Salam Sume,
Hai, pagi ni masih ramai lagi ke yang keje? jalan raya dah lenggang dari Skudai menghala ke JB. main teng-teng atas jalanraya pun boleh ...... Ramai yang dah balik kampung, ambil peluang sempena cuti Tahun Baru Cina ni .... Akak tak dapek ler nak cuti sakan, sebab hujung minggu ni pak we akak kena keje, ari Senin n Selasa minggu depan baru dia off-duty! Tak pe ler .... lagi pun memang tak de plan nak ke mana2 pun, haaa .... boleh ler try resepi baru kat umah nanti! Itu pun kalau mood rajin datang .....
Kali ni nak share resepi simple aje, ari tu tengok Mat Gebu buat roti celup telur ni, rasa teringin lak, kebetulan stok roti pun dah lama tersadai kat umah tu, apa lagi ... projek pun on ler ....... Ok jom nengok resepi ni .....
ROTI CELUP TELUR
Bahan-bahan
- Roti sandwich secukupnye - potong serong
- 1 labu bawang holland - cincang atau potong dadu kecil2*
- 1 batang lada merah dan lada hijau - potong nipis2*
- Sedikit lada sulah*
- Lebih kurang 1 sudu besar sos tiram*
- 4 biji telur ayam saiz sederhana
- Garam*
- Serbuk perasa*
- Minyak
Cara-cara
- Pecahkan telur dalam bekas yang sesuai untuk mencelup roti.
- Masukkan bahan bertanda * dan pukul rata dengan garfu.
- Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak.
- Celup roti dengan bancuhan telur. Cedukkan bawang dan lada atas permukaan roti.
- Balikkan roti dan goreng hingga masak. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment