Wednesday, January 12, 2011

CHOCOLATE PEPPERMINT CAKE


Salam sume,

Hari ni sambung keje semula, semalam cuti. Cuti khas untuk negeri Johor aje, sebab semalam adalah Hari Hol Al-Marhum Sultan Iskandar. Sebab semalam cuti, jadik akak rajin le sket nak memasak, try ler mana yang patut.

Sebenonye kan, dah lama akak ngidam nak buat kek, nak try power oven kat umah tu, selama ni buat cookies jer, kek tak pernah lagi, so semalam angin rajin tu datang, apa lagi, akak try le kek ni .... Ni resepi akak cedok bulat2 dari blog Mat Gebu. Hasilnye memang tidak menghampakan, teksturnye lembut sekali, rasanye sedap bangetttt ..... cuma kalau baca betul2 resepi ni, MG tak tulis bila ketika dan waktunye nak masukkan gliserin atau fresh milk, jadik akak boh aje last sekali .... lagi satukan, kalau nengok kat blog MG, lapisan yang dia buat nipis2, tapi yang akak punye ni agak lebau2 sket, nak cepat, tu yang corak lapisan tu tak berapa nak hensem macam MG! Keyyyy boleh try lepas ni yea ....

CHOCOLATE PEPPERMINT CAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 150 gram mentega
  • 140 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 1 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan diayak)
  • 3 biji telur gred "A" (ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja)
  • 120 gram gula halus
  • 1/2 camca besar ovallate
  • 15 gram gliserin + 10 gram air (boleh ganti dengan 25 ml susu segar)
  • 1 camca besar serbuk koko*
  • 1 camca teh coklat emulco*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*
  • 3 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
  • Sedikit pewarna hijau
  • 3 titik perisa pudina

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  • Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahan kan kelajuan, masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, tambah gliserin + air tadi. Putar rata.
  • Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata. Dan satu bahagian lagi dengan warna hijau dan perisa pudina, kacau rata juga
  • Sudukan 1/2 camca besar kaler coklat, kemudian letak 1/2 camca besar kaler hijau, buat berselang seli hingga habis. Bakar 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan...
 Yang ni belum masuk oven lagi, sememeh sket ...

 
 Yang dah siap dibakar, tamak weiii ... sampai dua adunan akak buat, tapi kejap aje dah selesai .....

Monday, January 10, 2011

TERIMA KASIH ...

Salam Pagi Isnin sume,

Hai, pagi ni macam mana? Bersemanagt tak datang keje ari ni .... Waaa ..... seronok baca kisah Kak CT n the geng pegi umah Mat Gebu. Mestilah teruja sakan dapat gi bertandang ke umah blogger masakan tersohor era kini ..... Posing sakan yea ...... 

OK, akak nak dedicate something special to my ex-staffs yang sudi meraikan Jamuan Perpisahan sempena perpindahan akak ke department baru. After 7 years akak ngan dia orang, nothing much yang akak boleh katakan kat sini, just THANK U SO ...... MUCH!!! And also, thanks for the gifts also! Very nice and I Luv It So Much and Really Appreciate It!

Thanks everybody .....

Hadiah dari seluruh staf - Handbag Sembonia 
 Hadiah dari individu - pasu bunga

 Tupperware comel

 Lilin aroma terapi Lovely Lace

THANK U EVERYBODY !!! MISS U ALL AS MY COLLEAGUES!

Saturday, January 8, 2011

HEPI BESDAY MAT GEBU !!!!

Salam sume,

Hai, ari ni ari ape ekk? Sabtu ! Betulllll ...................... Ari ni berapa haribulan ekkk? Lapaaannnn ..... Betuuullll lagiii ....  Nape eehh akak asyik tanye jer???? Saje jer ..... tapikan ari ni ari sepesel buat Mat Gebu, sebab pada tarikh ni, 35 tahun yang lepas Mat Gebu dilahirkan! Yea ... kalau tak caya gi check kat blog Mat Gebu, siap letak surat beranak lagi ngko ....

Anyway 'Selamat Hari Lahir MG'. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Kita orang geng blog ni tumpang hepi ... masak ape sepesel ari ni ...... jaga2 .... nanti kena ambush !!!!!
Hadiah untuk MG 
 Tak de yang sepesel pun, cuma tanda ingatan dari rakan blogger.
Senyum, senyum, senyum, 1 2 3 .... tiup lilin .....

Friday, January 7, 2011

TIRAMISU

Salam sume,

Hai .... sekejap aje kan dah ari Jumaat. Rasa macam baru aje naik keje, dah cuti hujung minggu ... cewahhhhh ..... bunyi macam lerr rajin sangatttt, sebenornye suke tu .... berlakon jer .....

Anyway nak share resepi Tiramisu yang akak dapat dari blog Forum Resepi Diana. Rasanye blog ni dah lama tak update, tapi resepi kat blog ni setakat ni memang tak mengecewakan akak langsung! Sedap-sedap belaka. Tiramisu ni dah lama akak ngidam nak makan, nilah masa yang sesuai akak cuba. Jom nengok resepi ni, korang mesti terliur tengok gambor2 ni, rasa dia jangan cakap ler .... pehhhhhh ..... tangkap leleh wa cakap lu .... Kalau nak tengok the real tiramisu dari blog FRD, sila klik sini, yang akak ambik gambo tu tak berpotong lagi tiramisunye, bila dah potong, tak sempat plak nak ambik gambo, licin daaa ......

TIRAMISU
Sumber: Cikgu Sue

Bahan-bahannya
  • 250g krim cheese
  • 250g whipping cream
  • 100g gula
  • 1st vanila
  • 1-2 sudu besar coco powder/coffee powder
  • choc. swissroll
  • coco powder for dusting
Cara-caranya
  • Pukul krim cheese + 50g gula hingga gebu. Ketepikan.
  • Pukul whipping cream + 50g gula hingga gebu.
  • Campurkan kedua-dua adunan chis dan whip cream dan gaul dengan senduk aje. Masukkan vanila dan coco powder. Gaul sebati until combine. [D tak gunakan serbuk koko biarkan adunannya plain]
  • Penyediaan - Potong swiss roll dan susun dlm bekas ayak coco powder sedikit atas swiss roll. [D gunakan Savoiardi Ladyfiingers menggantikan swiss roll]
  • Letakkan adunan cheese tadi. Ratakan.
  • Ulang dengan swiss roll, coco dan cheese sehingga habis. Simpan dalam fridge overnight.
Nota D: Bila tiramisu dah sejuk betul baru ayakkan serbuk koko tebal-tebal atasnya, potong dan hidangkan.

 Lady fingers yang disusun rapat2 dalam mangkuk yang sesuai. Biskut ni manis sangat!!!

Ayakkan serbuk koko pada lapisan pertama lady fingers. Ayak lebih sket, baru sedap rasanye ....
Lapiskan dengan campuran cream cheese dan whipping cream, lepas tu ayakkan serbuk koko.

Thursday, January 6, 2011

2011 YANG MEMBERI SERIBU RAHMAT

Salam sume,

Rasanye hari ni hari pertama dalam tahun 2011 akak bersiaran. Selamat Tahun Baru sume. Dah hampir 1 minggu kita berada di tahun baru. Amacam? Seronok ke? Azam tahun lepas dah tertunai, kalau belum masih belum terlambat untuk berusaha ke arah yang positif.

Pembuka tirai 2011, akak sekeluarga meraikan hari lahir 3 insan penting dalam keluarga kami. Abah, atuk dan anak akak sendiri. Meraikan besday Iman yang dah lepas pada Dis. 2010 dan besday abah serta atuk pada Jan. 2011. 

Biase le, bila berkumpul, makanan yang dihidangkan pun pelbagai. Antara yang sempat dihidangkan adalah Yong Taufu, Ayam Goreng, Makaroni Bakar, Spaghetti Goreng, Tiramisu, Paf Daging serta buah-buahan. Majlis ni akak yang anjurkan kat umah akak sebab senang nanti akak anak-beranak yang mengemas. So .... inilah sebahagian detik2 indah dan menu yang sempat dirakamkan. Enjoy ......

Iman menanti yang lain datang dengan penuh boring!!!

Tahap kesabaran makin kureng sebab tak sabo nak potong kek!

 Parti baru nak mula ...

Birthday girl

 Main course !!!

 Kak atas meja tu ada kek dan tiramisu

 Akhirnye kek berjaya dipotong

 Say : Cheese .... sebab kek tu adalah cheese cake from secret recipe!!!
 Spaghetti Goreng

Sayuran dan taburan serta sambal lada untuk Yong Taufu

 Aksesori Yong Taufu

 Lagi aksesori tambahan ....

 Tauhu

 Kangkung

 Paf Daging

 Ayam Goreng

 Makaroni Bakar

 Last sekali .... Tiramisu, yang ni abis dulu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...