Monday, November 1, 2010

BISKUT SUJI BADAM

Hai,

Yang ni juga biskut raya 2010. Yang ni yang kedua sedap. Yang sedap sekali akan menyusul selepas ini. Biskut ni akak dapat dari blog FRD, tapi bila nak cuba masuk minggu lepas, dia dah sekat lak, for registred members only! Tu yang leceh tu ..... Yang akak suka pasal biskut ni, senang, dan tak guna butter, guna minyak jagung ..... cuba dik, nyesal kalau ngko tak cuba!

BISKUT SUJI BADAM KAK INTAN

Bahan-bahannya
  • 1 kg tepong gandum
  • 350 gm badam, dikisar
  • 400 gm gula halus ( gula tepong)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bicarbonate soda
  • secubit garam
  • Minyak makan secukupnya (2 ¾ @ 3 cawan) – minyak canola/sayuran
Cara-caranya

1. Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali minyak. Gaul rata.
2. Masukkan minyak sedikit sedikit hingga menjadi satu dough yg boleh diterap.
3. Bakar dalam oven pada suhu 170’C sehingga biskut masak.


3 comments:

  1. k.ina, biskut suji ni bakar lama mana agaknya?

    ReplyDelete
  2. salam intan,

    berapa lama kena bakar tu depends on oven masing-masing. cuma yang pasti, biskut ni bila kita tengok bahagian bawah dah agak coklat sikit, tu kira dah ok, sebab biskut suji badam ni warnanya tak berubah ketara sangat sebelum n selepas dibakar. selamat mengadun !!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...