Thursday, August 4, 2011

SOTONG ORIENTAL


Salam sume ....

Yuu huu ...... alamak, puasa-puasa ni macam tak betul sikit kepala ni ..... Hishhhh doa yang baik-baik jer ..... Semalam hujan lebat, terasa nyaman sket cuaca, kalau tak panas berdenting!!! Malam nak tido pun rasa tak selesa ...... Dalam cuaca yang panas sekarang ni, air-cond kat umah lak buat hal, sajer ler tu ..... nak kasi poket rabak, musim nak raya ni macam-macam nak di beli, dia pulak buat hal!!! Bengang betuiiii .......


Tapi kalau cite pasal masak-masak ni, hati cool jer ...... kalau masak orang makan dengan seleranya, sedap aje hati ni, kalau orang tak makan, mula ler nak naik angin ..... nak makan yang sedap-sedap jer .......



Ok ler, bulan puasa ni nak banyak bersabo, bulan tak puasa pun sama, jangan asyik nak naik angin jer ...... nanti sakit lain lak datang! Penyakit ni kalau nak datang cepat jer, nak sempuh macam siput ......
Jom tengok resepi dari Mat Gebu ni pulak! Ini kali kedua akak masak lauk ni, memang sedap, ada rasa pedas, masam dan manis sket. Tapi kalau guna sos nampla tu kena hati-hati, pasal sos tu masin, jadik kena control penggunaan garam, atau mungkin tak perlu langsung masukkan garam. Cuma kali ni, akak tambah sket kiub nenas dan daun liamu purut, kasi wangi dan harum bau lauk ni .... cubalah sedap, rugi korang kalau tak cuba ....... yang kenyang pun korang gak ........ 


SOTONG ORIENTAL 

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong
1 tangkai daun kari
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji green capsicum, dipotong
1/2 biji red capsicum, dipotong
5-6 biji cili padi, diketuk (optional)
Gula dan garam secukup rasa
Daun limau purut - yang ni akak tambah sendiri
Kiub nenas - yang ni akak tambah sendiri

BAHAN SOS :-)
2 camca besar pes tomyam (mat guna jenama "LIFE")
2 camca teh serbuk kari ikan
1 1/2 camca besar sos tiram
2 camca teh sos ikan (nampla)
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong, dipotong, cuci bersih dan celur sekejap, angkat dan toskan. Bahan2 sos, disatukan dan kacau menjadi pes. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan bahan sos tadi dan kacau, tumis selama 3 minit dengan api perlahan. Masukkan sotong bersama red dan green capsicum serta cili padi. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga sayur masak.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...


PERIA GORENG BERSAMA TELUR


Salam kepada sume .....

Masih segar lagi kan pagi ni sume? Semalam berbuka apa? Mesti ramai yang ke bazar ramadan ..... maklumlah, macam-macam ada kat sana. Akak tak sempat nak menyinggah lagi, masih sempat lagi nak memasak walaupun sampai umah jam 6.20 ptg. Apa lagi, macam orang bersilat kat dapur tu ..... abis masak jer lebih kurang lagi 10 minit nak berbuka ..... itulah cabarannya untuk insan yang bekerja macam akak dan yang lain ......


Dah masuk hari keempat kita berpuasa yea ..... anak-anak yang baru nak belajar puasa pun asyik menghitung ari jer bila nak raya ...... Biase ler bebudak ..... nikmat puasa bagi mereka adalah dapat beraya ..... Iman dah 3 hari puasa, hari ni belum pasti sampai ke tidak puasanye ..... tapi dah 2 hari berturut-turut akak kena pow dengan dia, kalau tak macam malas jer nak puasa ....Semalam upah puasa penuh, dia nak pencil shaker .... pow lak lagi notebook kecik ..... tak pe ler ..... nak didik anak berpuasa ni mak dia pun kena tahan sabo jugak!!!


Wokeh! Jom kita masuk dapur lak. Kali ni masak sayur peria. Sayur yang ramai orang tak berapa nak suke sebab pahit! Akak pun kalau masak sebiji peria, akak akan beri jiran sikit, tak abis takat akak n hubby jer yang makan .... Ok, mehh nengok cara mudah masak sayur ni ......


PERIA GORENG BERSAMA TELUR
  • 1 batang peria - belah 2, buang biji dan rendam dalam air bergaram selam 10-15 minit. Toskan dan hiris sederhana lebar.
  • 1 batang lada merah dan hijau - hiris halus
  • 2 biji telur - goreng hancur dan ketepikan.
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis, goreng garing dan ketepikan.
  • 1 sudu kecil bawang putih kisar.
  • 3 sudu besar bawang merah kisar.
  • 1 sudu teh serbuk ikan bilis (akak guna 'Knorr')
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
  • Panaskan minyak. Tumis bawang dan bawang putih hingga wangi dan garing.
  • Masukka lada hiris dan serbuk ikan bilis, kacau rata. Masukkan serbuk perasa dan sedikit sahaj garam. Gaul rata.
  • Masukkan sayur peria, kacau rata, dan akhir sekali masukkan telur dan ikan bilis goreng, gaul rata dan angkat untuk hidangan.
SELAMAT MENCUBA!!!


Wednesday, August 3, 2011

SAMBAL SERAI KETAM BERSAMA TELUR


Salam Ramadhan kepada sume,

Hai! Hari ni dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa, alhamdullillah ....... semoga puasa kita diberkati Allah hendaknya. 4 hari melepak kat umah, tak menang tangan akak dibuatnye .... tak sangka ada lagi order kuih masuk sebagai pembuka tirai ramadan kali ni ... syukur .... nanti akak story yea ......

Puasa hari pertama berbuka apa ye korang? Akak buka puasa kat umah mak, pasal adik akak dari KL balik JB ngan hubby dia. So, akak buat pizza simple je .... tu pun akak dah pernah masukkan N3nye dulu ... korang boleh browse dari blog akak ni.

Ok ler .... ni nak share resepi masak ketam lak .... dah lama tak masak ketam, maklum ler .... ketam mahal, ni pun my darling beli dalam 4 ekor jer ... tu pun dah hampir RM 25, sekali hadap aje ngko ..... tak leh nak repeat!!!


Yang paling puas makan si budak Iman ler, habis jer mintak, habis jer mintak ... nak lagi, nak ketam! Kita orang makan sipi-sipi aje ...... tapi puas ler .... kalu kat restoran ni, mau cecah RM 100 ..... 

OK, kalau ada stok ketam dalam esbok tu .... apakata try masak macam ni, sedapppp .........

SAMBAL SERAI KETAM BERSAMA TELUR
  • 1 kg ketam bunga - kalau saiz besar lagi sedap
  • 2 batang serai - titik
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 8-10 sudu besar lada kering kisar
  • 2 biji telur
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • Air asam
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara :
  • Cuci bersih ketam dan potong dua supaya mudah dikacau dalam kuali.
  • Panaskan minyak. Tumis serai dan bahan kisar hingga wangi. Belacan dan kunyit boleh dikisar bersama bawang serta lada.
  • Bila dah garing, masukkan air asam, garam, serbuk perasa dan gula. Mesti ada rasa pedas, masam dan manis.
  • Masukkan ketam dan tutup sebentar.
  • Masukkan telur yang telah dipukul dan tutup kuali seketika. Bila telur hampir mengeras, kacau rata dan biarkan kuah pekat sikit. Bila siap, angkat dan hidangkan.

Tuesday, July 26, 2011

KARI AYAM


Salam dan selamat pagi sume,

Hai, morning everybody ......amacam semalam? Indah? Seronok? Bagi akak semalam yang dah berlalu tak perlu dikenang, hari ini yang perlu dihadapi dengan penuh ketabahan. Semakin hari dugaan yang datang tak terduga, harus kuat dan tabah untuk mengharungi masa mendatang, bijak berfikir lebih mulia dari bijak berbicara tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain ....

Cewahhh ... apasal pagi ni macam jiwang berkarat jer ????? Pasal semalam kena ceramah ngan big boss yang ntah apa2 jer .... Untuk berubah bukan sekadar mendengar pandangan orang lain, tapi menghayati kenapa kita dipandang sedemikian rupa oleh kebanyakkan orang dan memilih untuk berubah bukanlah satu keputusan yang mudah! Boleh berubah, tapi mampu tak kita mengekalkan perubahan yang kita laksanakan supaya perubahan itu dilihat sebagai sesuatu yang positif dan bukan berubah untuk dipandang mulia dan mendapat pujian dari orang lain ...... Yang penting niat perlu diperbetulkan. Insya allah kita akan menjadi yang lebih baik dari yang kita harapkan .... Itu ulasan ringkas mengenai kes semalam yang berlaku kat ofis ni .....

Tulah sebabnya nape akak suka sangat bila tiba ari Jumaat, duduk ofis ini buat pening kepala jer. Namun amanah perlu dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas. Yang penting kita tahu apa kita perlu dan patut buat sebagai seorang pekerja dengan penuh rasa tanggungjawab!


Dah ler ... tak nak cite lagi pasal ofis, buat potong stim nak cakap pasal makan-makan jer .... betul tak??? Kat blog ni kita nak hepi2 ........
Wokehhh .... masih kisah semalan, tapi pasal menu ..... Kari Ayam! Akak sebenonye tak suke sangat kari, tapi pasal dah lama tak masak, so teringin lah pulak! Bila dah masak, nak makan tu selera tak datang ler pulak, sudahnye suapkan si budak Iman makan jer ........ bukan pasal lauk ni tak sedap (cewah, tak ngaku ler pulak ....) tapi pasal perut ni macam kenyang semacam jer .... tapi pakwe akak bertambah makan nasi semalam, mana tak nye, ada ikan sepat masin dan sambal belacan, laju jer dia soruuuu ...... Jom, kita tengok resepi ni, kalau suke nak cuba, boleh ler ambik resepi ni, lain kali pun boleh try ......


KARI AYAM
  • 6 ketul isi ayam
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4 sudu besar bawang merah kisar*
  • 2 sudu besar lada giling kisar - kalau tak suke pedas, boleh kurangkan atau tak yah letak langsung
  • 1 sudu teh halia kisar *
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 labu bawang besar, mayang kasar2
  • 2 sudu besar rempah kari daging, bancuh ngan sikit air
  • 1 pelepah daun kari
  • 1 mangkuk kecil santan pekat
  • 6 sudu besar air asam jawa
  • 1 mangkuk kecil air
  • 1 biji kentang potong kecil
  • 1 biji tomato potong 8
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis


Cara-cara
  • Panaskan minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bawang mayang, goreng hingga wangi.
  • Masukkan daun kari dan bahan bertanda * dan goreng hingga garing. Masukkan lada giling dan biar hingga pecah minyak.
  • Masukkan rempah kari, gaul dan biar seketika.
  • Masukkan kentang dan air, biar seketika. Masukkan air asam dan ayam, dan masakkan hingga ayam dan kentang agak empuk.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa dan juga santan pekat. Gaul rata dan kecilkan api supaya santan tidak berbintil dan kuah kari kelihatan cantik.Akhir sekali masukkan tomato dan biar sektika, padamkan api.
  • Angkat dan sedia untuk hidangan bersama nasi, roti dan pilihan yang lain.

Monday, July 25, 2011

PLAIN VANILLA MUFFIN



Salam,

Hai ... hujung minggu lepas akak berjaya melaksanakan aktiviti membaking. Dah lama tak membaking, jadi atas alasan nak try test power oven yang akak baru beli, makanye akak pun cubalah buat muffin mudah ni .....


Memang tak mengecewakan, tapi akak agak kecewa sebab butter hanya cukup untuk 1 aduanan ajer, jadik akak pun putar ler mixer tu....... jeng jeng jeng ......


Memandangkan akak beli mixer n oven tu sekali , makanya mixer tu pulak tak leh nak putar kalau adunan sikit sangat, butter and gula mcam tak kembang jer ... tak pasal-pasal kena tambah ngan margerin .... belasah jerlah labu ...... tapi tekstur muffin ni masih lembut .... cuma rasa lemak menteganye nyer tu kureeengggg ler ......


Manisnye tu pun sedang elok jer ...... akak pernah buat sekali dulu, kali ni kira repeat ler .... dah buat 2 adunan, jadiknye pun selambak ler, yang akak snap gambo tu cuma sebahagian jer, ada sedulang lagi .... bayangkan ler dapat 77 cup saiz kecil untuk sekali bakar jer ....... Puas jiran sekeliling umah akak beri, simpan bebanyak pun nanti tak abis, sedekah lagi bagus!


Sebab tak de jem strawberry, maka akak guna jem apple yang akak beli untuk hubby akak. Dia tak makan pun jem ni so akak tibai buat kuih ..... jem ni untuk orang diabetik, so bebudak pun kurang ler nak makan jem yang agak masam dan tawar ni, jadik dari buang, baik di buat kuih ... ye tak? Satu lagi akak potong dadu buah pic yang berbaki masa buat pudding last week, so ada 2 perisa .... apple and pic!


PLAIN VANILLA MUFFIN
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan susu segar (mat guna susu cair)
1/2 camca besar esen vanilla
Kepingan badam*
Strawberry jem*(*optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Atur paper cup dalam tin muffin atau gunakan muffin cup jenis keras. Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam paper cup atau muffin cup tadi. Tabur badam dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan.
  3. UNTUK STRAWBERRY MUFFIN :- Sudukan 1/2 camca teh strawberry jem (kalau dapat jem yang kurang gula), taburkan badan keping dan bakar hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang....

Makanye, inilah kuih yang terjadi hasil dari bahan yang dah tingal koretan ..... jem dan buah pic tu akak just sudukan atas muffin sebelum dibakar ..... kalau daha gambo tu, yang hujung sana tu perisa pic, dan yang sebelah sini adalah perisa apple. I like apple flavor rather than pic ... Anyaway u all boleh taruh any flavor yang u all suka, pandai-pandai ler begekan untuk tekak masing2 yea.........


Last but not least ...... Selamat mencuba .........


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...