Wednesday, February 16, 2011

PUDDING ROTI BERLAPIS KOKTEL

Salam sume,

Dah lama tak upload N3. Tak de story laa .... lagi pun macam busy je ..... idea tak de pun tak best gak nak menulis dalam blog ni. Aktiviti masak-memasak pun agak kureng sket pasal stok tak de, kalau ada stok pun, resepi tu dah penah upload, so tak best ler. Kalau boleh nak ler share something new kat sini, orang pun tak boring nak lawat blog kita .... cewah, macam bagus sangat !!!!!!

Ok lah, semalam akak sempat buat puding yang dicedok dari blog SueJ. Pudding ni pada akak sedap, lebih2 lagi ada kuah kastard. Cuma akak kurang beberapa bahan, so belasah jer ler ngan apa yang ada. Kalau korang tengok yang SueJ buat, color kuah kastard tu oren, yang akak buat kalernye kuning sebab tak de esen oren, tapi rasanye sedap jugak! Kalau korang nak try, ambik resepi ni, akak copy n paste dari blog SueJ. Boleh cuba, senang sangat nak buat puding ni, sambil masak lauk pun korang boleh buat! Ok, jangan lupe mencuba yea .......


PUDDING ROTI BERLAPIS KOKTEL

BAHAN-BAHANNYA:
 
PUDING:
  • 8 - 10 keping roti - dibuang kulit tepi
  • 80 gm mentega
  • 50 gm kismis
  • 100 gm buah pic
  • 100 gm buah koktel
  • 50 gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 3 cawan susu segar
SOS KASTAD:
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepung kastad
  • 2 s/b gula
  • Sedikit pewarna oren
CARA-CARANYA:
 
PUDING:
  • Roti dipotong kepada 3 segi kecil.
  • Susun roti dalam bekas bersesuaian yang telah disapu sedikit mentega, taburkan kismis, fruit cocktail, buah pic dan sebahagian daripada gula.
  • Lebihan roti pula disapu dengan mentega pada kedua-dua bahagian roti.
  • Susun di atas buahan tadi dan taburkan lebihan gula.
  • Didalam bekas yang lain, pukul telur dan susu segar, kemudian tuang kedalam loyang perlahan-lahan.
  • Rehatkan selama 30 minit, kemudian baru dibakar selama 30 minit pada suhu 190c.
  • Bila puding masak, biarkan sejuk barulah dipotong.
SOS KASTAD:
  • Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak diatas api sederhana sambil dikacau sehingga mendidih dan nampak pekat, angkat dan sejukkan.
  • Tuang atas puding yang telah dipotong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...