

Bahan-bahan :-
  • 6 ketul roti hot dog @ 2 batang french loaf
  • 4 biji telur ayam*
  • 4 batang sosej - hiris bulat nipis2*
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis atau potong dadu* 
  • Lada sulah*
  • Sos tiram*
  • Garam*
  • Serbuk perasa*
  • Minyak
  • Salad
  • Timun
  • Tomato
  • Mayonis
  • Sos cili @ black pepper - akak guna black pepper sauce

Cara-cara :
  • Belah roti secara melintang, jangan sampai putus!
  • Dalam mangkuk yang sesuai, pukul telur bersama2 bahan bertanda *. 
  • Sendukkan 1 senduk bancuhan telur ke atas kuali leper atau non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak. Tekap roti yang telah dibelah tadi.
  • Goreng hingga telur masak, angkat dan tepikan. Buat hingga habis semua roti yang telah dibelah tadi.
  • Picitkan mayonis dan sos cili.
  • Susun sayuran dan tangkup semua roti, susun dalam pinggan untuk hidangan! Siap!!!!


 Picitkan mayonis dan sos

 Tabur sayuran

Sedia untuk dimakan!


PETAI OH PETAI!

Salam sume,

Selamat pagi, ari Senin kan ari ni? Tapi rasa macam best jer ari ni ... eehhh ada ape2 ke ni? Tetiba jer ari Senin rajinnn ????? 

Sebenornye tak de ape2 pong .... cuma ari ni dtg keje rasa semangat tu lain jer .... macam ade2 jerr ... buang tebiat ke? Tapi tak pe le ... agaknye doa akak nak jadi manusia yang lebih baik dari semalam Allah makbulkan .... mudah-mudahan berkekalan lah hendaknye ....

Ni akak nak cite pasal petai! Korang makan petai tak? Akak makan, tapi tak ler kategori penggemar yang tegar macam pak we akak! 

Ape kisah petai ni? Akak ni bukan ler kategori kedekut, kalau kena gayanye, mahal sket pun tak kesah, asalkan puas hati dan berbaloi ....

Cube  korang teka, berapa rege petai yang seberat 200 gm nie? Petai ni akak beli kat Jusco Tmn. U, bahana nak cari sosej punye hal, terpandang lak kat petai ni .... Haa ... kalau korang nak tau, regenye RM 9.99!!! Akak macam tak caye je. Punye ler tahap tak caye tu, sampai akak suruh pakwe naik semula ke Jusco, bawak resit n petai ni just tanya kat cashier tu, betul ke rege ni? Ke dia tersilap scan barkod. 

Jawapannye memang betul ngko .... Haa haa haa haa ...terbahak2 akak dalam kete. Akak cakap kat pakwe akak : My darling, ini le petai paling mahal yang you pernah makan sepanjang hayat u kat mukabumi ni ... Tu yang akak excited sangat nak masukkan dalam N3 pagi nie ....



Friday, December 17, 2010

YONG TAUFU SEMPOI

Salam Pagi Jumaat sume, 

Wah ... pagi ni datang ofis rasa penuh semangat. Nak tau pasal ape? Yea ... kita orang kat ofis sekarang ni tengah mabuk nak gi London!!! Serius ni, ingat main2 ke .... tapi kena pikir ler macam mana nak kumpul duit .... Kita orang sebenonye pegi ni pun tajaan UTM di bawah Global Outreach Programme .... kalau panjang umr dan dimurahkan rezeki ... InsyaAllah, tak mustahil impian kita orang ni jadik kenyataan .... doakan ler akak n the geng sukses yea ....

Semalam, selain dari masak Ikan Kerapu Sambal Serai, akak masak gak sup, maklum ler, musim hujan ni, makan sup panas2 sedap woooo ..... Jadik, akak mask le Yong Taufu .... mengiurkan sehh ...... Sukatan beradan tu terpulang masing2, apa juga jenis ball boleh masuk asalkan bukan soccer ball, rugby ball, tennis ball dan golf ball udah lerr yea ....


YONG TAUFU

Bahan-bahan :-
  • Brokoli
  • Bunga kobis
  • Carrot
  • Fish ball
  • Tahu goreng
  • Pelbagai jenis bebola ikan, ketam, sotong, ayam atau daging buleh taruhh
  • Kiub ikan bilis
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Lada sulah
  • Air
Cara-cara :-
  • Didihkan air (lebih kurang 2 liter) dalam periuk. Masukkan kiub ikan bilis (terpulang, kalau kurang rasa, boleh tambah jadik 2 ketul). 
  • Masukkan lada sulah, sedikit garam jika tawar, dan serbuk perasa, biar mendidih.
  • Masukkan carrot biar empuk sedikit. 
  • Masukkan bebola dan akhir sekali sayuran.
  • Hidangkan dengan taburan daun sup dan bawang goreng.
  • Untuk sambal Yong Taufu, akak beli yang dah siap dipasaran. Mudah diperolehi dipasar.

KERAPU SAMBAL SERAI

Salam sume,

Hai, semalam sume ok? Kat JB sekarang ni musim hujan petang bawak ke malam. Best woo hujan malam, lena tido .... dah lama tak hujan malam. Semalam 10 Muharram, akak, pakwe dan anak pompuan akak puasa. Dah lama tak amalkan puasa Isnin-Khamis, nak start semula tu malas betul, tapi bila dah start tu rasa seronok, macam tak nak berhenti.

Ok lay, ari ni nak share lauk yang sume orang kat umah akak suka. Sekali hadap aje, tak leh nak repeat pun ..... Sebenonye terliur gak bila visit blog Kak CT, dia masak sambal gak .....


KERAPU SAMBAL SERAI

Bahan-bahan :- 
  • 1 ekor ikan kerapu @ siakap
  • Lada sulah
  • Tepung jagung 
  • 2 batang serai - titik
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 6 sudu besar bawang merah kisar*
  • 6-7 sudu besar lada kering kisar
  • Belacan*
  • 1 sudu teh serbuk kunyit*
  • Air asam
  • Air
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Perasa
  • 2 biji telur - dipukul
  • Minyak 
Cara-cara :-
  • Panaskan minyak untuk deep fry.
  • Lumur ikan yan telah dicuci bersih dengan sedikit garam, serbuk perasa dan lada sulah. 
  • Lumur ikan dengan tepung jagung rata2. Goreng dalam minyak yang betul2 panas hingga garing, ketepikan. 
  • Panaskan minyak. Tumis serai dan bahan bertanda * yang telah disatukan, biar hingga naik bau.
  • Masukkan lada kisar dan goreng hingga garing.
  • Masukka air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan sedikit air jika samabl agak pekat.
  • Masukkan telur, biar seketika. Kacau sambal agar serata dengan telur.
  • Curah sambal di atas ikan yang telah digoreng. Hidangkan.

Wednesday, December 15, 2010

TERIMA KASIH DAUN KELADI ...

Salam sume,

Hari ni dah 15 haribulan, tinggal 2 minggu lagi tahun 2010, lepas tu 2011 akan muncul. Dalam tempoh 2 minggu dah pasang azam tahun baru ke sume? Azam tu penting gak, walau pun yang tahun sudah2 tu ada yang masih kantoi, tak dapat disempurnakan lagi ... 

Tahun 2011 bagi akak mulakan dengan lembaran baru dalam karier akak ... sebabnye akak diarahkan untuk tukar ke dept. lain. Sekarang ni kat bahagian perolehan, awal tahun nanti ke bahagian katalog plak! Katalog ape? Ni bukan katalog produk, tapi bahagian yang akan uruskan pengkelasan buku mengikut bidang perkara ... alah cakap lebih2 pun bukan korang faham .... yang penting akak beralih angin dari angin Selat Melaka ke angin Laut China Selatan ....

Ok N3 ari ni  nak cite pasal kisah besday Iman semalam. Actually majlisnye belum dibuat lagi, sebab tunggu my sister dari KL balik JB, ramai sket, lebih meriah .... maklum ler akak ni adik beradik tak ramai, tu ler yang dekat ada kat sini ... Gambo2 ni adalah hadiah yang Iman dapat dari mummy! Pensel warna tu jiran akak beri, yang dalam beg kertas I Love You tu and balang Hello Kitty, Cik Nad and mummy beri. Sampai ke telinga senyum Iman .... abah dan atuk akak beri dia duit! So inilah dia hadiahnye yang buat Iman tak tido malam tadi, tak sudah membelek sampai kul 11 mlm. 
Terima kasih kepada sume yang memberi, mudah2an murah rezeki ...

 Inilah isi perut dalam paperbag - magic color, pencil case n notebook

Balang Hello Kitty - dwi fungsi --- boleh jadi tabung gak, pasal kat helmet Kitty tu ada lubang masukkan duit! Bila kala ler si Iman nak menabung ni ....
 Isi perut yang terkandung dalam balang ni. Cuba teka ape?

Yeaaa ... jelly pelbagai perisa!

Tuesday, December 14, 2010

HEPI BESDAY IMAN!

Salam,

Hari ini --- 14.12.2010 adalah birthday Iman. Sekejap jer dah 7 tahun. Next year dah darjah 2! Sekejap betul rasa masa berlalu. Pagi nie dia dah sengeh2 mcm kerang busuk, tanya bila nak buat hari jadi dia? Bila nak beli kek? Bila Aunty Ija nak balik? Banyaknye soalan ....

Semalam jiran akak, Cik Ani beri Iman hadiah birthday ..... pensel warna swan stabilo - 36 pieces!!! Senyum kambing Iman! Dah merayu kat akak nak bawak gi sekolah bila start Darjah 2 nanti. No no no .... jawabnye memang tak panjang ler umur pensel warna tu, mau pegi sekolah penuh sekotak, balik dah tinggal separuh!!! Nangis akak, pensel warna brand tu dah ler mahal .....

Anyway, N3 kali ni nak flash back gambo Iman masa kecik2 dulu, dari tak pakai cermin mata sampai ler sekarang ni .... layannnnzzzz ...............
Full version, boleh akses di fb akak under Nureen Imannnina's Album ...


Umur setahun lebih - belum mula pakai cermin mata
Premature - hampir masuk usia kandungan 7 bulan!

Umur 1 tahun 8 bulan - mula pakai cermin mata

Gigi dah mula penuh

Puting dan busuk rabbit tak boleh dipisahkan!

Dah mula pandai posing!

Raya kat rumah mummy ngan payung kecik

Iman and Aunty Ija (my sister)

Posing kat bilik Aunty Ija

Happy day!

Garu-garu, gatal ke Iman?

Kat bilik Aunty Ija

Iman dan Shin Chan

Iman and teddy

Iman and Cik Pah

Iman and Nurul

Iman - gambar terkini di apartment Aunty Ija

HAPPY BESDAY TO U IMAN!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...