Monday, December 6, 2010

SUP SAYUR MAKARONI


Salam sejahtera sume,

Sejak2 balik kursus ni n dah kena psycho pasal makanan, akak kena think positive tentang makan!

So ari Jumaat lepas akak masak sup makaroni yang rasanye dah lama betul akak tak try masak. Sup ni senang jer, semuanye main rebus, tak yah tumis2 ..... Jom tengok resepi mudah ni ....


SUP SAYUR MAKARONI

Bahan-bahan :-
  • 1 cawan makaroni - any pattern will do!
  • 1/2 cawan daging rebus @ isi ayam
  • Bunga kobis*
  • Capsicum - merah, hijau & kuning - 1 cawan*
  • Brokoli*
  • Tomato - saiz kecil - potong 6*
  • 1/2 kiub ayam @ daging
  • 1 labu bawang besar - potong 6
  • 1 camca teh bawang putih kisar
  • Lada sulah
  • Garam
  • Air
  • Daun sup & daun bawang
  • Bawang goreng
  • Lada kicap - cili padi atau cili merah
Cara-cara :-
  • Rebus makaroni hingga kembang dan empuk. Toskan dan ketepikan.
  • Masukkan 1 liter air dan bawang besar dalam periuk dan biar mendidih.
  • Masukkan bawang putih kisar, lada sulah, kiub ayam @ daging.
  • Masukkan isi ayam @ daging (yang telah direbus).
  • Masukkan garam dan makaroni.
  • Masukkan semua jenis sayuran bertanda *, biar seketika dan padamkan api.
  • Angkat dan hidangkan. Tabur dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
  • Jika suka pedas boleh makan dengan lada kicap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...