Tuesday, March 22, 2011

UBI REBUS GORENG REMPAH

Salam sume,

Semenjak dua menjak ni, cuaca tak berapa cerah ler, risau lak .... next week dah nak kena pegi Kuala Terengganu, ada kursus kat Unisza kampus Gong Badak!!! Harap2 cuaca elok lah hendaknye, takat hujan sekejap-sekejap tu ok lagi, bimbang lak banjir kat Pantai Timur .... semoga Allah mepermudahkan segalan urusan akak hendaknye ....

Dah jemu asyik makan nasi beriani n nasi minyak, last Sunday akak buat ubi ni! Sedapnye makan ramai2, kebetulan mak n abah ada kat umah, apa lagi ..... laju jer memasing makan! Tapi tak pe, bior habis, daripada simpan dalam fridge, ntah bila kala lagi ler nak makan ubi ni! 
Senang jer masak ubi ni, kalau tak caya cuba korang buat, sapa2 yang ada kampung, balik kampung nanti boleh cuba, kat kampung senang nak dapat ubi! Asyik makan ubi cicah sambal tumis jer, boring gak ..... sesekali ubah selara ..... kita buat dia, yang pasti sedap dimakan ......


UBI REBUS GORENG REMPAH

Bahan-bahan
  • 2 kg ubi - buang kulit, cuci bersih, rebus hingga empuk dengan air hingga tenggelam ubi dan tambah garam sket, toskan
  • 3 sudu besar rempah kari ikan - bancuh dengan sedikit air
  • 6 sudu kecil jintan kasar - kisar halus**
  • 3 sudu kecil jintan halus - kisar halus**
  • 1 genggam ikan bilis - rendam dan tumbuk kasar2*
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar*
  • 3 sudu kecil jintan kasar***
  • 1-2 sudu kecil jintan halus***
  • 1 pelepah daun kari*
  • Sedikit halia - tumbuk halus*
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1 sudu makan gula
  • Minyak
Cara-cara
  • Tumis bahan bertanda * hingga wangi dan garing. Masukkan rempah kari dan gaul rata.
  • Masukkan bahan bertanda ** dan bair seketika. Kemudian masukkan bahan bertanda ***. dan gaul rata.
  • Bila rempah dah garing, masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Gaul rata.
  • Masukkan ubi, gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...