Tuesday, July 26, 2011

KARI AYAM


Salam dan selamat pagi sume,

Hai, morning everybody ......amacam semalam? Indah? Seronok? Bagi akak semalam yang dah berlalu tak perlu dikenang, hari ini yang perlu dihadapi dengan penuh ketabahan. Semakin hari dugaan yang datang tak terduga, harus kuat dan tabah untuk mengharungi masa mendatang, bijak berfikir lebih mulia dari bijak berbicara tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain ....

Cewahhh ... apasal pagi ni macam jiwang berkarat jer ????? Pasal semalam kena ceramah ngan big boss yang ntah apa2 jer .... Untuk berubah bukan sekadar mendengar pandangan orang lain, tapi menghayati kenapa kita dipandang sedemikian rupa oleh kebanyakkan orang dan memilih untuk berubah bukanlah satu keputusan yang mudah! Boleh berubah, tapi mampu tak kita mengekalkan perubahan yang kita laksanakan supaya perubahan itu dilihat sebagai sesuatu yang positif dan bukan berubah untuk dipandang mulia dan mendapat pujian dari orang lain ...... Yang penting niat perlu diperbetulkan. Insya allah kita akan menjadi yang lebih baik dari yang kita harapkan .... Itu ulasan ringkas mengenai kes semalam yang berlaku kat ofis ni .....

Tulah sebabnya nape akak suka sangat bila tiba ari Jumaat, duduk ofis ini buat pening kepala jer. Namun amanah perlu dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas. Yang penting kita tahu apa kita perlu dan patut buat sebagai seorang pekerja dengan penuh rasa tanggungjawab!


Dah ler ... tak nak cite lagi pasal ofis, buat potong stim nak cakap pasal makan-makan jer .... betul tak??? Kat blog ni kita nak hepi2 ........
Wokehhh .... masih kisah semalan, tapi pasal menu ..... Kari Ayam! Akak sebenonye tak suke sangat kari, tapi pasal dah lama tak masak, so teringin lah pulak! Bila dah masak, nak makan tu selera tak datang ler pulak, sudahnye suapkan si budak Iman makan jer ........ bukan pasal lauk ni tak sedap (cewah, tak ngaku ler pulak ....) tapi pasal perut ni macam kenyang semacam jer .... tapi pakwe akak bertambah makan nasi semalam, mana tak nye, ada ikan sepat masin dan sambal belacan, laju jer dia soruuuu ...... Jom, kita tengok resepi ni, kalau suke nak cuba, boleh ler ambik resepi ni, lain kali pun boleh try ......


KARI AYAM
  • 6 ketul isi ayam
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4 sudu besar bawang merah kisar*
  • 2 sudu besar lada giling kisar - kalau tak suke pedas, boleh kurangkan atau tak yah letak langsung
  • 1 sudu teh halia kisar *
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 labu bawang besar, mayang kasar2
  • 2 sudu besar rempah kari daging, bancuh ngan sikit air
  • 1 pelepah daun kari
  • 1 mangkuk kecil santan pekat
  • 6 sudu besar air asam jawa
  • 1 mangkuk kecil air
  • 1 biji kentang potong kecil
  • 1 biji tomato potong 8
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis


Cara-cara
  • Panaskan minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bawang mayang, goreng hingga wangi.
  • Masukkan daun kari dan bahan bertanda * dan goreng hingga garing. Masukkan lada giling dan biar hingga pecah minyak.
  • Masukkan rempah kari, gaul dan biar seketika.
  • Masukkan kentang dan air, biar seketika. Masukkan air asam dan ayam, dan masakkan hingga ayam dan kentang agak empuk.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa dan juga santan pekat. Gaul rata dan kecilkan api supaya santan tidak berbintil dan kuah kari kelihatan cantik.Akhir sekali masukkan tomato dan biar sektika, padamkan api.
  • Angkat dan sedia untuk hidangan bersama nasi, roti dan pilihan yang lain.

6 comments:

  1. kak : kari ayam cicah roti jala best kan..pastu ratah plak leher ayam...mmm...mabelessss

    ReplyDelete
  2. k.ina...kalau ade resepi biskut raya best2..share ek..thn ni nak try resepi biskut suji akak ler...cam best jek nengoknyer..pastu akak ckp best lak...cara N bahan pun sonang...

    ReplyDelete
  3. salam intan,

    tahun lepas first time akak buat kuih raya, cuma 3 jenis ni ajer ler yang akak boleh suggest. tahu ni akak nak try german cookies, dah ramai blogger try buat dan semua komen biskut tu sedap. cuba intan browse kat blog mat gebu dan masam manis. tapi kalau nak buat biskut suji tu, jangan buat 1 adunan terus, banyak! cuba buat separuh dulu, tapi rasanye memang sedap sebab ada badam kisar. biskut niemann-marcuss tu kalau tak cuba memang rugi besar .... sedap gilossssssss

    ReplyDelete
  4. kalau ina dah ckp sedap gilosssssssssss tu mmg harus kena wat ni...

    ReplyDelete
  5. salam intan,

    semalam akak dah buat biskut niemann cookies ni. 1 adunan dapat banyak u .....

    ReplyDelete
  6. tayang ler gambo nieman cookies tu...nak nengok gakkkkk yg latestnyerr

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...