Sunday, April 10, 2011

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN ....

Source - Yahoo
Salam sume,

Nape? Terperanjat ke akak masukkan N3 ari ni .... selalu ari kerja aje baru upload N3, tapi pasal ari ni .... ari AHAD ... akak kene kerja ... tu pasaller up N3. 

Dah petang macam ni boring lah pulak, so bila browse e-newspaper, terbaca artikel kat bawah ni .... 

Memang bumi dah semakin tua dan uzur, yang buat permukaan bumi kelihatan tua dan uzur pun bukan orang lain, kita semua jugak!!! Jadi kita kena beringat, bukan sentiasa duduk dalam comfort zone, sekali musibah Allah beri, belum tentu kita mampu menangkisnye, sedangkan musibah kecil pun kita kekadang merungut, inikan pula bencana alam yang kita tak duga ... mudah-mudahan artikel ini memberi kita lebih keinsafan tentang hikmat dan rahmat yang Allah telah berikan kepada kita selama ini ...... 

Jadilah insan yang sentiasa mensyukuri akan nikmat Allah .... Amin ...... untuk renungan bersama .......

Mula ===========================================

'Bersedia hadapi bencana dahsyat'
Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
2011/04/10

Malaysia mula berisiko kesan perubahan cuaca

PUTRAJAYA: Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya bencana alam lebih dahsyat seperti banjir besar, gempa bumi berskala kecil dan sederhana akibat perubahan tiupan angin serta iklim global sekarang.
Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (mSET), Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali, berkata ramai berpendapat Malaysia selamat dan berisiko rendah untuk menghadapi bencana alam kerana kadar taburan hujan sekata sepanjang tahun dan hanya merasai gegaran akibat gempa bumi berskala kecil.
Bagaimanapun, beliau berkata, situasi sekarang berbeza kerana statistik dikeluarkan Jabatan Meteorologi mendapati Malaysia semakin berisiko menghadapi bencana alam berikutan perubahan cuaca yang mendadak seperti peningkatan kadar taburan hujan, ribut petir dan tanah runtuh.

“Sama ada suka atau tidak, situasi di Malaysia sekarang semakin buruk. Malah, kita boleh lihat perubahan cuaca yang ketara apabila banjir, ribut petir dan tanah runtuh semakin kerap berlaku.

“Walaupun Malaysia tidak pernah mengalami gempa bumi sehingga 9 magnitud seperti Jepun baru-baru ini, namun kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi bencana alam lebih dahsyat,” katanya selepas Konvensyen Kejuruteraan dan Teknologi Kebangsaan 2011 dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Tenaga), Badaruddin Mahyuddin di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Abdullah, berkata secara profesionalnya beliau berpendapat kebanyakan bangunan tinggi di Malaysia tidak mempunyai ketahanan atau mengalami kerosakan teruk dan runtuh sekiranya negara dilanda gempa bumi berskala sederhana.
Katanya, kebanyakan bangunan di Malaysia tidak direka bentuk untuk menahan gegaran akibat gempa bumi, aliran air deras berikutan tsunami dan angin kencang.

Abang Abdullah berkata, pihaknya akan memangggil pakar luar negara termasuk dari Jepun dan Filipina bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran mengenai kaedah terbaik menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan banjir besar menerusi Simposium Kejuruteraan dan Teknologi Serantau (RSET) yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak, pada November depan.

Dalam perkembangan lain, Abang Abdullah berkata simposium itu juga akan membincangkan mengenai pelbagai isu lain termasuk soal penyelidikan dan garis panduan pembangunan teknologi hijau, sumber tenaga alternatif serta teknologi nuklear.

============================================ Tamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...