Selamat pagi,
Dah sarapan ke sume? Cuaca mendung aje ari ni, perut pun macam lapo jer .... dah makan pun macam lapo jer lagi ... tak baca bismillah ke masa makan tadi? Kalau dah lapo tu nak buat macam mana ..... Keyy lah cite lebih2 pun tak guna, meleleh air liur nanti!!! Tapi kan ni nak share resepi yang tangkap leleh punye.
Macam biase, akak ambik resepi ni dari blog Mat Gebu. Akak saje jer beso kan gambo tu, nak kasi semangat kat korang try cupcake ni, memang sedap tahap gaban ngko! Yea ..... akak sekali buat adun 2 adunan sekali gus!!! Dapat ler dalam 19 cups. Sedap, sedap, sedappppppppp ..... try, rugi korang tak try ..... Sedap bangettt ........................GERENTI 100%!!! Cepat tryyyyyy !!!!!!!
OREO CUPCAKES
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
- Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja....
No comments:
Post a Comment