Wednesday, April 6, 2011

ROTI LAPIS DAGING


Salam sume dan selamat pagi,
Dah hari Rabu dah ari ni. Amacam minggu ni, seronok bekerja. Mood bagus???? Akak rasa minggu ni ok, cuma sibuk sket pasal dah 1 minggu tinggalkan ofis, so banyak keje yang tertangguh, kena speed-up lerr, dah banyak bende tercicir sejak pindah department baru ni, macam tak terkejar kita dibuatnye ......

Ok, ari ni nak share 1 resepi yang sedap pada tekak akak. Akak buat ni dalam seminggu lepas, sebelum gi KT ari tu, nak abiskan stok roti kat umah tu, daripada berkulat, baik diternak dalam perut! Inti pulak memang dah sedia ada, haaa lagi senang ler projek ni nak di on kan ..... makan masa panas2 lagi cun, sebab bila dah sejuk agak muak sket, pasal bahagian atas tu ditabur ngan cheese. Resepi ni akak ambik dari blog hanamemories. Cubalah, buatnye pun senang jer ...... pasti menu yang lain dari yang biasa. Cuma masa akak masak roti ni, akak guna roti whole meal dan akak tabur lada merah dan hijau hiris pada setiap lapisan untuk datangkan rasa pedas yang exxtttraaveganza!!!! Ok, selamat mencuba, moh nengok resepi ni .......


ROTI LAPIS DAGING
Sumber : Hanamemories

Bahan-bahan
  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)-hana gune cheese mozarella
  • Sedikit margerin untuk melenser
Cara-cara
  1. Blend bawang + bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang + kentang + garam
  2. Satukan Susu + telor+secubit garam
  3. Pukul susu + telor + garam hingga sebati
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos 
Yang dah siap dibakar, harum baunye, menggoda selera u!

2 comments:

  1. k.ina nyer resepi ni best2 tau..nak try gak la

    ReplyDelete
  2. rajin2 ler browse blog lain jugak, akak ni pun kekadang x tau ape nak masak, kalau tekak ni meragam, tu yang mula merayau cari resepi kat blog org lain. anyway thanks sudi rayau ke blog akak, mana yang sedap nanti akak boleh rekemen key!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...