Wednesday, February 2, 2011

TUMIS AIR CENDAWAN TIRAM

Hai hai hai,

Sejak musim hujan ni, makan yang panas2 memang syok kan? Terima kasih ler kat Mat Gebu yang share resepi ni! Dah pernah buat sebelum ni, tapi bila MG publish resepi ni, tetiba teringin lak nak makan sup panas2! So semalam akak pun masak ler sup ni, cuma akak tambah sos tiram dalam sup ni, kasi ada rasa manis sket ...... Senang jer masak sup ni, sambil tido pun boleh masak ..... tapi tak dapek ler makan, sebab masak dalam mimpi .... kwang kwang kwang .....



TUMIS AIR CENDAWAN TIRAM
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram cendawan tiram, potong, cuci dan toskan
  • 5 - 6 batang jejari ketam, kerat 4 setiap batang
  • Air secukupnya
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 kiub ayam "MAGGI" @ boleh guna stok ayam..
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Hirisan daun sup untuk hiasan, tak letak sebab tak de
  • Bawang goreng untuk hiasan, tak letak sebab tak de
CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan air secukupnya (anggaran 600 ml). Bila mendidih masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam.
  • Tambah cendawan tiram dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan jejari ketam tadi, matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng semasa menghidang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...