Monday, February 21, 2011

UBI REBUS GORENG JINTAN

Salam sume,

Hai, rasa macam dah lama sangat tak upload story kat blog ni. Last week pak we akak keje night shift, so bila balik umah berebut2 nak siapkan masak dan makan malam pak we, so tak banyak story boleh up! Tapi minggu ni pun tak kurang juga sibuknye. Start from tomorrow, ada macam2 aktiviti sempena Book Fair kat UTM ni, jadiknye kepala otak tengah pikir apa nak borong kat gerai jualan tu .... belum gaji, tapi kaki ni gatal jerr nak pegi gerai jualan ........

Petang ni baru lah bernafas sket, pagi tadi meeting ngan 2nd big boss. Agenda yang akak bawa pun agenda 'bidan terjun'! Balun jer ler .....

Petang ni pun cuaca cantek!!! Cerah dan berangin. Dari dinding kaca ni nampak indah belaka .... kat sini dalam ofis air-cond memanjang, selsema pun susah nak sembuh .....

Ok, today nak share resepi yang mudah lagi senang! Mula2 akak makan ubi rebus goren jintan ni kat umah kawan akak di Batu Pahat (BP), mak dia yang buat, sedapnye ..... habis sepinggan kita orang bedal!!! Memandangkan bebudak tak berapa suka makan ubi, akak jarang sangat buat kuih ni, tapi ari tu tekak ni teringin bebeno nak makan ubi ni, tu yang akak dera pak we akak pegi pasar beli ubi! Hah ngko, sekali 2 kilo dia beli .... hasilnye seperti yang korang dapat lihat! Cubalah memang sedap, asyik nak mengulang makan aje ......

UBI REBUS GORENG JINTAN

Bahan-bahan
  • 2 kilo ubi - kupas kulit, bersihkan dan rebus dengan sedikit garam hingga empuk
  • 2 sudu besar jintan kasar*
  • 1 sudu besar jintan halus*
  • 1 sudu besar ketumbar*
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 genggan ikan bilis - ditumbuk halus
  • 1 pelepah daun kari**
  • 5 batang cili padi - belah dua**
  • 1 sudu besar bawang putih kisar**
  • 4 sudu besar bawang merah kisar**
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Sedikit gula
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumis bahan bertanda **, ikan bilis hingga garing. Masukkan bahan bertanda * yang telah dikisar halus dan kunyit.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
  • Masukkan ubi rebus, gaul rata-rata supaya tiada bahagian ubi yang tidak tergaul dengan rempah.
  • Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...