Friday, July 22, 2011

UDANG LEMAK JINTAN MANIS

Salam sume,

Horeyyyy ari ni dah Jumaat .............. esok cuti! Rasanye macam penat dah seminggu kerja, tak sabo nak cuti esok. Bukan dapat rehat pun, tapi 2 hari tak pikir pasal ofis cukup bermakna buat akak!!!! Nampak noooo pemalas, ni kalau boss tau ni, gelap ler masa depan ku ........

Ok ler, hari ni akak dah atur aktiviti kerje, termasuk waktu rehat Jumaat nanti ingat nak sambung buat puding kasih bertaut! Kali ni buat untuk sumbang kat jiran sebelah sebab dia buat kenduri, dan akak tak dapat nak datang sebab ada hal uruskan anak tusyen, and may be adik akak di KL nak balik JB ari ni! So agenda minggu ni packed!

So .... jangan buang masa! Meh nengok lauk akak malam semalam! Sedap tak? Koran tak yah jawab sebab korang tak dapat rasa lauk ni kan!!! Bior akak yang jawab! Memang sedapppppp! Thumbs-up untuk lauk ni. Darling akak pun kata sedap, bertambah2 dia makan semalam. Actually lauk ni memang sedap, haaaa .... tu baru guna udang biasa jer, kalau Mat Gebu guna udang galah kaki merah lagi, mau tak sedapnye! Tapi kita orang makan lauk ni tak ler sampai pengsan umpama penghujung ayat pada resepi Mat Gebu ni, tapi makan lauk ni ngan sambal belacan, ikan kering sepat dan sayur goreng dah cukup menyelerakan. Kepada yang nak mencuba, silakan, ni akak copy n paste resepi dari blog Mat Gebu yang dia sendiri pun ambik resepi ni dari Kak Ummi Kuantan. So mana2 blog pun korang boleh cuba browse nanti. Tapikan akak tambah sikit gula dalam masakan ni, bebudak tak tahan pedas sangat! Ok mari mulakan ........

  
UDANG LEMAK JINTAN MANIS
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor udang galah (mat guna udang kaki merah @ udang pengantin)
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/4 biji nenas madu, dihiris
1 tangkai cili hijau, belah 4
5 tangkai cili padi, diketuk
Garam secukup rasa (mat tambak secubit gula)
Sedikit minyak untuk menumis

  
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
2 camca teh jintan manis
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris halus
2 cm kunyit hidup


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat kaki2 kecil dan juga kotoran di kepala udang, cuci dan toskan. Nenas dihiris serong sederhana tebal.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga pecah minyak. Masukkan santan cair, kacau dan bila mendidih, masukkan hirisan nenas. Kemudian udang, masak hingga udang bertukar warna.
  3. Masukkan santan pekat, cili padi dan cili hijau. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman....Pengsannnn >__<

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...