Monday, February 7, 2011

ROTI POKET

Salam,
Ni N3 ringkas jer, mata ngatuk aaaa ..... 

Jumaat lepas akak try buat roti ni, sedap ngko makan panas2! Tapi inti tu akak tak ikut resepi MG, akak ubah sebab stok tak de, jadi guna apa yang ade je, janji kenyang dan sedap! Moh try buat .....

ROTI POKET

BAHAN ROTI :-)
6 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
1 biji telur, pukul sedikit
Secukupnya serbuk roti, mat guna kaler kuning

BAHAN INTI :-)
2 keping daging burger, hancurkan
1 biji bawang holland saiz sederhana, cincang
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar rempah kari daging
1 pokok daun sup hiris
1 camca teh kicap cair
1/3 cawan air

INTI BUAT SENDIRI :
  • 3 kentang - kupas kulit, potong dadu
  • 3 biji telur ayam*
  • 1 biji bawang holland - potong dadu*
  • Lada sulah*
  • 1 sudu besar sos tiram*
  • Garam*
  • Serbuk perasa* (satukan semua bahan ini)
  • Tomato - potong nipis untuk hiasan
  • Panaskan minyak, goreng kentang hingga kuning, masukkan bancuhan * dan kacau hingga garing.
BAHAN LAIN :-)
Hirisan halus kobis
Hirisan timun
Hirisan tomato (tak letak sebab tak de)
Sos pilihan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan gaul rata. Tuang sedikit air dan kacau rata. Masukkan daging burger yang telah dihancurkan, kacau. Tuang baki air dan masukkan serbuk lada hitam dan kicap cair. Masak hingga kering, rasa dan jika ok matikan api. Masukkan daun sup dan gaul rata. Ketepikan.
  2. UNTUK ROTI :- Ambil dua keping roti, tindihkan, kemudian canai hingga leper, potong bentuk bulat (mat tekan guna tupperware bulat saiz 4 inci), alihkan dan buat kaedah sama pada baki roti tadi. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup roti tadi dalam telur, kemudian golekkan atas serbuk roti sehingga bersalut. Goreng hingga kuning keemasan, masa ni roti akan melembung membentuk poket. Angkat dan toskan.
  3. UNTUK ROTI POKET :- Belah dua roti tadi, kemudian kemaskan poketnya, susun timun, kemudian tomato dan kobis. Akhir sekali isikan dengan intinya, paip sos kegemaran dan hidangkan segera....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...