Friday, January 7, 2011

TIRAMISU

Salam sume,

Hai .... sekejap aje kan dah ari Jumaat. Rasa macam baru aje naik keje, dah cuti hujung minggu ... cewahhhhh ..... bunyi macam lerr rajin sangatttt, sebenornye suke tu .... berlakon jer .....

Anyway nak share resepi Tiramisu yang akak dapat dari blog Forum Resepi Diana. Rasanye blog ni dah lama tak update, tapi resepi kat blog ni setakat ni memang tak mengecewakan akak langsung! Sedap-sedap belaka. Tiramisu ni dah lama akak ngidam nak makan, nilah masa yang sesuai akak cuba. Jom nengok resepi ni, korang mesti terliur tengok gambor2 ni, rasa dia jangan cakap ler .... pehhhhhh ..... tangkap leleh wa cakap lu .... Kalau nak tengok the real tiramisu dari blog FRD, sila klik sini, yang akak ambik gambo tu tak berpotong lagi tiramisunye, bila dah potong, tak sempat plak nak ambik gambo, licin daaa ......

TIRAMISU
Sumber: Cikgu Sue

Bahan-bahannya
  • 250g krim cheese
  • 250g whipping cream
  • 100g gula
  • 1st vanila
  • 1-2 sudu besar coco powder/coffee powder
  • choc. swissroll
  • coco powder for dusting
Cara-caranya
  • Pukul krim cheese + 50g gula hingga gebu. Ketepikan.
  • Pukul whipping cream + 50g gula hingga gebu.
  • Campurkan kedua-dua adunan chis dan whip cream dan gaul dengan senduk aje. Masukkan vanila dan coco powder. Gaul sebati until combine. [D tak gunakan serbuk koko biarkan adunannya plain]
  • Penyediaan - Potong swiss roll dan susun dlm bekas ayak coco powder sedikit atas swiss roll. [D gunakan Savoiardi Ladyfiingers menggantikan swiss roll]
  • Letakkan adunan cheese tadi. Ratakan.
  • Ulang dengan swiss roll, coco dan cheese sehingga habis. Simpan dalam fridge overnight.
Nota D: Bila tiramisu dah sejuk betul baru ayakkan serbuk koko tebal-tebal atasnya, potong dan hidangkan.

 Lady fingers yang disusun rapat2 dalam mangkuk yang sesuai. Biskut ni manis sangat!!!

Ayakkan serbuk koko pada lapisan pertama lady fingers. Ayak lebih sket, baru sedap rasanye ....
Lapiskan dengan campuran cream cheese dan whipping cream, lepas tu ayakkan serbuk koko.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...