Thursday, March 24, 2011

SCRAMBLE EGG WITH SAUSAGE


Salam sume,

Sekali lagi bersua, tapi kejap aje ni .... ada keje lain yang nak dibereskan, ni pun mencuri masa keje jap, kalau boss nampak, mau nye dihalau suruh balik umah, sibuk nak memasak jer keje nye .....

Semalam sume orang macam kenyang tahap ultraman sebab makan mee hoon goreng kat umah mak petang semalam, so akak tak masak nasi, tapi buat telur hancur ngan sosej makan ngan roti. Tapi kalau nak dijadikan inti sandwich lepas tu bakar kat toaster pun ok gak, lagi sedapa kut, tapi pasal malas, so kita orang makan ngan roti yang dikerat 4, pas tu main cekut jer kat roti tu and telan ........

SCRAMBLE EGG WITH SAUSAGE
  • 3 biji telur*
  • 3 batang sosej ayam @ daging
  • 1-1 1/2 sudu kecil mayonis*
  • 1 sudu kecil sos tiram*
  • Sedikit garam*
  • Serbuk perasa*
  • Lada sulah*
  • Daun sup*
  • Daun bawang*
  • 1 biji bawang holland - potong dadu
  • Minyak
Cara-cara
  • Panaskan sedikit minyak, masukkan sosej dan goreng hingga garing sikit.
  • Masukkan bawang dan kacau rata hingga agak layu.
  • Bancuh bahan2 bertanda * dalam mangkuk dan curah masukkan ke dalam kuali tadi dan biar seketika hingga telur agak menggeras sikit.
  • Kacau rata hingga telur garing dan masak.
  • Angkat dan hidangkan bersama roti atau roti pita untuk dijadikan kebab.

1 comment:

  1. askm k.ina....hehehhe...pg ni sya dah wat resepi ni utk srpn n bekal ke opis....yummy...tq k.ina yer..bg idea...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...