Monday, December 6, 2010

SARAPAN PAGI BERKHASIAT


Salam,

Memandangkan akak dah mulakan cara pemakanan yang sihat seperti yang disarankan, ni akak nak share breakfast yang sihat untuk sume.

Last Saturday, akak buat sandwich sardine. Senang jer, yang penting sayur mesti lebih. Jom lah cuba, amalkan cara pemakanan yang sihat, barulah hidup ni boleh hepi ... ye ke? Bunyinye macam terseksa jerrr ....


SANDWICH SARDINE

Bahan-bahan:-
  • 1 tin kecil sardin - akak biasa guna jenama Ayam n Marina.
  • 1 sudu kecil margerin
  • 1 sudu kecil mayonis
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • Roti wholemeal
  • Margerin @ mentaga
  • Salad
  • Tomato - potong nipis bulat
  • Timun - hiris nipis
  • Lada sulah
  • Garam halus (fine salt)
Cara-cara:-
  • Ambil isi ikan sardin sahaja dan masukkan dalam mangkuk. Buang tulang ikan dan hancurkan isi ikan menggunakan garfu.
  • Masukkan lada sulah, mayonis dan margerin. Gaul rata. Jika tawar, tambah sket garam halus.
  • Masukkan bawang dan tomato. Gaul rata dan ketepikan.
  • Bakar roti seketika menggunakan non-stick pan atau toaster.
  • Sapukan lapisan nipis margerin@mentega pada roti.
  • Sapukan aduanan sardin pada roti.
  • Letakkan timun, salad dan tomato. Lapikkan dengan 1 keping roti yang telah dibakar dan disapu dengan margerin atau mentega.
  • Potong dua roti, sama ada serong atau menegak.
  • Hidangkan bersama hidangan lain sebagai sarapan atau minum petang.

Hidangan sampingan untuk sarapan adalah cereals dan telur separuh masak. Nuu gambo kat atas tu, akak susun tupperware atas meja ... pak we akak kata : Pagi ni kita sarapan tupperware ke????


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...