Wednesday, January 12, 2011

CHOCOLATE PEPPERMINT CAKE


Salam sume,

Hari ni sambung keje semula, semalam cuti. Cuti khas untuk negeri Johor aje, sebab semalam adalah Hari Hol Al-Marhum Sultan Iskandar. Sebab semalam cuti, jadik akak rajin le sket nak memasak, try ler mana yang patut.

Sebenonye kan, dah lama akak ngidam nak buat kek, nak try power oven kat umah tu, selama ni buat cookies jer, kek tak pernah lagi, so semalam angin rajin tu datang, apa lagi, akak try le kek ni .... Ni resepi akak cedok bulat2 dari blog Mat Gebu. Hasilnye memang tidak menghampakan, teksturnye lembut sekali, rasanye sedap bangetttt ..... cuma kalau baca betul2 resepi ni, MG tak tulis bila ketika dan waktunye nak masukkan gliserin atau fresh milk, jadik akak boh aje last sekali .... lagi satukan, kalau nengok kat blog MG, lapisan yang dia buat nipis2, tapi yang akak punye ni agak lebau2 sket, nak cepat, tu yang corak lapisan tu tak berapa nak hensem macam MG! Keyyyy boleh try lepas ni yea ....

CHOCOLATE PEPPERMINT CAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 150 gram mentega
  • 140 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 1 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan diayak)
  • 3 biji telur gred "A" (ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja)
  • 120 gram gula halus
  • 1/2 camca besar ovallate
  • 15 gram gliserin + 10 gram air (boleh ganti dengan 25 ml susu segar)
  • 1 camca besar serbuk koko*
  • 1 camca teh coklat emulco*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*
  • 3 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
  • Sedikit pewarna hijau
  • 3 titik perisa pudina

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  • Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahan kan kelajuan, masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, tambah gliserin + air tadi. Putar rata.
  • Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata. Dan satu bahagian lagi dengan warna hijau dan perisa pudina, kacau rata juga
  • Sudukan 1/2 camca besar kaler coklat, kemudian letak 1/2 camca besar kaler hijau, buat berselang seli hingga habis. Bakar 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan...
 Yang ni belum masuk oven lagi, sememeh sket ...

 
 Yang dah siap dibakar, tamak weiii ... sampai dua adunan akak buat, tapi kejap aje dah selesai .....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...