Monday, December 13, 2010

TERIMA KASIH YB ...

Salam sume,

Haa .... semalam akak n family gi kenduri kawin anak YB. Korang tak caya? Cuba korang tengok gambo atas nuu .... Ha .... anak YB Datuk Hj. Abd. Aziz Hj. Sapian, ADUN Nusajaya. Actually YB jiran setaman, cuma lain area. Banglo YB kat Perdana Fairways, umah akak teres biase jer ... so kami jiran setaman semuanye dijemput hadir memeriahkan majlis!

Wow, hebat! Ramai yang datang meraikan majlis, tapi tak sempat ambik gambo masa makan, sebab concentrate makan jer ... Apa taknye, menu yang disediakan mengancam jiwa --- Nasi Ayam Penyek --- Nasi Serai --- Nasi Beriani --- Pelbagai jenis kuih-muih --- Buah-buahan --- Minuman panas dan sejuk. Gambo pengantin pun tak ade sebab kita orang beredar awal, pakwe akak keje, keluar waktu makan tengahari kejap!

Serba sedikit gambo yang akak sempat snap sebagai kenangan ...

Setiap jemputan dewasa dapat mangkuk hiasan kaca

Bebudak dapat tongkat ajaib nie ... gula-gula

Dalam mangkuk kaca tu ada fruit cake

Keseluruhannye akak dapat 3 mangkuk, biru, merah n coklat

Ini yang dah dikeluarkan dari kotak

Bebudak ni ambik peluang posing depan pelamin

Sesi tayang barkat

Nampak tak pelamin kat belakang tu ... cantik woo ... tema biru



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...