Wednesday, January 12, 2011

TAUGEH GORENG RAMPAI


Salam sume,

Ahaa .... ari ni dah plan nak masak lauk ape petang ni. Akak ari ni mcm masak sayur je, sbb lauk semalam ada lagi. Masak banyak2 nanti sudahnye terbuang, tapi tengok lerrr ... kalau rajin ada lah kut menu baru petang ni. Tapi kalau takat lauk asam pedas semalam, umah akak tu masih laku lagi ari ni....

Ni akak nak post lauk Taugeh Goreng Rampai. Kalau tengok kat gambau tu, macam banyak lagi rencah dari taugeh, haaa ... tu biase ler, takat taugeh aje, memang terkulat2 ler jawabnye dia orang makan nasi tu .... Actually kalau goreng sayur taugeh ni, apa-apa pun kita boleh tambah, contoh daun kucai, hati n pedal ayam, isi kerang, kentang goreng atau apa lah yang lekat kat selera n tekak masing-masing, tapi ini aje stok yang akak ada, lagipun stok ni hampir expired, so daripada terbuang, baik dimeriahkan sayur taugeh ni ... jom tengok cara dan bahan untuk memasaknye .....


TAUGEH GORENG RAMPAI
  • RM 1.00 - taugeh yang telah dibuang ekor dan 'helmetnye'
  • 1 batang lobak merah - dipotong seperti batang mancis
  • Lada capsicum merah, hijau dan kuning - potong nipis seperti batang mancis
  • 10-15 ekor udang sederhana besar
  • 1 biji bawang holland - dipotong dadu
  • 1 sudu kecil bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar*
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak

Cara-caranya :-
  • Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * dan bawang holland hingga  garing.
  • Masukkan udang dan lobak merah.Gaul rata dan biar seketika.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan lada capsicum, gaul seketika dan akhir sekali masukkan taugeh dan terus padamkan api. Jangan biarkan taugeh lama atas api kerana kalau layu kurang sedap dan tidak terasa kenikmatan dan keranggupan taugeh. Angkat dan hidangkan.
Senangkan, cubalah, tak rugi mencuba dalam masakan ni .....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...