Tuesday, January 25, 2011

MEE REBUS

Salam sume,

Mulakan hari ini dengan senyuman .... itu lebih barakah dari segalanye .... senyuman itukan sedekah! Amacam datang keje ari ni senyum tak? Senyum lah ... nak nyanyi lagu Cek Mek Molek - M Daud Kilau ke? Aa haiiii .... Ok lah meraban lak pagi ni, tapi yang penting, ari ni akak hepi, kesihatan minda kena dijaga gak, nanti nak tunggu pencen sewel lakkkk ....

Pagi ni nak share satu resepi yang semua orang dalam famili akak suke, apa lagi kalau bukan Mee Rebus, masakan tradisinal orang Johor! Mee rebus ni ada kisahnye ... dulu2 masa akak kecik2, akak memang suke sesangat makan mee rebus. Paling popular Mee Rebus Lan Janggut! Haa ... yang ni hanya orang Johor je yang kenal siapa itu Lan Janggut! Masa tu kat area parking KOMTAR JB ada ruang penjaja makanan selepas jam 5 ptg setiap hari. So, Lan Janggut bisnes Mee Rebus kat sini .... memang sedap ngko. Tiap-tiap bulan lepas shopping barangan dapur kat Emporium, mak, abah, akak & adik lelaki akak pasti akan singgah warung Lan Janggut makan Mee Rebus, tak dak menu lain di hati pada ketika tu. Tu lah sebabnye, keturunan akak sekarang ni, especially Iman, gilos banget makan mee rebus. Hari2 beli mee rebus kat kantin sekolah! Tak jemu ....

Ni akak nak share resepi buat Mee Rebus! Tapikan sukatan untuk resepi ni agak banyak sebab, sesuai untuk 4 kilo mee, dan akak masak ari tu pun memang banyak! So pandai-pandai ler outer untuk hidangan yang sesuai dengan jumlah tetamu yea..... tapi kalau ada lebih, boleh frozen, bila-bila nak makan just panaskan ajerrrr ....

MEE REBUS

Bahan-bahan
  • Kuah Mee Rebus
  • 6-7 batang serai - kisar halus*
  • 3 inci halia - kisar halus*
  • 2 inci lengkuas - kisar halus*
  • 8-10 sudu besar rempah kari daging Faiza - gaulkan dengan sedikit air
  • 10-12 sudu besar bawang merah kisar**
  • 4 sudu besar bawang putih kisar**
  • 1 kg keledek putih - rebus dan kisar halus
  • 1 genggam udang kering - kisar halus
  • 1 kg udang hidup - kupas kulit
  • 1 kg daging @ tetil - rebus dan ambil air rebusan
  • Air rebusan kulit udang
  • 400 gm udang geragau kering - kisar halus menggunakan blender basah
  • Sedikit tepung gandum - bancuh dengan air dan blend supaya teksturnye tidak berketul2, jangan cair sangat!
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara-cara
  • Rebus daging @ tetil hingga empuk dalam periuk yang sesuai supaya mudah untuk masukkan bahan-bahan lain.
  • Masukkan air rebusan udang ke dalam rebusan daging.
  • Dalam kuali, panaskan minyak, tumis bahan bertanda ** hingga wangi. Masukkan bahan bertanda * dan goreng hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan goreng hingga garing.
  • Hasil tumisan tadi di masukkan ke dalam periuk air rebusan. Gaul rata.
  • Masukkan udang geragau dan udang kering yang telah dikisar. Kacau hingga mendidih.
  • Masukkan udang hidup. Biar seketika.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula dahulu.
  • Masukkan ubi keledek yang telah dikisar dan kacau. Jika kuah agak cair, masukkan bancuhan tepung gandum sedikit demi sedikit supaya kepekatan kuah dapat dikawal dengan baik. Tambah gula sedikit lagi jika kurang rasa manis.
  • Biar mendidih dan padamkan api.
KEROPOK MEE REBUS

Bahan-bahan
  • Tepung atta
  • Air 
  • Garam
Cara-cara
  • Panaskan minyak untuk gorengan deep fry
  • Bancuh tepung atta dengan air dan garam. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
  • Lenserkan tepi kuali atau boleh goreng cara seperti menggoreng tepung goreng pisang.
  • Goreng hingga kuning, angkat dan toskan pada kertas untuk serapan minyak.
  • Simpan dalam bekas kedap udara apabila keropok sudah hampir sejuk.

Penyediaan
  • Mee kuning
  • Taugeh - bersihkan dari topi helmetnye atau kalau rajin boleh buang ekornye
  • Tauhu - goreng dan potong dadu
  • Lada hijau hidup - potong bulat, saringkan biji lada dari hirisan lada
  • Limau kasturi - belah dua
  • Telur rebus - belas dua
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Kicap manis @ masin - terpulang
Cara-cara penyediaan Mee Rebus
  • Celur mee dan taugeh.
  • Isikan dalam pinggan. Hiasankan dengan tauhu goreng, telur rebus, limau kasturi, lada hijau dan keropok mee rebus. Curah kuah di atas mee, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Jika suka boleh bubuh sedikit kicap. Sebelum makan, perahkan limau kasturi, gaul dan makan.

7 comments:

  1. salam ,, boleh sya cuba resepi ni,,, terima kasih ,,

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Silakan ..... resepi ni memang untuk dikongsi bersama rakan blogger yang lain ......

    ReplyDelete
  3. Terima kasih,, semoaga anda mendapt RAHMAT TUHAN..

    ReplyDelete
  4. alahai kecur air liur bila ingat mee rebus lan janggut. Memang sedap..saya membesar di Johor,jadi mmg dah sebati dgn makanan Johor yg sedap terutama mee rebus, mee bandung,ikan bakar tepian tebrau..
    mohon ambil ye resepi ni..lama sungguh cari resepi mee rebus + keropok nya..

    ReplyDelete
  5. salam uMMisYa,

    terima kasih masih sudi singgah blog lama saya ni .... mesti dah lama tak balik johor ni!!! tepian tebrau dah tak de lagi, dah pindah ke medan selera petrie, laluan ke kg. mohd. amin menuju ke straits view hotel. tapak asal tepian tebrau dah jadi mahkamah syariah jb.
    sudi-sudikanlah mencuba mana-mana yang berkenan dihati .....

    ReplyDelete
  6. belajar di mpmk jln abd samad 85/87 so selalu makan mee rebus pada saya lan janggut punya mee rebus lebih lazat drpd hj wahid

    ReplyDelete
  7. dulu mee rebus lan janggut nie...murah jer...rm1.00 pun dapat sekarang tak tahulah...mee rebus lan janggut the best...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...