Monday, November 15, 2010

ASAM PEDAS AYAM

Salam sume,

Selamat pagi Isnin. Amacam hujung minggu yang baru berlalu, seronok tak bersama famili. Akak tinggal bertiga aje, 2 orang anak akak gi camping, pakwe pun keje, so tinggal le ngan Iman. Cekik darah betul ngan si budak Iman, semuanye malas, minta tolong itu ini semuanye penat, memanjang penat, tak de yang tak penat.

Ok ler, ni nak share resipi asam pedas ayam yang akak dapat dari buku Selera Perdana. Buku ni memaparkan semua jenis makanan yang menjadi kegemaran ex-PM. Memang sedap, dah bayak kali akak cuba, menjadik pulak tu .... lagi pun tukang masak tu, Kak Orkid rasanye orang Johor, so menu yang dipaparkan memang ikut tekak orang Johor yang dikenali umum memang pandai menjamu tekak!!!

Cubalah, memang sedap, kalau ada ulam n petai lagi best. Akak masak lauk ni semalam, tapi akak goreng ikan sepat masin ngan lauk sayur dan ...... tungguuuuu resepinye. Iman makan sampai tambah 4 kali .... Sekarang ni akak panggil dia Gloria! Siapa Gloria tu? Watak badak berendam dalam movie Madagascar ..... dia suke weiiii, kalau panggil Gloria, dia sengeh macam kerang busuk .....


ASAM PEDAS AYAM
  • ½ ekor ayam
  • 3-4 sudu lada boh
Bahan untuk dikisar
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 sudu kecil serbuk belacan
  • ¼ sudu kecil lada hitam
Bahan dititik
  • 2 batang serai
  • 3 cm lengkuas
Lain-lain bahan
  • Daun kesum
  • 1 ½ sudu kecil pati asam jawa
  • ¼ cawan minyak
  • 2 cawan air
  • Garam dan gula
Cara-caranya
  • Pijar minyak di dalam periuk, masukkan bahan kisar. Kacau seketika, masak hingga kekuningan.
  • Masukkan lada boh, kacau rata dan masak hingga pecah minyak. Masukkan serai dan lengkuas, kacau rata.
  • Masukkan ayam, kacau rata dan biar hingga kecut.
  • Masukkan air, asam, garam, daun kesum da gula. Masak hingga ayam empuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...