Thursday, November 18, 2010

AIDIL ADHA 2010 ... SEDERHANA TAPI MERIAH

Salam sume,

Hai, selamat pagi. Seronok tak semalam sambut Aidil Adha? Akak biase jer ... kalau kat umah akak, raya haji ni tak le semeriah raya puasa, bak kata iman, raya aidil fitri untuk budak-budak jer! Apasal? Sebab raya puasa budak2 dapat duit raya, raya haji untuk orang yang pegi haji jer ...

Anyway semalam agak busy gak. Seawal 5.45 pagi dah bangun, prepare nak masak lodeh, sambal tumis udang dan ayam masak merah. Lodeh tu tak sempat akak nak masak, mak dah sampai kat umah akak, so akak serah ler kat sifu untuk masak lodeh. Sambal tumis udang n ayam masak merah akak dah siap masak. Nasi impit adabi pun akak dah siap rebus sehari sebelum raya, so tak ler sibuk sangat, cuma sibuk blend kelapa parut sebab nak perah santan. Sempat lagi ngko masak agar-agar lumut, resepi dari blog Mat Gebu, tapi ..... nanti lah cite. Ni je gambo yang sempat akak snap, dah tak larat dah, tumit kaki dah sakit, itu pun dia orang dah balun dulu, tak sempat nak snap gambo yang hansem sket untuk masuk blog pagi ni ....

Tahun ni, jiran tetangga sume masak nasi, pelbagai jenis nasi, akak sorang je yang buat nasi impit. Ok gak ler, ada jugak yang buat laksa johor .... pelbagai pilihan, balun jangan tak balun!

Ni Pulut serunding. Mak akak buat, sekali ngan pudding sago, hidangan tambahan ...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...