Salam sejahtera sume,
Kepada yang masih belum berserapan, jomlah rasa nasi goreng akak ni, kalau tak sempat nak masak pagi2 buta yang celik tu, petang ni pun buleh. Orang tua2 cakap, kalau dah teringin, jangan lengah2, nasi goreng ni mudah kempunan kalau asyik teringat jer ... kang tersepak tunggul ke, batu ke, mozek ke, sapa yang susah .... diri sendri jugaaa ....
Bahan-bahan :-
- 1 1/2 pot beras yang telah dimasak menjadi nasi
- 7 batang lada merah
- 1 sudu besar bawang putih kisar*
- 5-6 sudu besar bwang merah kisar*
- 1 labu bawang besar - mayang kasar2
- 1 genggam ikan bilis yang telah dising bersih - rendam sekejap
- 2 biji telur
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak
Cara-cara :-
- Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda *. Goreng sehingga naik bau.
- Masukkan lada, bawang besar dan ikan bilis yang telah ditumbuk kasar2, @ boleh gak ditumbuk hingga lumat. Goreng hingga garing.
- Masukkan telur, biar seketika agar telur mengeras, kacau dan masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul lagi hingga rata.
- Masukkan nasi, gaul rata. Hidangkan dalam pingga yang sesuai, tabur ngan daun sup atau daun bawang serta bawang goreng.
Kalau teringin sesangat, baik korang masak nasi goreng ni petang ni gak !!!
No comments:
Post a Comment