Tuesday, November 2, 2010

JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS

Salam sayang di angin lalu,

Cewah .... bersyair pulak .... takat nak kongsi resepi jemput2 tak yah ler syahdu sangat!!!

Ni dia resepinye .... musim hujan ni makan jemput2 panas2 ni memang cun gilos ....

JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS

Bahan-bahan
  • Tepung gandum
  • Ikan bilis - buang kepala dan perut. Sebahagian di tumbuk kasar-kasar, sebahagian lagi dikupas @ dibelah 2 sahaja.
  • Bawang merah kisar
  • Bawang besar dimayang kasar-kasar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air
  • Minyak
Cara-cara :
  • Panaskan minyak untuk mengoreng kaedah deep fry.
  • Isi tepung gambum dalam bekas yang sesuai untuk menggaul. Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk kasar dan yang dibelah 2 tadi. Bawang mayang dan bawang kisar. Garam dan serbuk perasa.
  • Tuang air ke dalam adunan yang disatukan tadi sedikit-sedikit. Kalau adunan menggunakan sudu besar. Adunan mestilah tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
  • Cedukkan adunan menggunakan sudu besar ke dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Minyak jangan terlalu panas, nanti isi tak masak, bahagian luar jemput2 dah berwarna gelap. Ketika masukkan adunan ke dalam kuali, kecilkan api sedikit, kemudian besarkan semula bila selesai untuk satu round gorengan jemput-jemput.
  • Goreng hingga kekuningan, toskan pada pinggan beralaskan kitchen tissue. Sedap dimakan bersama sos cili dan sambal tumis jika ada ....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...