Thursday, February 24, 2011

TEMPURA VS NASI GORENG


Salam sume dan selamat pagi,

Hari ni sume sihat? Dah nak sampai penghujung minggu. Rasanye minggu ni mood macam slow jer walau pun rutin kerja sibuk dengan tugas yang tak menentu! Dah hampir 2 bulan berada di tahun baru dan di ruang kerja baru, keserasian tu belum berapa nak ngam ler ..... Bukan tak suka, tapi macam blurr lagi lerr ... nape ehh? Bunyi macam tak suke aje!!! Actually bukannye tak suke, tapi enjin lambat panas ler kat tempat baru ni!

Hummm.... hari2 makan bende yang sama pun boring gak! Jadik tukang masak pun boring, tak tau apa nak masak! Nak cari kelainan tu yang leceh ..... Sebab dah tak de idea nak masak apa, sudahnye inilah yang akak bege2 untuk dinner semalam! Amacam ok tak masakan Jepun jumpa masakan Malaysia!!!

Sesekali tukar selera pun key gak, tapi kalau tak masuk selera n tekak korang soriiii lerr ...... Kalau korang nak try, tak susah pun nak buat tempura ni, tepung ready made sedia terjual di merata pasaraya, cuma nak kena rajin redah aje ...... Keyy lah, cakap lebih2 pun tak guna, jom tengok resepi mudah ni .... cuma satu akak nak pesan, masak tempura ni cepat muak, so goreng sikit2 dulu sebab kalau makan tempura yang dah sejuk, memang tak cun ....... nak makan baru goreng, baru ngammm sehhhh ......


TEMPURA UDANG DAN BAWANG

Bahan-bahan
  • Udang - buang kepala dan sebahagian kulit badan
  • Bawang holland - potong bulat lebar2 @ onion ring
  • Tepung tempura - akak guna jenama Bestari
  • Lada sulah
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air sejuk
  • Minyak untuk gorengan terendam
Cara-cara
  • Bancuh tepung tempura, garam, lada sulah dan serbuk perasa bersama air sejuk. Kelikatan tepung mesti tidak terlalu cair, sebab kalau cair bila goreng udang dan tepung akan terpisah, sudahnye terlanjang ler udang korang nanti. Biar pekat tak pe.
  • Celup udang dan bawang dalam tepung. Pastikan bersalut penuh, especially udang, sebab kalau tengah goreng, bahagian udang yang tidak disalut tepung akan menghasilkan letupan minyak.
  • Goreng hingga kekuningan, angkat dan hidangkan bersama sos atau menu sampingan seperti nasi goreng dsbnya.
NASI GORENG 

Bahan-bahan :- 
  • 1 1/2 pot beras yang telah dimasak menjadi nasi
  • 7 batang lada merah 
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 5-6 sudu besar bwang merah kisar*
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar2
  • 1 genggam ikan bilis yang telah disiang bersih - rendam sekejap
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara-cara :-
  • Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda *. Goreng sehingga naik bau.
  • Masukkan lada, bawang besar dan ikan bilis yang telah ditumbuk kasar2, @ boleh gak ditumbuk hingga lumat. Kalu malas blend jer, semua lumat. Goreng hingga garing.
  • Masukkan telur, biar seketika agar telur mengeras, kacau dan masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul lagi hingga rata. 
  • Masukkan nasi, gaul rata. Hidangkan dalam pingga yang sesuai, tabur ngan daun sup atau daun bawang serta bawang goreng.

Wednesday, February 23, 2011

KARI IKAN KURAU ASIN

Salam sume,

Hari ni amacam? Dah hilang Monday Blues? Dah masuk ari Rabu, takkan masih tak hilang lagi blues clues ...... hahaha ... tu kartun yang anak akak suka nengok, kartun anjing biru bernama blue clues!

Dalam minggu ni agak sibuk skety ler, jadik nak upload N3 pun macam tak berapa nak sempat! Kadang2 bila sibuk ni bagus gak, masalah dalam kepala kurang bersarang, kalau tak berapa nak sibuk, kepala pening asyik fikir masalah! Masalah ni sebenonye bagus ke tak? Tengok gak ler, kalau banyak sangat masalah pun boring gak!

Ok ler, kali ni nak share resepi lauk orang dulu2. Masa kecik2 dulu, mak akak selalu gak masak lauk ni, tapi kalau orang tua2, suka makan isi ikan kurau yang lekat kat tulang! Sedap ngko! Kari Ikan Kurau Masin ni kalau nak masak kenalah rendam ikan kurau asin ni untuk buang masin ikan ni! Air rendaman pun kena kerap ditukar. Masa akak masak lauk ni, akak rendam ikan dari pagi sampai ke petang! Kalau tak mau melambung tinggi tekanan darah lepas makan. Lagi satu supaya tidak terlalu masin kuah kari tu, sebab garam pada ikan asin tu akan meresap ke kuah! Oklah, tanpa membuang masa, mari kita nengok resepinye .....

KARI IKAN KURAU ASIN

Bahan-bahan
  • 2 keping isi ikan kurau asin, kalau besar dan lebar boleh potong kecil sedikit
  • 2 sudu besar rempah kari ikan - bancuh dengan air sikit
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar*
  • 2 sudu besar lada giling*
  • 1 sudu kecil halia kisar
  • 1 pelepah daun kari
  • 1/2 biji bawang besar - mayang kasar2
  • 1 peket santan serbuk - bancuh dengan 1 cawan air
  • 1 cawan air asam jawa - agak2 bila masukkan dalam kuah kari
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Terung - potong 8
Cara-cara
  • Panaskan minyak. Tumis daun kari dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan bahan bertanda * dan halia, dan kacau hingga garing.
  • Masukkan rempah dan kacau lagi hingga garing.
  • Masukkan sedikit air dan air asam jawa.
  • Biar mendidih seketika, masukkan ikan kurau asin dan biar mendidih.
  • Masukkan serbuk perasa dan garam.
  • Masukkan santan dan kecilkan api. Bila hampir masak, masukan terung, biar seketika dan padamkan api.
  • Sedia untuk dihidangkan.
  • Pastikan penggunaan garam di kawal kerana garam dari ikan kurau asin akan menyebabkan kuah kari terasa garamnya.

Monday, February 21, 2011

PAI INTI TELUR

Hai,

Bersua kembali! Ari Senin ni selalunye angin malas ni datang! Malas? Bukan malas, kurang rajin, tu yang Mat Gebu selalu sebut! Nak start enjin kasi panas awal minggu ni memang ler ...... macam nak tak nak jer datang keje ari ni ...... tapi datang ler jugak! Dah ler Ina, kalau dah malas tu, satu bende pun tak jadikk!!!!

Tapi bila tiba bab masak2 ni, akak terus jadik rajin, tak tau ler, mood masak tengah baik sekarang ni .... tu yang meluap-luap nak ke dapur ......

Datang angin rajin, satu hari samapai 3-4 jenis masakan akak boleh buat! Kalau datang angin malas, warung ler jadi mangsa akak beli makanan tapau!

Pada yang gemar makan pastri, ari Sabtu lepas akak buat pai. Pai inti telur. Actually inti telur tu ada lebih masa buat roti poket, lepas tu akak bukak freezer ada pulak pastri segera jenama 'kawan'. Bukak telap barangan kuih, jumpa plak casing foil untuk pai. Huhhhh , apa lagi on ler project buat pai .... senang ajer .... tak susah, kalau tak caya cuba korang nengok resepi ni ........ Inti tu kalau korang nak ubah pada ayam ke, daging ke, kerbau ke, udang ke, ketam ke, sotong ke, suka hati korang ler, yang penting sedap ...... tapi kalau anak akak, makan kulit pai jer, inti dia buang, rugi ngko, penat akak masak inti ...... lain kali akak nak buat Pai 'O', khas untuk orang yang tak suke inti macam si Iman ......

PAI INTI TELUR
  • 1 paket pastri segera jenama 'kawan' - ada 10 keping
  • 1 biji telur
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak
Inti
  • 3 kentang - kupas kulit, potong dadu
  • 3 biji telur ayam*
  • 1 biji bawang holland - potong dadu*
  • Lada sulah*
  • 1 sudu besar sos tiram*
  • Garam*
  • Serbuk perasa* (satukan semua bahan ini)
  • Panaskan minyak, goreng kentang hingga kuning, masukkan bancuhan * dan kacau hingga garing.
Cara-cara
  • Terap 1 keping pastri dengan acuan bentuk bulat yang bersaiz besar sedikit dari saiz foil cup.
  • Sapukan foil cup dengan minyak.
  • Masukkan kepingan bentuk bulat ke dalam foil cup.
  • Masukkan inti.
  • Potong lebihan atau reje pastri tadi untuk hasilkan bentuk silang pada bahagian atas inti. Tekan bahagian tepi kulit pastri dengan hujung garfu supaya kelihatan corak yang cantik.
  • Sapukan telur dan tabur dengan serbuk lada hitam.
  • Bakar hingga masak dan kekuningan pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 40 minit - 1 jam.

UBI REBUS GORENG JINTAN

Salam sume,

Hai, rasa macam dah lama sangat tak upload story kat blog ni. Last week pak we akak keje night shift, so bila balik umah berebut2 nak siapkan masak dan makan malam pak we, so tak banyak story boleh up! Tapi minggu ni pun tak kurang juga sibuknye. Start from tomorrow, ada macam2 aktiviti sempena Book Fair kat UTM ni, jadiknye kepala otak tengah pikir apa nak borong kat gerai jualan tu .... belum gaji, tapi kaki ni gatal jerr nak pegi gerai jualan ........

Petang ni baru lah bernafas sket, pagi tadi meeting ngan 2nd big boss. Agenda yang akak bawa pun agenda 'bidan terjun'! Balun jer ler .....

Petang ni pun cuaca cantek!!! Cerah dan berangin. Dari dinding kaca ni nampak indah belaka .... kat sini dalam ofis air-cond memanjang, selsema pun susah nak sembuh .....

Ok, today nak share resepi yang mudah lagi senang! Mula2 akak makan ubi rebus goren jintan ni kat umah kawan akak di Batu Pahat (BP), mak dia yang buat, sedapnye ..... habis sepinggan kita orang bedal!!! Memandangkan bebudak tak berapa suka makan ubi, akak jarang sangat buat kuih ni, tapi ari tu tekak ni teringin bebeno nak makan ubi ni, tu yang akak dera pak we akak pegi pasar beli ubi! Hah ngko, sekali 2 kilo dia beli .... hasilnye seperti yang korang dapat lihat! Cubalah memang sedap, asyik nak mengulang makan aje ......

UBI REBUS GORENG JINTAN

Bahan-bahan
  • 2 kilo ubi - kupas kulit, bersihkan dan rebus dengan sedikit garam hingga empuk
  • 2 sudu besar jintan kasar*
  • 1 sudu besar jintan halus*
  • 1 sudu besar ketumbar*
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 genggan ikan bilis - ditumbuk halus
  • 1 pelepah daun kari**
  • 5 batang cili padi - belah dua**
  • 1 sudu besar bawang putih kisar**
  • 4 sudu besar bawang merah kisar**
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Sedikit gula
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumis bahan bertanda **, ikan bilis hingga garing. Masukkan bahan bertanda * yang telah dikisar halus dan kunyit.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
  • Masukkan ubi rebus, gaul rata-rata supaya tiada bahagian ubi yang tidak tergaul dengan rempah.
  • Angkat dan hidangkan.

Wednesday, February 16, 2011

PUDDING ROTI BERLAPIS KOKTEL

Salam sume,

Dah lama tak upload N3. Tak de story laa .... lagi pun macam busy je ..... idea tak de pun tak best gak nak menulis dalam blog ni. Aktiviti masak-memasak pun agak kureng sket pasal stok tak de, kalau ada stok pun, resepi tu dah penah upload, so tak best ler. Kalau boleh nak ler share something new kat sini, orang pun tak boring nak lawat blog kita .... cewah, macam bagus sangat !!!!!!

Ok lah, semalam akak sempat buat puding yang dicedok dari blog SueJ. Pudding ni pada akak sedap, lebih2 lagi ada kuah kastard. Cuma akak kurang beberapa bahan, so belasah jer ler ngan apa yang ada. Kalau korang tengok yang SueJ buat, color kuah kastard tu oren, yang akak buat kalernye kuning sebab tak de esen oren, tapi rasanye sedap jugak! Kalau korang nak try, ambik resepi ni, akak copy n paste dari blog SueJ. Boleh cuba, senang sangat nak buat puding ni, sambil masak lauk pun korang boleh buat! Ok, jangan lupe mencuba yea .......


PUDDING ROTI BERLAPIS KOKTEL

BAHAN-BAHANNYA:
 
PUDING:
  • 8 - 10 keping roti - dibuang kulit tepi
  • 80 gm mentega
  • 50 gm kismis
  • 100 gm buah pic
  • 100 gm buah koktel
  • 50 gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 3 cawan susu segar
SOS KASTAD:
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepung kastad
  • 2 s/b gula
  • Sedikit pewarna oren
CARA-CARANYA:
 
PUDING:
  • Roti dipotong kepada 3 segi kecil.
  • Susun roti dalam bekas bersesuaian yang telah disapu sedikit mentega, taburkan kismis, fruit cocktail, buah pic dan sebahagian daripada gula.
  • Lebihan roti pula disapu dengan mentega pada kedua-dua bahagian roti.
  • Susun di atas buahan tadi dan taburkan lebihan gula.
  • Didalam bekas yang lain, pukul telur dan susu segar, kemudian tuang kedalam loyang perlahan-lahan.
  • Rehatkan selama 30 minit, kemudian baru dibakar selama 30 minit pada suhu 190c.
  • Bila puding masak, biarkan sejuk barulah dipotong.
SOS KASTAD:
  • Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak diatas api sederhana sambil dikacau sehingga mendidih dan nampak pekat, angkat dan sejukkan.
  • Tuang atas puding yang telah dipotong dan hidangkan.

Wednesday, February 9, 2011

MEE MAGGI GORENG


Salam sume,

Salam juga untuk rakan-rakan akak yang sedang menghadiri kursus berblog! Lepas ni ramai ler yang akan duduk terpaku depan komputer untuk mengarang blog masing2. Tahniah! Makin ramai warga blog kat sini!

Actually kan, akak baru terperasan ari ni SueJoshua dah jadik follower ke-3 akak! Ya Allah, selama ni dua orang ajer ngko, tapi akak tak kesah pun pasal kurang follower, yang penting akak dapat share something yang berguna dengan korang! Tima kacih Sue ........ sudi jadi follower akak ni!

Ok lah, dah beberapa hari tak upload N3, petang ni tangan gatal lak nak menaip, lagi pun mood keje dah down sket! Kali ni nak share masak mee maggi goreng! Maggi tu dah sinonim dengan orang kita ni, jadik nak bagi tau, akak bukan guna mee jenama MAGGI, tapi guna non-fried noodles yang mudah diperolehi dari pasaraya dan kedai runcit di sekitar kita ni .... Ok, tanpa membuang masa, mari kita jenguk resepi mudah lagi mengeyangkan ini .... jom kawan2 .....

  
Non-fried noodles jenama Cintan


MEE MAGGI GORENG

Bahan-bahan :
  • 1/2 bungkus non-fried noodles - direbus dan tambah dengan sedikit minyak hingga lembut dan toskan. Jangan rebus lama2, nanti benyek@lembik!
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4 sudu besar bawang merah kisar*
  • 6-8 sudu besar lada kering kisar
  • 2 biji telur
  • 2 batang fish cake - hiris nipis
  • Fish ball - optional - hiris nipis
  • Garam
  • Serbuk Perasa
  • Sos tomato - lebih kurang 1-1 1/2 sudu besar
  • Gula
  • Minyak
Cara-cara :
  • Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda * hingga wangi. Masukkan lada kering kisar dan goreng lagi hingga garing.
  • Masukkan sos tomato, jangan terlalu banyak, nanti masam, agak2.
  • Gaul rata. Masukkan fish cake dan fish ball. Gaul rata dan masukkan telur, biar seketika dan gaul bila terus agak mengeras.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa, gaul rata.
  • Masukkan mee yang telah ditoskan, gaul rata, angkat dan hidangkan.

Monday, February 7, 2011

KEK LAPIS ASAM MANIS KUKUS

Hai hai hai .....

Asyik masuk N3 jer, ngantuk pun hilang, hai ...... habis ler power nap akak tengahari ni!!!

Nie nak share satu lagi resepi sedap, tapi pada akak agak manis sket! Sebenonye segan nak letak gambo kek ni! Korang nampak tak lapis asam tu berterabur macam tak semenggah! Bukan macam lagi, tapi memang tak semenggah! Tak pe, first try buat kek ni, dah tau mana silapnye, lain kali kena beringat. Tapi akak nak tayang gak, sebab sepanjang cuti 4 hari ni, kira cuti paling terror dalam sejarah hidup akak1 Sebab hari2 akak buat kuih tanpa jemu ...... Kalau korang nak lihat hasil sebenar kek ni, gi sini, macam langit ngan bumi kalau ngko tengok yang akak buat ni. Tapi yang penting, pakwe akak suke, dia kata sedap, lembap jer kek ni .... I lup u darling!!!!

RESEPI KEK LAPIS ASAM MANIS KUKUS

Bahan-bahan (loyang 8 x 4.5 x 4.5)
  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflakes secukupnya
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara-cara
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).
  6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.

ROTI POKET

Salam,
Ni N3 ringkas jer, mata ngatuk aaaa ..... 

Jumaat lepas akak try buat roti ni, sedap ngko makan panas2! Tapi inti tu akak tak ikut resepi MG, akak ubah sebab stok tak de, jadi guna apa yang ade je, janji kenyang dan sedap! Moh try buat .....

ROTI POKET

BAHAN ROTI :-)
6 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
1 biji telur, pukul sedikit
Secukupnya serbuk roti, mat guna kaler kuning

BAHAN INTI :-)
2 keping daging burger, hancurkan
1 biji bawang holland saiz sederhana, cincang
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar rempah kari daging
1 pokok daun sup hiris
1 camca teh kicap cair
1/3 cawan air

INTI BUAT SENDIRI :
  • 3 kentang - kupas kulit, potong dadu
  • 3 biji telur ayam*
  • 1 biji bawang holland - potong dadu*
  • Lada sulah*
  • 1 sudu besar sos tiram*
  • Garam*
  • Serbuk perasa* (satukan semua bahan ini)
  • Tomato - potong nipis untuk hiasan
  • Panaskan minyak, goreng kentang hingga kuning, masukkan bancuhan * dan kacau hingga garing.
BAHAN LAIN :-)
Hirisan halus kobis
Hirisan timun
Hirisan tomato (tak letak sebab tak de)
Sos pilihan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan gaul rata. Tuang sedikit air dan kacau rata. Masukkan daging burger yang telah dihancurkan, kacau. Tuang baki air dan masukkan serbuk lada hitam dan kicap cair. Masak hingga kering, rasa dan jika ok matikan api. Masukkan daun sup dan gaul rata. Ketepikan.
  2. UNTUK ROTI :- Ambil dua keping roti, tindihkan, kemudian canai hingga leper, potong bentuk bulat (mat tekan guna tupperware bulat saiz 4 inci), alihkan dan buat kaedah sama pada baki roti tadi. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup roti tadi dalam telur, kemudian golekkan atas serbuk roti sehingga bersalut. Goreng hingga kuning keemasan, masa ni roti akan melembung membentuk poket. Angkat dan toskan.
  3. UNTUK ROTI POKET :- Belah dua roti tadi, kemudian kemaskan poketnya, susun timun, kemudian tomato dan kobis. Akhir sekali isikan dengan intinya, paip sos kegemaran dan hidangkan segera....

SPAGHETTI OLIO

Salam sume,

Kejap jer dah tengahari ekk! Tulah .... orang rajin memang macam tu, tak sedar masa berlalu begitu pantas .... cewahhh .... macam bagusss!!!! Siapa nak puji diri kalau tak sendiri! Nak suruh orang lain puji, nanti kata menunjuk2 pulak! Tak kuasa akak! Yang penting niat kena betulll ....

Ok lah, korang dah lunch ke belum? Ada ura2 ke nak makan masakan western? Kalau ada, akak nak suggest korang masak resepi ni ..... tapi akak masak ni untuk breakfast, dah tak de bende nak digayakan untuk serapan, ada spaghetti ni, akak belasah jer ler .... janji kenyang. Tapi sedap gak, cuma agak pedas sket! Kalau nak try, masak separuh bungkus spaghetti dulu, kalau kena ngan tekak korang, baru ler belasah lebih sket nanti, tapi akak suke, sedap ngko, Iman pun suke, budak tu bab makan memang pandai merasa, tekak macam tekak orang tua!!!

SPAGHETTI OLIO

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti
1 biji bawang holland (bawang besar kaler kuning), didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 biji green capsicum, dadu
1/4 biji red capsicum, dadu

4-5 biji cili padi, dititik (optioanl)
1/2 camca teh herba Basil (jenis kering dalam botol)
1 helai bay leaf
5 biji buah zaitun hijau
5 biji buah zaitun hitam

6 ekor udang besar, dibersihkan
1 biji tomato merah, didadu
Garam secukup rasa
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis (guna minyak zaitun biasa, bukan jenis "extra virgin")

Yang tulisan bold warna merah tu akak  tak de stok, jadi akak ganti ngan bende2 ni :
  • 2 batang sausage ayam
  • 4 batang crab stik
  • 1 batang carrot saiz sederhana - potong lidi mancis
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan spaghetti, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan bay leaf, tumis hingga layu dan masukan tomato. Masak hingga tomato lembut. Tambah udang, red dan green capsicum serta buat zaitun hijau dan hitam. Kacau rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.
  3. Masukkan herba Basil, lada hitam dan garam secukup rasa. Tambah spaghetti tadi dan gaul rata hingga mesra. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan segera, jika suka boleh tabur sedikit lagi lada hitam sebelum dihidangkan...

KEK MEWAH

Salam sume,

Nie N3 kedua pasal kek untuk pagi ni! Tulah dah kata, cuti lama2 agendanye dapur jer .... Ini kek paling senang dalam dunia akak pernah try buat. Betul ......, bukan nak cakap besar, dah lah senang, menjadi pulak tu .... tambah lagi, sedap!!! Tu yang mustahak tu, sedap!

Ni pun resepi dari blog Mat Gebu, tapi kat N3 keluaran kek ni, MG tak beri nama kek ni, jadik akak belasah jer ler nama kek ni Kek Mewah. Sebab, kalau korang gi blog MG, kek ni nampak mewah, tapi cara penyediaannye senang bangetttt ...... ni resepi nye kalau korang nak try, macam biase ler copy n paste dari blog MG .....


KEK MEWAH 

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour, boleh beli dikedai baking)
3 biji telur gred "B"
50 ml susu segar
50 gram mentega, dicair dan sejukkan
1 camca teh esen vanilla
1/2 camca besar coklat emulco
Buah Strawberry untuk hiasan
Piping jelly secukupnya + sedikit kaler merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung optima, telur dan susu dalam mangkuk adunan, putar perlahan hingga semua bergaul, kemudian terus tukar kepada kelajuan tinggi dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
  2. Tuang mentega cair dan esen vanilla, putar perlahan hingga sebati. Ambik 1/3 adunan tadi dan tambah coklat emulco, kacau rata.
  3. Sediakan loyang berukuran 12 inci x 12 inci x 1 inci. Alas dengan kertas minyak, sapu mentega pada kertas minyak tadi. Tuang adunan plain dan ratakan, Sudukan beberapa tompok kaler coklat tadi dan lorekkan mengguna chopstick.
  4. Bakat dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C. bakar selama 25 - 30 minit. Sejukkan dan poting saiz 4 segi sama Hias dengan strawberry dan paipkan sedikit piping jelly + kaler merah tadi. Hidangkan untuk minum petang...Selamat mencuba..

KEK PISANG LEMBAP

Salam sejahtera sume,

Amacam mood keje lepas sambut Gong Xi Fa Cai? Ada ok ka? Apa? Mabuk limau mandarin? Mabuk limau tak pe, jangan mabuk lain plak ...... 

Sempena cuti panjang yang tak mengizinkan akak berjalan kemana-mana sebab pakwe akak kena keje, jadi aktiviti dipenuhi dengan acara masak memasak. 

Cantik tak gambo kek kat atas nuuu .... kalau korang kata cantik ...... akak nak bagi tau korang, rasa dia 10 kali cantik dari wajah kek tu. Betul, dahlah lembut, gebu, manis kek ni pun sedang elok aje .... Anak akak sampai kata .... Ummi ni asyik buat kek Mat Gebu jer .... mesti ler darling, sebab tu ler kek ni gebu ...... 

Akak bukan nak promote lebih2, tapikan kek ni memang sedap, kek pisang tersedap pernah akak makan, yea .... korang tak caya .... cuba korang try sendiri, ni resepi akak copy n paste dari blog MG, nak tengok yang real gi lawat sendiri blog MG!

KEK PISANG LEMBAP

BAHAN-NAHANNYA :-)
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

Wednesday, February 2, 2011

IKAN GELAMA GORENG SAMBAL

Salam sekali lagi,

Banyak kali beri salam tak pe, jangan tak sapa dengan salam, tu lagi tak elok kan? Jawab jer ler salam akak ni .... Boringnye pagi nie, suasana kampus macam dilanggar Garuda, ramai student dah balik kampung. Kesian gak sapa2 yang balik kampung tapi sedang banjir. Hujan rahmat, banjir pun ada rahmatnye yang kita tak tau, jangan asyik fikir musibah aje, cuba pandang pada sisi yang lain, kita mungkin akan lihat yang baik disebaliknye .... Allah jua yang maha mengetahui segalanye .....

OK, satu lagi resepi nak share kat korang sume .... Ikan Gelama Goreng Sambal. Akak suka lauk ni, masa zaman sekolah dulu, kalau mak masak lauk ni, makan bertambah2, tak hingat dunia .... kalau dipadukkan ngan lauk sayaur lemak, lagi terangkat ngko!!!! Ada ikan kering sepat lagi, weiii ... meleleh air liur samabil menaip ni .... tapi apa pun, semalam akak masak lauk ni, padukkan ngan tumis air cendawan tiram .... sudahnye lauk ni akak tak sentuh pun, sebab dah bermangkuk akak makan sayur sendawan, kenyang lah pulak, jadik ari ni tak yah masak lebih2, just goreng ikan cencaru jer dah jalan dah! ... Keyy lah, jom nengok resepi ni ....

IKAN GELAMA GORENG SAMBAL

Bahan-bahan
  • 4 ekor ikan gelama - buang sisik bersih2, kalau besar boleh kerat 2
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar*
  • 10-12 sudu besar lada kering kisar* - terpulang kalau suka pedas, kalau tak boleh kurangkan
  • Sedikit serbuk kunyit - untuk menggoreng ikan dan campuran pada sambal
  • Sedikit cuka
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak
Cara-cara
  • Gaul ikan dengan garam, serbuk perasa dan kunyit, goreng embal. Angkat dan tepikan.
  • Panaskan minyak atau boleh guna minyak lebihan goreng ikan jika minyak tidak terlalu hitam.
  • Tumis bahan bertanda * hingga garing.
  • Masukkan sedikit serbuk kunyit, gaul dan biar hingga terbit minyak.
  • Masukkan cuka, garam dan serbuk perasa. Gaul dan tambah gula. Rasa jika sambal kurang rasa asam, masin, dan manis, tambah mana yang perlu. Masakan ini mesti ada rasa manis, masam dan sedikit masin.
  • Masukkan ikan yang telah digoreng, agaul rata, angkat dan hidangkan.

YONG TAUFU KUAH KACANG


Salam sekali lagi,

Ofis akak ari ni macam ada malaikat lalu lak, sunyi sepi jer ..... cuti sakan ke diaorang ni? Biase ler, raya melayu, semua cuti, raya india pun cuti, raya cina pun cuti lagi, pantang ada cuti, pulun sakan! Cuti ler ..... cuti tu korang yang punte, siapa lak nak larang korang cuti .... Ni saje jer nak upload N3 yang tak de resepi! Haa .... sebab, akak recycle kuah kacang yang akak frozen agak lama jugak! Cuma nak tukar selera sket!

Kalau korang biasa makan Yong Taufu, kat Johor ni popular ngan jenis yang berkuah, tapi ada gak yang suka makan ngan kuah kacang, yang macam kuah kacang sate tu ..... Haa .... ari tu stok bebola masih ada lagi lepas buat Yong Taufu berkuah, so, akak celur aje bebola tu dan simbah kuah kacang yang dah lama akak frozen! Sori ler resepi tak de sebab dah lupa ambik resepi kuah kacang tu dari mana, nanti bila ingatan dah pulih, akak publish resepinye ok! Selamat menjamu mata .....

TUMIS AIR CENDAWAN TIRAM

Hai hai hai,

Sejak musim hujan ni, makan yang panas2 memang syok kan? Terima kasih ler kat Mat Gebu yang share resepi ni! Dah pernah buat sebelum ni, tapi bila MG publish resepi ni, tetiba teringin lak nak makan sup panas2! So semalam akak pun masak ler sup ni, cuma akak tambah sos tiram dalam sup ni, kasi ada rasa manis sket ...... Senang jer masak sup ni, sambil tido pun boleh masak ..... tapi tak dapek ler makan, sebab masak dalam mimpi .... kwang kwang kwang .....



TUMIS AIR CENDAWAN TIRAM
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram cendawan tiram, potong, cuci dan toskan
  • 5 - 6 batang jejari ketam, kerat 4 setiap batang
  • Air secukupnya
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 kiub ayam "MAGGI" @ boleh guna stok ayam..
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Hirisan daun sup untuk hiasan, tak letak sebab tak de
  • Bawang goreng untuk hiasan, tak letak sebab tak de
CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan air secukupnya (anggaran 600 ml). Bila mendidih masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam.
  • Tambah cendawan tiram dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan jejari ketam tadi, matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng semasa menghidang...

ROTI CELUP TELUR

Salam Sume,

Hai, pagi ni masih ramai lagi ke yang keje? jalan raya dah lenggang dari Skudai menghala ke JB. main teng-teng atas jalanraya pun boleh ...... Ramai yang dah balik kampung, ambil peluang sempena cuti Tahun Baru Cina ni .... Akak tak dapek ler nak cuti sakan, sebab hujung minggu ni pak we akak kena keje, ari Senin n Selasa minggu depan baru dia off-duty! Tak pe ler .... lagi pun memang tak de plan nak ke mana2 pun, haaa .... boleh ler try resepi baru kat umah nanti! Itu pun kalau mood rajin datang .....

Kali ni nak share resepi simple aje, ari tu tengok Mat Gebu buat roti celup telur ni, rasa teringin lak, kebetulan stok roti pun dah lama tersadai kat umah tu, apa lagi ... projek pun on ler ....... Ok jom nengok resepi ni .....

ROTI CELUP TELUR

Bahan-bahan
  • Roti sandwich secukupnye - potong serong
  • 1 labu bawang holland - cincang atau potong dadu kecil2*
  • 1 batang lada merah dan lada hijau - potong nipis2*
  • Sedikit lada sulah*
  • Lebih kurang 1 sudu besar sos tiram*
  • 4 biji telur ayam saiz sederhana
  • Garam*
  • Serbuk perasa*
  • Minyak
Cara-cara
  • Pecahkan telur dalam bekas yang sesuai untuk mencelup roti.
  • Masukkan bahan bertanda * dan pukul rata dengan garfu.
  • Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak.
  • Celup roti dengan bancuhan telur. Cedukkan bawang dan lada atas permukaan roti.
  • Balikkan roti dan goreng hingga masak. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, February 1, 2011

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE

Salam sume,

Amacam cuaca pagi ni? Masih gerimis lagi kat JB ni! Baju yang tak kering pun dah makin banyak! Masa ni ler baru terfikir ..... kalau ada dryer kan bagus! Tapi tu masa2 cuaca ala2 musim sejuk ni jer .... hari biasa mungkin kureengg berguna! Dan masa2 macam ni jugak lah kita akan kata, kalau ada water heater kan bagus .... dah beberapa hari ni, mandi pun macam tak basah jer ..... main cicah2 ajerr .... sejukkkk ngko!!!

OK lah, ari ni nak share 1 resepi baru yang akak dapat dari blog Kak Nor - Secubit Garam! Kak Nor lak dapat dari blog Rima! So akak pun rewang ler kat blog Rima, hoiii ... macam2 ngko! Rajin ngan tidak aje kita nak menerainye! Resepi ni pada akak ok, tak manis sangat, sedang elok! Iman pun suke, asyik tanye aje .... mana kuih yang ummi buat tu? Cewah! Keyy lah, jangan buang masa, ni resepinye, tapi in English, akak copy n paste dari blog Rima, cuma gambo tu aje yang akak snap sendiri, tapi tak berapa nak hensem, sebab masih dalam loyang lagi! Actually akak buat kek ni untuk majlis kenduri arwah n tahlil kat umah atuk, tu sebab tak potong lagiiiii .......

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE

Ingredients
  • 1/2 cup butter - 113g
  • 1 cup sugar
  • 1 egg
  • 1 tsp vanilla extract
  • 1 1/2 cups mashed banana (about 3 medium bananas)
  • 1 1/2 cups flour
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp baking soda
  • 1/2 tsp salt - I used 1 tsp since i used unsalted butter
  • 1/4 cup baking cocoa - barry callebaut
  • 1 cup chocolate chips - i used both white and chocolate chips
Method
  • 1. In mixing bowl, cream butter and sugar. Add egg, vanilla, and bananas, beating thoroughly.
  • 2. In a separate bowl, combine flour, soda, baking powder, and salt. Add to creamed mixture and mix well.
  • 3. Divide batter in half. Add the cocoa to one portion of the batter. Spread that portion in the bottom of a greased 9 x 13-inch (I used 9x9) baking dish. Spoon remaining batter on top, swirling gently with butter knife if desired, and sprinkle with chocolate chips.
  • 4. Bake at 170C for 30 minutes or until batter tests done with a toothpick or fork. Cool and cut into 24 squares
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...