Tuesday, December 14, 2010

DAGING MASAK KICAP

Salam n Selamar Pagi sume,

Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik dari hari semalam, InsyaAllah! Yea, macam mana mood hari ni, ada ok ka? Akak hari ni rasa macam ok sket dari semalam, nak hepi kena selalu fikir positif kan??? Betul, tak caya cuba ler, rasa macam sekejap masa berlalu tanpa banyak masalah bersarang dalam kepala .... Cewah berceramah pulakkk .....

Oklah, ari ni nak share resepi yang agak jarang juga dimasak atas sebab .... apa ekk? Yea..... sebab pakwe akak tak berapa suka lauk berasaskan kicap dan juga daging lembu .... kerana .... dia ada darah tinggi .... Tapi dah tak de idea apa nak masak, so, bedal jer ler labu, janji perut kenyang dan tak kosong. Ni lauk kami bertiga berbuka puasa semalam, saje2 jer puasa sunat Senin @ bulan Muharram. So, nielah dia resepinye, kalau nak cuba silalah ....


DAGING MASAK KICAP

Bahan-bahan :-
  • 1/2 kg daging - rebus dan ambil air rebusan untuk dijadikan stok.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 6 sudu besar bawang merah kisar*
  • Halia - hiris nipis2*
  • 1 batang kayu manis**
  • 5-6 kuntum bunga cengkih**
  • 5 biji buah pelaga**
  • 2 kuntum bunga lawang**
  • 2-3 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 labu bawang besar - potong bulat kasar2
  • Capsicum merah, kuning & hijau - potong kasar2 @ boleh guna lada hidup merah dan hijau, belah dua sahaja.
  • 5-6 biji baby carrot
  • 2 biji kentang - belah lapan, goreng dan ketepikan.
  • 5-6 sudu besar kicap manis
  • Daun bawang - racik kasar2.
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak
Cara-cara :-
  • Panaskan minyak. Tumis bahan2 bertanda **. Masukkan bahan bertanda * dan goreng hingga wangi.
  • Masukkan kicap dan lada hitam, biar seketika, kemudian masukkan sos tomato. Kacau rata dan masukkan sedikit stok daging.
  • Masukkan daging, baby carrot dan kentang. Tambah gula, garam dan serbuk perasa. Biar seketika hingga carrot lembut.
  • Masukkan bawang dan capsicum, biar seketika.
  • Angkat, tabur daun bawang dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...