Monday, November 15, 2010

MEE SUP


Salam sayang sume,

Ini resepi untuk yang dah jemu nak makan nasi, tapi tetap lapar nak makan jugak!!!

MEE SUP
  • 500gm - Mee kuning
  • 4 sudu besar bawang putih kisar*
  • 7-10 biji cili padi - belah 2
  • Air
  • Fish ball**
  • Fish cake**
  • Sotong**
  • Udang**
  • Meat ball**
  • Sawi hijau - RM1
  • Tomato - 1 biji belah 6
  • Telur
  • Tauhu - potong 6 dan goreng, ketepikan.
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Kiub ayam - 1 ketul
Cara-caranye :
  • Tumis bahan bertanda * hingga wangi dan masukkan cili padi n kiub ayam, goreng lagi hingga naik bau.
  • Masukkan bahan bertanda **, gaul rata dan masukkan air @ stok udang / daging jika ada. kalau tak de, air paip jer boleh. Biar mendidih.
  • Masukkan telur, biar mengeras.
  • Masukkan tauhu goreng n sawi, masak hingga sayur agak layu.
  • Dalam mangkuk yang sesuai, masukkan mee kuning, dan tomato buah. Tuang kuah sup yang siap mendidih ke dalam mangkuk mee dan boleh dihidangkan dengan lada kicap.
  • Kalau nak masukkan mee dalam sup mendidih pun boleh, tapi mee akan mudah benyek, tak sedap!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...