Tuesday, March 15, 2011

POTATO WEDGES - READY MADE SPICES

Haa .... salam sume,

Selamat tengahari, masa tido dah sampai!!! Mana nak pegi tu? Hah! Cari makan tengahari? Makan apa tengahari ni? Kat luar tu cuaca dah mula panas, harap2 jemuran kat umah tu kering ler hendaknye .... ada 1 trip lagi nak kena basuh dalam mesin tu! Panas2 macam ni malas pulak nak keluar dari ofis, dah sedap duduk dalam air-cond, kena panas sikit pun tak boleh!!! Mengada betull ................

Petang ni plan nak masak sup sayur aje ler ngan ikan goreng! Sawi putih n sawi jepun masih ada lagi, ok lagi ke tidak ekk? Dah lama gak sayuran tu bertapa dalam fridge .... maklumlah asyik gi kenduri jer, dapur pun tak jenguk2 akhir2 ni .....

Kalau rasa nak ubah selera makan yang ringan2, bolehlah cuba kentang ni ..... ni namanye resepi bidang terjun! Dah tak tau macam mana nak digayakan, maka jadilah kentang ni. Sedap gak, pakwe akak kata sedap, banyak dia makan semalam. Tapi pada yang tak tahan pedas, boleh ubah tepung ni kepada original flavor. Senang jer .... beli tepung ni kat supermarket atau kedai runcit berhampiran. Ni sampel nye ......

  

Ok, jom tengok cara mudah nak kenyangkan perut ....keh keh keh keh ......

POTATO WEDGES - READY MADE SPICES
  • 6 biji kentang - kupas kulit, potong memanjang 4 bahagian. Rebus selama 20 minit dan toskan.
  • 1 biji bawang holland - potong bulat seumpama gelang.
  • Tepung gorengan serbaguna - akak guna jenama BESTARI
  • Air
  • Minyak untuk gorengan terendam

Cara-cara
  • Masukkan tepung sebanyak 4 sudu besar ke dalam bekas yang sesuai dan campur dengan sedikit air. Jangan terlalu cair.
  • Masukkan kentang yang telah direbus dan gaul rata.
  • Dalam bekas lain, masukkan 2 sudu besar tepung dan golekkan kentang tadi pada tepung dan goreng hingga garing dan kekuningan. Setelah selesai boleh ulang untuk proses yang sama untuk  goreng bawang pula.
  • Angkat dan toskan, sedia untuk dihidang.

3 comments:

  1. nak try la...k.ina..kalau guna tpung kentucky tu bleh x?kat umah ade stok tpung tu la...

    ReplyDelete
  2. salam intan, rasanye tak jadi masalah, sebab asal tepung yang akak guna ni pun untuk goreng ayam, mcm dalam gambo tu .... cuma akak ubah kepada kentang aje. kalau tepung kfc, kenalah ikut tatacara kat kotak tepung tu ... kentang tu direbus dulu supaya bila menggoreng, tepung dah garing, isi kentang pun empuk sama, tak ler keras kojol ...... alahhhh kita buat dia, mesti boleh, yang pasti beressss ....

    ReplyDelete
  3. ska aa jwpan akak ni...mmg kna ngan jiwa sya la...kalau leh jmpa real ni msti best borak kan...ekekkeke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...