Salam sejahtera sume,
Amacam mood keje lepas sambut Gong Xi Fa Cai? Ada ok ka? Apa? Mabuk limau mandarin? Mabuk limau tak pe, jangan mabuk lain plak ......
Sempena cuti panjang yang tak mengizinkan akak berjalan kemana-mana sebab pakwe akak kena keje, jadi aktiviti dipenuhi dengan acara masak memasak.
Cantik tak gambo kek kat atas nuuu .... kalau korang kata cantik ...... akak nak bagi tau korang, rasa dia 10 kali cantik dari wajah kek tu. Betul, dahlah lembut, gebu, manis kek ni pun sedang elok aje .... Anak akak sampai kata .... Ummi ni asyik buat kek Mat Gebu jer .... mesti ler darling, sebab tu ler kek ni gebu ......
Akak bukan nak promote lebih2, tapikan kek ni memang sedap, kek pisang tersedap pernah akak makan, yea .... korang tak caya .... cuba korang try sendiri, ni resepi akak copy n paste dari blog MG, nak tengok yang real gi lawat sendiri blog MG!
KEK PISANG LEMBAP
BAHAN-NAHANNYA :-)
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
- Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
- Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
- Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....
No comments:
Post a Comment