Wednesday, February 23, 2011

KARI IKAN KURAU ASIN

Salam sume,

Hari ni amacam? Dah hilang Monday Blues? Dah masuk ari Rabu, takkan masih tak hilang lagi blues clues ...... hahaha ... tu kartun yang anak akak suka nengok, kartun anjing biru bernama blue clues!

Dalam minggu ni agak sibuk skety ler, jadik nak upload N3 pun macam tak berapa nak sempat! Kadang2 bila sibuk ni bagus gak, masalah dalam kepala kurang bersarang, kalau tak berapa nak sibuk, kepala pening asyik fikir masalah! Masalah ni sebenonye bagus ke tak? Tengok gak ler, kalau banyak sangat masalah pun boring gak!

Ok ler, kali ni nak share resepi lauk orang dulu2. Masa kecik2 dulu, mak akak selalu gak masak lauk ni, tapi kalau orang tua2, suka makan isi ikan kurau yang lekat kat tulang! Sedap ngko! Kari Ikan Kurau Masin ni kalau nak masak kenalah rendam ikan kurau asin ni untuk buang masin ikan ni! Air rendaman pun kena kerap ditukar. Masa akak masak lauk ni, akak rendam ikan dari pagi sampai ke petang! Kalau tak mau melambung tinggi tekanan darah lepas makan. Lagi satu supaya tidak terlalu masin kuah kari tu, sebab garam pada ikan asin tu akan meresap ke kuah! Oklah, tanpa membuang masa, mari kita nengok resepinye .....

KARI IKAN KURAU ASIN

Bahan-bahan
  • 2 keping isi ikan kurau asin, kalau besar dan lebar boleh potong kecil sedikit
  • 2 sudu besar rempah kari ikan - bancuh dengan air sikit
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar*
  • 2 sudu besar lada giling*
  • 1 sudu kecil halia kisar
  • 1 pelepah daun kari
  • 1/2 biji bawang besar - mayang kasar2
  • 1 peket santan serbuk - bancuh dengan 1 cawan air
  • 1 cawan air asam jawa - agak2 bila masukkan dalam kuah kari
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Terung - potong 8
Cara-cara
  • Panaskan minyak. Tumis daun kari dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan bahan bertanda * dan halia, dan kacau hingga garing.
  • Masukkan rempah dan kacau lagi hingga garing.
  • Masukkan sedikit air dan air asam jawa.
  • Biar mendidih seketika, masukkan ikan kurau asin dan biar mendidih.
  • Masukkan serbuk perasa dan garam.
  • Masukkan santan dan kecilkan api. Bila hampir masak, masukan terung, biar seketika dan padamkan api.
  • Sedia untuk dihidangkan.
  • Pastikan penggunaan garam di kawal kerana garam dari ikan kurau asin akan menyebabkan kuah kari terasa garamnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...