Monday, October 18, 2010

SPAGHETTI GORENG!

Hai,

Lapo? Ler kesian kat korang, tulah ... masuk blog orang yang suka masak ni memang x de bende lain citenye, tak makan, minum, tak minum, tido ....

Semalam akak masak Spaghetti Goreng untuk sarapan pagi. Senang jer masak ni .... nak makan mee rasa macam jemu plak, ari tu baru lepas makan mee bandung, so tekak ni gatal lak nak makan masakan Italy ....

Orang nun jauh di sana, tengok jer lah ye ... Kalau nak try masak sendiri, ni resepinye ....

Bahan2 nye :-
1 paket spaghetti (biasa guna brand San Remo) - rebus dengan sedikit minyak n toskan
1 sudu besar bawang putih*
4-5 sudu besar bawang merah* (diblend halus)
10-15 sudu besar lada giling
5-8 sudu besar tomato puree
Daging cincang
1 batang lobak merah (saiz sederhana) - disagat @ potong dadu
Cendawan butang - hiris halus
Meat ball - belah 2
1 biji tomato (cincang atau potong kecil)
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam
Perasa
Gula
Telur

Cara2nye :-

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi n kekuningan. Masukkan lada giling dan masak hingga garing dan terbit minyak. Kalau suka pedas boleh lebihkan lagi lada.

2. Masukkan tomato puree. Rasa sedikit, kalau kurang masam, boleh tambahkan lagi sukatan tomato puree.

3. Masukkan daging cincang dan meat ball.

4. Masukkan lobak merah, buah tomato, cendawan dan serbuk lada hitam. Gaul rata.

5. Masukkan telur. Biar seketika dan kacau supaya telur kelihatan agak berketul-ketul.

6. Tambahkan garam, perasa dan gula.

7. Masukkan spaghetti dan gaul rata. Hidangkan. Kalau suka boleh tabur keju parmessan, kalau x de, makan jer ler apa yang ada .... Yang pasti rasanye mesti ada rasa pedas, masam2 sket dan manis, jangan manis sangat, agak2 ada rasa gula ....

1 comment:

  1. hmm... bgs post n3 nih... bole try bebile rajin...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...