Monday, August 8, 2011

TEH SARI WANGI ....


Salam dan selamat pagi sume,

Macam mana puasa setakat ni? Dah ponteng puasa ke? Berapa ari? Kalau orang pompuan tu biasa ler, yang lelaki pun ada jugak!!! Yelah, kalau dah tak sihat tu nak buat macam mana kan? Bukan takat uzur sahaja bagi kaum hawa, kekadang demam juga boleh sebabkan kita tak boleh puasa.



Sehari dua ni cuaca yang tak menentu mengundang rasa haus bila berbuka puasa. Walau pun hujan, time berbuka mesti cari air sejuk untuk melegakan tekak. Tu yang buat batuk n selsema tak sembuh2 ni ...... Trademark N3 kali ni jelas nak citer pasal air pulak. Selalu makan jer, minum jarang dipublish kat blog ni .....


Wokeh ... jom tengok ni. Ni teh Sari Wangi namanya. Korang pernah jumpa kat mana-mana kedai kat sini? Kalau ada tu senang tapi ... kalau tak de, tak leh ler nak tolong yea ..... Teh ni datang dari Indonesia. Last time aunty akak gi Indon, dia kasi teh ni. Kita orang masih ada saudara-mara yang tinggal di Indonesia, so my aunty gi ziarah sedara mara kami di sana! Satu kotak ada 50 uncang, mau setengah tahun baru habis ni .... Penuh 1 botol! Botol tu pulak dah dekat 2 bulan beli kat Giant, baru akak guna semalan isi teh ni.

 
Kalau tengok gambo kat kotak ni, hapi jer kan kerja petik daun teh ni, keje kat ofis manyak stress oooo ..... Sungguh pun kat kotak ni tulis teh ni teh hitam, tapi bias dibuat air, warna tidaklah sepekat mana pun, tapi rasa tehnya boleh tahan sedap. Untuk berbuka kelmarin, akak buat teh O limau ais ..... sekejap jer beres, masing2 haus tahap gaban. 


Di bulan puasa ni macam-macam tekak ni nak makan, minuman pun tak ketinggalan kita ngidam nak minum. So, sebab isi rumah akak kurang gemar berbuka dengan minuman bersusu, makanye akak pun buat ler air ni ... senang jer. Jom masuk dapur .....

TEH O LIMAU AIS SARI WANGI
  • 1 uncang teh - apa brand pun boleh, rendam dengan air panas dalam 1 mug sukatan air panas
  • 5 biji limau kasturi
  • 6 sudu besar gula - terpulang jika suka atau tidak manis, boleh adjust sendiri
  • Ketulan ais
Cara-cara
  • Campurkan air teh yang telah direndam dalam 1 mug air panas ke dalam jug.
  • Tambah dengan air sejuk atau air biasa.
  • Masukkan gula, kacau hingga larut. 
  • Perahkan limau kasturi dan kacau.
  • Masukkan ketulan ais dan sedia untuk diminum.
Nyamannye tekak ..... Selamat Berbuka Puasa, jemput minum!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...