Tuesday, July 26, 2011

KARI AYAM


Salam dan selamat pagi sume,

Hai, morning everybody ......amacam semalam? Indah? Seronok? Bagi akak semalam yang dah berlalu tak perlu dikenang, hari ini yang perlu dihadapi dengan penuh ketabahan. Semakin hari dugaan yang datang tak terduga, harus kuat dan tabah untuk mengharungi masa mendatang, bijak berfikir lebih mulia dari bijak berbicara tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain ....

Cewahhh ... apasal pagi ni macam jiwang berkarat jer ????? Pasal semalam kena ceramah ngan big boss yang ntah apa2 jer .... Untuk berubah bukan sekadar mendengar pandangan orang lain, tapi menghayati kenapa kita dipandang sedemikian rupa oleh kebanyakkan orang dan memilih untuk berubah bukanlah satu keputusan yang mudah! Boleh berubah, tapi mampu tak kita mengekalkan perubahan yang kita laksanakan supaya perubahan itu dilihat sebagai sesuatu yang positif dan bukan berubah untuk dipandang mulia dan mendapat pujian dari orang lain ...... Yang penting niat perlu diperbetulkan. Insya allah kita akan menjadi yang lebih baik dari yang kita harapkan .... Itu ulasan ringkas mengenai kes semalam yang berlaku kat ofis ni .....

Tulah sebabnya nape akak suka sangat bila tiba ari Jumaat, duduk ofis ini buat pening kepala jer. Namun amanah perlu dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas. Yang penting kita tahu apa kita perlu dan patut buat sebagai seorang pekerja dengan penuh rasa tanggungjawab!


Dah ler ... tak nak cite lagi pasal ofis, buat potong stim nak cakap pasal makan-makan jer .... betul tak??? Kat blog ni kita nak hepi2 ........
Wokehhh .... masih kisah semalan, tapi pasal menu ..... Kari Ayam! Akak sebenonye tak suke sangat kari, tapi pasal dah lama tak masak, so teringin lah pulak! Bila dah masak, nak makan tu selera tak datang ler pulak, sudahnye suapkan si budak Iman makan jer ........ bukan pasal lauk ni tak sedap (cewah, tak ngaku ler pulak ....) tapi pasal perut ni macam kenyang semacam jer .... tapi pakwe akak bertambah makan nasi semalam, mana tak nye, ada ikan sepat masin dan sambal belacan, laju jer dia soruuuu ...... Jom, kita tengok resepi ni, kalau suke nak cuba, boleh ler ambik resepi ni, lain kali pun boleh try ......


KARI AYAM
  • 6 ketul isi ayam
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4 sudu besar bawang merah kisar*
  • 2 sudu besar lada giling kisar - kalau tak suke pedas, boleh kurangkan atau tak yah letak langsung
  • 1 sudu teh halia kisar *
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 labu bawang besar, mayang kasar2
  • 2 sudu besar rempah kari daging, bancuh ngan sikit air
  • 1 pelepah daun kari
  • 1 mangkuk kecil santan pekat
  • 6 sudu besar air asam jawa
  • 1 mangkuk kecil air
  • 1 biji kentang potong kecil
  • 1 biji tomato potong 8
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis


Cara-cara
  • Panaskan minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bawang mayang, goreng hingga wangi.
  • Masukkan daun kari dan bahan bertanda * dan goreng hingga garing. Masukkan lada giling dan biar hingga pecah minyak.
  • Masukkan rempah kari, gaul dan biar seketika.
  • Masukkan kentang dan air, biar seketika. Masukkan air asam dan ayam, dan masakkan hingga ayam dan kentang agak empuk.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa dan juga santan pekat. Gaul rata dan kecilkan api supaya santan tidak berbintil dan kuah kari kelihatan cantik.Akhir sekali masukkan tomato dan biar sektika, padamkan api.
  • Angkat dan sedia untuk hidangan bersama nasi, roti dan pilihan yang lain.

Monday, July 25, 2011

PLAIN VANILLA MUFFIN



Salam,

Hai ... hujung minggu lepas akak berjaya melaksanakan aktiviti membaking. Dah lama tak membaking, jadi atas alasan nak try test power oven yang akak baru beli, makanye akak pun cubalah buat muffin mudah ni .....


Memang tak mengecewakan, tapi akak agak kecewa sebab butter hanya cukup untuk 1 aduanan ajer, jadik akak pun putar ler mixer tu....... jeng jeng jeng ......


Memandangkan akak beli mixer n oven tu sekali , makanya mixer tu pulak tak leh nak putar kalau adunan sikit sangat, butter and gula mcam tak kembang jer ... tak pasal-pasal kena tambah ngan margerin .... belasah jerlah labu ...... tapi tekstur muffin ni masih lembut .... cuma rasa lemak menteganye nyer tu kureeengggg ler ......


Manisnye tu pun sedang elok jer ...... akak pernah buat sekali dulu, kali ni kira repeat ler .... dah buat 2 adunan, jadiknye pun selambak ler, yang akak snap gambo tu cuma sebahagian jer, ada sedulang lagi .... bayangkan ler dapat 77 cup saiz kecil untuk sekali bakar jer ....... Puas jiran sekeliling umah akak beri, simpan bebanyak pun nanti tak abis, sedekah lagi bagus!


Sebab tak de jem strawberry, maka akak guna jem apple yang akak beli untuk hubby akak. Dia tak makan pun jem ni so akak tibai buat kuih ..... jem ni untuk orang diabetik, so bebudak pun kurang ler nak makan jem yang agak masam dan tawar ni, jadik dari buang, baik di buat kuih ... ye tak? Satu lagi akak potong dadu buah pic yang berbaki masa buat pudding last week, so ada 2 perisa .... apple and pic!


PLAIN VANILLA MUFFIN
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan susu segar (mat guna susu cair)
1/2 camca besar esen vanilla
Kepingan badam*
Strawberry jem*(*optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Atur paper cup dalam tin muffin atau gunakan muffin cup jenis keras. Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam paper cup atau muffin cup tadi. Tabur badam dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan.
  3. UNTUK STRAWBERRY MUFFIN :- Sudukan 1/2 camca teh strawberry jem (kalau dapat jem yang kurang gula), taburkan badan keping dan bakar hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang....

Makanye, inilah kuih yang terjadi hasil dari bahan yang dah tingal koretan ..... jem dan buah pic tu akak just sudukan atas muffin sebelum dibakar ..... kalau daha gambo tu, yang hujung sana tu perisa pic, dan yang sebelah sini adalah perisa apple. I like apple flavor rather than pic ... Anyaway u all boleh taruh any flavor yang u all suka, pandai-pandai ler begekan untuk tekak masing2 yea.........


Last but not least ...... Selamat mencuba .........


NASI GORENG KAMPUNG


Salam siaran sume ....

Mukadimah pagi ..... lesung dan alu nye ..... ngeri ke? Itulah, kalau masuk blog kaki masak, semua gambo nak dimasuknye, nasib abik batu giling tak de, tapi kat umah mak akak masih ada batu giling, dah tak digunakan pun, jadik bahan sejarah jer ler .... lagi pun zaman sekarang ni mana ada orang India yang datang dari rumah ke rumah untuk tajamkan batu giling, zaman akak kecik2 dulu ade ler, tu pun kalau India tu datang masing-masing sembunyi, takut! Itu kisah zaman kanak2, sesekali mengimbau kenangan silam ni kekadang ketawa sendiri, tapi pada akak itulah memori yang menarik pernah akak lalui ...... tinggal kenangan!

Oklah, kali ni nak share masakan mudah yang sume pun tau cara nak memasaknya, cuma style kita mungkin berbeza! Nasi Goreng Kampung! Akak kalau bab nasi goreng ni, yang mak masak juga tak leh lawan ngan mana-mana orang lain masak! Darling akak pun cakap yang sama. Tapi sebab kita orang nak makan, takkan nak suruh mak gak masak, so masak ler jugak, cuma rasanye tak ler sama .... Bahan utama sudah pastinye lada hidup merah dan hijau serta sedikit cili padi!


Pada kebiasaannye, akak kalau goreng nasi goreng kampung, tak letak sayur mayur pun, tapi last week mak akak beri sawi nak dekat 2 kilo, budak jual sayur kat KIP Mart Tampoi beri kat dia, mana nak ditujukan sayur ni????? Tu yang akak modify nasi goreng kampung kali ni ......

Tapi yang pastinye, tetap beres ....... Iman kata sedap, cuma pedas sikit jer pasal bubuh cili padi! Dia makan nasi goreng ni sambil tonton bola, Malaysia vs Singapore, budak tu sokong Singapore lah pulak! Tak faham betul!  Satu rumah sokong Malaysia, dia sorang lak lain sket! Oklah, jangan buang masa lagi, sila lah tengok resepi ni, kalau suke boleh followwwwwwwwwww ......

NASI GORENG KAMPUNG
  • 3 cawan beras - masak macam biasa untuk jadikan nasi putih. Siap masak, ketepikan.
  • 3 batang lada hijau - tumbuk halus
  • 2 batang lada merah - tumbuk halus
  • 5 batang cili padi - tumbuk halus
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar-kasar
  • 2 biji telur
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis - tumbuk halus
  • Sayur sawi - potong kecil2
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara
  • Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk halus hingga garing dan wangi.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, gaul rata.
  • Masukkan telur, biar seketika dan kacau apabila telur mula mengeras.
  • Masukkan nasi dan sayur sawi, kacau rata-rata.
  • Angkat dan hidangkan.

Senangkan!?????? Dah siap, bolehlah dihidangkan bersama sayur ulam yang lain seperti salad, timun dan tomato. Taburkan ikan bilis goreng dan bawang goreng jika suke. Ok selamat mencuba, senang dan sedap dimakan masa panas2 ..... Jemput makan semua ....


Friday, July 22, 2011

UDANG LEMAK JINTAN MANIS

Salam sume,

Horeyyyy ari ni dah Jumaat .............. esok cuti! Rasanye macam penat dah seminggu kerja, tak sabo nak cuti esok. Bukan dapat rehat pun, tapi 2 hari tak pikir pasal ofis cukup bermakna buat akak!!!! Nampak noooo pemalas, ni kalau boss tau ni, gelap ler masa depan ku ........

Ok ler, hari ni akak dah atur aktiviti kerje, termasuk waktu rehat Jumaat nanti ingat nak sambung buat puding kasih bertaut! Kali ni buat untuk sumbang kat jiran sebelah sebab dia buat kenduri, dan akak tak dapat nak datang sebab ada hal uruskan anak tusyen, and may be adik akak di KL nak balik JB ari ni! So agenda minggu ni packed!

So .... jangan buang masa! Meh nengok lauk akak malam semalam! Sedap tak? Koran tak yah jawab sebab korang tak dapat rasa lauk ni kan!!! Bior akak yang jawab! Memang sedapppppp! Thumbs-up untuk lauk ni. Darling akak pun kata sedap, bertambah2 dia makan semalam. Actually lauk ni memang sedap, haaaa .... tu baru guna udang biasa jer, kalau Mat Gebu guna udang galah kaki merah lagi, mau tak sedapnye! Tapi kita orang makan lauk ni tak ler sampai pengsan umpama penghujung ayat pada resepi Mat Gebu ni, tapi makan lauk ni ngan sambal belacan, ikan kering sepat dan sayur goreng dah cukup menyelerakan. Kepada yang nak mencuba, silakan, ni akak copy n paste resepi dari blog Mat Gebu yang dia sendiri pun ambik resepi ni dari Kak Ummi Kuantan. So mana2 blog pun korang boleh cuba browse nanti. Tapikan akak tambah sikit gula dalam masakan ni, bebudak tak tahan pedas sangat! Ok mari mulakan ........

  
UDANG LEMAK JINTAN MANIS
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor udang galah (mat guna udang kaki merah @ udang pengantin)
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/4 biji nenas madu, dihiris
1 tangkai cili hijau, belah 4
5 tangkai cili padi, diketuk
Garam secukup rasa (mat tambak secubit gula)
Sedikit minyak untuk menumis

  
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
2 camca teh jintan manis
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris halus
2 cm kunyit hidup


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat kaki2 kecil dan juga kotoran di kepala udang, cuci dan toskan. Nenas dihiris serong sederhana tebal.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga pecah minyak. Masukkan santan cair, kacau dan bila mendidih, masukkan hirisan nenas. Kemudian udang, masak hingga udang bertukar warna.
  3. Masukkan santan pekat, cili padi dan cili hijau. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman....Pengsannnn >__<

Wednesday, July 20, 2011

SIAKAP @ KERAPU MASAK TIGA RASA

Salam sume,

Hai, hai, hai ........ minggu ni terajin lah pulak upload N3, tapi tak pe ..... waktu senggang jangan diabaikan begitu sahaja .......

Tapi tak leh nak ngomel panjang, ada keje sedang menanti! Minggu ni tekak isi rumah semuanye nak makan yang lain dari biase, jadik 2-3 hari ni masakannye macam spesel, tapi tak taulah orang lain, mungkin dah biase makan mende-mende macam ni, kita orang sekali sekala boleh ler ...... 

Ok, kalau ada ikan siakap @ kerapu dalam peti sejuk tu, bolehlah cuba masakan ni .... kalau kat warong tu, makan ramai-ramai macam tak cukup-cukup ..... ni makan kat umah balun cukup-cukup!!! Wokehhh, jom nengok resepi senang ni ......


SIAKAP @ KERAPU MASAK TIGA RASA
  • 1 ekor ikan siakap@ kerapu - belah dua memanjang, jangan putus. Cuci bersih dan toskan.
  1. Lumur ikan yang dah ditoskan dengan garam, serbuk perasa dan lada sulah. Lepas rata dilumur, bedakkan dengan tepung jagung serata ikan bahagian depan dan belakang.
  2. Panaskan minyak untuk deep fry dengan api yang besar. Bila minyak betul2 panas, masukkan ikan dan goreng hingga garing. 
  3. Angkat dan ketepikan.


Bahan untuk sambal :-
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4 sudu besar bawang merah kisar*
  • 6 sudu besar lada kering kisar
  • 5 batang cili padi - belah 2
  • Sedikit halia kisar (1 sudu teh)
  • 1 batang carrot - potong lidi mancis
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 1 biji tomato buah - potong 8
  • 2-3 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula 
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara
  • Panaskan minyak. Masukkan bahan bertanda * dan biar hingga wangi.
  • Masukkan bawang besar dadu, cili padi dan lada kering kisar, gaul rata dan masak hingga garing dan terbit minyak.
  • Masukkan tomato sos dan sos tiram. Gaul rata dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
  • Masukkan carrot dan tambah sedikit air jika sambal terlalu pekat.
  • Biar seketika dan angkat untuk hidangan.
  • Letakkan ikan dalam pinggan yang sesuai dan curah sambal mengikut kesesuaian. Sambal yang lebih boleh disimpan dalam freezer untuk kegunaan di masa akan datang. Tapi kalau nak simpan dalam freezer, pastikan sambal tidak dicampurkan dengan carrot dahulu semasa memasak tadi, asingkan sedikit.


Masakan sedia terhidang untuk di santap! Sila, jemput makan semua .....


APAM GULA HANGUS LAGI .....

Salam siaran sume dan selamat pagi .....

Hari yang indah dan cerah ...... aaaaaahhhhhh ...... seronoknya dah ari Rabu, esok Khamis, lusa Jumaat, lepas tu boleh rehat 2 ari ..... ye ke? Selalunye bagi orang yang bekerja macam akak ni, hujung minggu ler berhempas pulas kemas rumah pasal dah 5 hari rumah tak dikemas dengan jayanye .....

Sekarang ni musim kenduri ...... banyak jemputan kenduri sempena Syaaban. Kenduri arwah sana sini, cuma larat ngan tak larat aje kita nak pergi undangan tuan rumah ...... This time akak nak share resepi kuih yang akak dah pernah buat sebelum ni, tapi ari tu jiran akak nak tempah kuih ni! Aik, tetiba plak bukak bisnes jual kuih!???? Akak pun buat ler, jadik inilah kali pertama akak berniaga kuih sepanjang hayat akak ...... satu permulaan yang bagus, tapi kena berhati-hati ...... Resepi kuih ni akak dapat dari blog Hanamemories ... tak sia-sia mencuba dan memanjangkan rezeki ni pada jiran tetangga ..... rupa-rupanye ada rezeki lain yang datang ......

Oklah, pada yang nak cuba resepi ni, silalah ambil, akak copy n paste dari blog Hana, mudah-mudahan pahala berkongsi ilmu turut dipanjangkan buat Hana .... Selamat mencuba!


APAM GULA HANGUS
Sumber : HanaMemories
Source : Kak.Hanieliza

Bahan-bahan
  • 1 gelas gula – untuk dijadikan gula hangus
  • ½ gelas air
  • ½ gelas gula
  • 3 biji telur
  • 1 gelas santan atau susu segar
  • 2 ½ gelas tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat - hana buh 1sk je
  • garam sedikit dan butter dua sudu besar - yg nih hana tambah
Cara-cara
  • Panaskan kukusan.
  • Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
  • Untuk membuat gula hangus - masukkkan gula ke dalam kuali masak hingga keperangan, kemudian masukkan air. Kacau sebati, kemudian masukkan butter dan sejukkan sebentar.
  • Pukul telur dan gula sehingga naik dan kembang.
  • Masukkan gula hangus dan campuran tepung gandum bersama soda bikarbonat.
  • Masukkan santan atau susu segar dan gaul rata.
  • Masukkan adunan kedalam acuan apam atau loyang yang telah dilengser dengan minyak. Kukuskan selama 10 ­ 15 minit.
  • Sejukkan dan keluarkan dari acuan atau dipotong. Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, July 19, 2011

NASI GORENG PAPRIK

 
Salam sume,
Hai! Macamana mood pagi ni? Ok kan ....... mesti hari Selasa datang keje mood dah ok, kalau Isnin selalu dapat jolokkan Monday Blues, takkan Selasa pun ada jolokkan gak, korang nak namakan dengan warna apa plak??? 

Dalam tak diam, cuma tinggal beberapa hari jer lagi nak puasa kan? Dah habis bayo ganti puasa untuk yang pompuan tu? Yang lelaki plak kalau ada yang ngelat tak puasa tahun lepas, tak reti2 nak menggantikannya .... bukan orang pompuan aje yang cuti, orang lelaki pun nak sama cuti masa bulan puasa ke? Puasa bukannye selalu, dalam 1 tahun cuma 1 bulan aje ......Lagi pun ramai2 puasa kan meriah, bazaar ramadan pun khas didirikan untuk meraikan ramadan untuk mereka memilih makanan dan peluang meraih rezeki. Tapi akak jarang gi bazaar ramadan, nanti beli banyak2 sudahnye tak makan pun, masa lapo tekak ni macam naga ... semua nak makan!


Ok, siaran kali ni nak share masakan Nasi Paprik! Si Iman sangat suke masakan ni, siap tanya lagi pagi tadi .... lauk semalam tu ada lagi tak? Kalau makan kat warung pun dia akan order masakan ni .... so akak pun cari ler resepi ni, kebetulan dapat dari seorang rakan kat ofis ni, so akak cube lerr ..... memang tak mengecewakan! Senang pun senang, sebab dah ada campuran sayuran dalam main dish! Cuma tambah ngan sayur ulam jika gemarkan sayuran tambahan ...... Ok ler ... meh nengok resepi ni, kalau nak cuna petang nanti pun masih sempat nak membeli barangan keperluan ni .....


NASI GORENG PAPRIK

Bahan untuk nasi :-
  • 2 scoop beras - masak nasi macam sukatan beras masing-masing untuk dijadikan nasi putih biasa. Bilas siap masak, biarkan seketika.


Bahan untuk lauk paprik :-
  • 4 ketul daging ayam - ambil bahagian isi dan potong kecil2.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4-5 sudu besar bawang merah kisar*
  • 2 batang serai - dititik
  • 6 sudu besar lada kering kisar
  • 7-8 batang cili padi - belah dua
  • 1 paket putih jagung - potong serong
  • 5 batang kacang panjang - potong 1 inci panjang
  • 1 mangkuk kecil bunga kobis
  • 1 batang lobak merah - potong lidi mancis
  • 1 biji tomato buah - potong lapan
  • 5 helai daun limau purut - koyak kasar2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomoto
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
  • Sedikit air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara
  • Panaskan minyak.
  • Tumis serai dan bahan bertanda *. Goreng hingga wangi, masukkan cili padi.
  • Masukkan lada kering kisar dan masak hingga terbit minyak dan bau wangi terbit. Masukkan daun limau purut dan bawang besar mayang.
  • Masukkan sos tomato dan sos tiram, gaul rata dan perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula.
  • Masukkan isi ayam dan biar empuk seketika. Tambahkan sedikit air untuk dapatkan kuah.
  • Bila ayam dah empuk, masukkan sayuran, gaul seketika, dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

* Lauk nasi paprik ni mesti ada rasa pedas, masam dan manis yang tidak keterlaluan.

Lebihan kuah pada kuali digaulkan dengan nasi putih yang dimasak tadi. Kalau kurang kuah, ambil sedikit kuah pada lauk paprik dan gaul pada nasi rata2. Angkat dan hidangkan.

Senangkan! Sesekali tukar selera apa salahnya ..... darling akak kata .... ni kalau makan kat luar ni tak kurang RM 40.00 ..... sejuk hati ada orang yang hargai masakan kita ..... tak gitu kaum ibu sekelian?????


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...