Monday, December 13, 2010

KARI KEPALA IKAN MERAH

Salam sume,

Ya, pagi Isnin yang mulia ni, salam siaran untuk sume. Amacam, hujung minggu ni seronok tak? Akak? Enjoy sehhh ... mana taknye, Sabtu lepas my best friend wedding you .... Kita orang anak-beranak gi Muor .... tapi ... tu nanti akak story, eksklusif lagi gambo akak snap sendiri tau ... sabo yea .....

Ok, ari ni nak share masakan yang pakwe akak suka, tapi akak tak berapa suka, sebab kari ni kurenggg sket lekat kat tekak akak ni ..... takat tumpang jer boleh ler .... Jom, tengok kalau2 resepi akak ni korang boleh pakai .... Akak selalu guna ikan merah, tapi kalau ikan tenggiri pun ok gak, cuma kepalanye ajer kecik tak macam ikan merah, beso kepala, mesti ikan merah ni spesis ikan degil ... hah ngko beso gedabak!!!


KARI KEPALA IKAN MERAH

Bahan-bahan :-
  • 1 ekor ikan merah @ yang sewaktu dengannye ... pastikan kepala ikan dibelah dua.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 6-7 sudu besar bawang merah kisar*
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk*
  • 5-6 sudu besar rempah kari ikan (akak guna rempah Faiza)
  • 5-6 sudu besar lada kering kisar
  • 1 pelepah daun kari**
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar2**
  • 3 biji bawang putih - mayang kasar2**
  • 1 inci halia dimayang halus seperti lidi mancis**
  • Santan - tidak terlalu pekat @ cair
  • Air asam jawa
  • Sayur kobis - kupas kelopak kobis lebih kurang sebesar tapak tangan
  • Sayur bendi
  • Lada hijau - belah dua
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak

Cara-cara :-
  • Satukan bahan-bahan bertanda * dan ketepikan. Rampah kari dibancuh dengan sedikit air agar pekat, ketepikan.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan2 bertanda ** hinga garing dan naik bau. Masukkan bahan2 bertanda * yang telah disatukan tadi, kacau hingga wangi.
  • Masukkan lada kering kisar dan biar hingga garing. Masukkan rempah yang telah dibancuh tadi dan biar seketika.
  • Masukkan Air dan air asam jawa. Biar hingga mendidih.
  • Masukkan ikan dan kecilkan sedikit api. Bila ikan hampir masak, masukkan santan, garam dan serbuk perasa, kacau perlahan.
  • Akhir sekali masukkaan sayuran dan lada hijau, biar seketika dan kecilkan api. Siap, angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba ....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...