Tengahari ni nak share satu lagi penyedap tekak. Tapi yang ni akak tak buat, mak akak yang buat, cuma nak share gambau dan resepi jer .... Jangan mare ..... yang pasti kalau dah masuk dalam lemari es, rasanye pasti enak banget!!!
PUDDING SAGO
Bahan-bahan :
- 1 cawan sagu halus
- 7 cawan air
- Santan @ susu cair
- Gula melaka yang telah dicairkan dengan sedikit air, tapis dan biarkan sejuk.
- Didihkan air dalam periuk yang sesuai. Bila mendidih masukkan sagu dan masak hingga sagu menjadi jernih.
- Angkat periuk ke dalam sinki dan bilas sagu di bawah cucuran air paip untuk hilangkan kanjinye. Toskan dan masukkan dalam loyang. Kalau nak nampak cantik macam dalam gambo tu, bahagikan sagu tadi kepada 2 bahagian dan warnakan ikut suka. Lepas tu baru tuang dalam loyang dengan kaedah melapis seperti melapis kek marble. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk supaya keras sikit agar mudah dipotong.
- UNTUK KUAH SAGU - Santan di campurkan dengan sedikit garam. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Masak dengan api kecil untuk elakkan santan cepat basi. Kalau nak jaga kesihatan, boleh ganti santan dengan susu cair.
- Masukkan sagu yang telah dipotong dalam anggaran saiz 1 x 1 inci ke dalam mangkuk. Tuang santan atau susu cair, diikuti dengan gula melaka yang telah dicairkan.
- Hidangkan dalam keadaan sejuk, pasti beressss .....
Ini yg terliur tgh2 camni...aaaaah jelez ni..mlm ni gk nak buat...tkasih2 akk dpt ilmu baru...wat 2 kaler...slalu buat 1 kaler je...
ReplyDeleteAwat rajin bebeno masak2 ni...bderet n3 masakan...hi3. Bagus2